Pages

Saturday, 9 July 2011

bersih? ape tuuu?

mula-mula bila dengar pasal bersih ni aku malas nak ambik port pon(eh. sampai sekarang pon malas nak ambik tahu). biasalah, aku ni rakyat malaysia berkesedaran tinggi. daftar mengundi pon tk walaupon dah 4 tahun layak. tapi boleh nampak lah betapa kerajaan kita sungguh gelabah dalam menangani masalah bersih ni. gelabah bedebah. menyusahkan orang. orang dok salahkan bersih.bagi aku kerajaan kita yang gelabah. walaupon begitu, mak tetap malas nak daftar mengundi. belum layak walaupon umur dah cukup. sebab kalau undi pon tak tahu nak undi sape. sama jer rase dua-dua pihak.yang ni begini, yang tu begitu. menjawab lah korang ka akhirat nanti. kerja nak menindas jer.

ok. sebagai orang yang tak layak nak bercakap pasal politik ni, baiklah aku mengupdate aktiviti dihari 'bersih'. bagus jugak ade bersih ni. boleh duduk berehat-rehat dirumah. nak keluar malas. dari rumah dah nampak jalan jem. heheh. kawan ajak pergi akikah nak dia kat bangi pon tak boleh pergi.

Photobucket
breakfast di pagi yang bersih

lepas breakfast pergi beli barang sikit kat giant.tengok kereta jalan nak pergi kl memang kirim salam lah nak join dieorang. baik dok kat rumah jer.

Photobucket
sebab breakfast dah makan nasi lunch makan yee mee jer.

lepas lunch kemas-kemas barang beli kat giant sambil susun stok makanan. sesungguhnya stok makanan sangat banyak sampai i tak reti nak susun (padahal memang tak reti mengemas). cita-cita tinggi nak masak macam-macam. bahan beli tapi tak buat.

cakap kat husband,

"kalaulah kita ni tiba-tiba sebab bersih ni jadi darurat, kita boleh jer nak hidup 2 bulan dengan stok makanan dalam almari ni"

petang nye goreng wedges untuk minum petang sebab malam iem jempaut makan-makan birthday faiq. (tak de gambar lupa usung camera) macam-macam ade. dan semua i makan. heheh. (diet mane weh?) dan acara makan diakhiri dengan makan durian berulas-ulas. balik dengan kekenyangan melampau. heheh. thanks iem. semua food sedap. nasi kerabu paling meletop. lain kali jemput lagi yer.=p

happy birthday faiq. semoga menjadi anak yang sole dengar cakap ummi.

4 comments:

NenekPenne said...

kalau kerajaan tu telus, agak2 bersih tu wujud tak?

nieda said...

BERSIH duduk rumah je bagus..semua jln ke KL jammed..Kerajaan gelabah takut jadi macam negara arab, habis tumbang, ekonomi pun down..huhu.

anyway, sedap food tu

maya amir said...

farah..i sokong u:) serious..i pun tak amek port pasal bersih ni..tapi smlm laa baru i pegi bukak tenet cari ape yg kecoh sgt psl bersih (sbb i tak percaya berita tV, slalu dimanupulasikan oleh k'jaan).. rupenye tuntutan bersih ni tak melibatkan langsung soal agama..cume soal politik jgn main kotor & psl pilihanraya..tapi kenapa kjaan dah gelabah2... bagilaa derang berarak dgn aman, tapi kenapa nak sembur pemedih mata tu dulu? hai dunia..dunia.. org sana ckp itu, org sini ckp ini.. peliklaa, pasal politik nak gaduh itu & ini..and i'd definitely be on pagar forever *sigh*

and i luv your bfast..oh my, org pantai timur makan nasi pagi2 mmg enak weyhhh;)

♥MAMASYAZA♥ said...

oppp bersih kawasan umah lagi baik...tak gitu

akak pun langsung tak amik port pasal bersih gila tu....menyampah nengok dok buat perhimpunan camtu