Pages

Friday, 3 June 2011

wa sungguh gembila

sebabnya husband wa talak keleje hari ini. boleh la wa heret dia pergi berjalan-jalan. wa manyak bosan ini minggu.

Photobucket
ini adalah donut. tolonglah percaya

i takde acuan donut tapi gatal jugak nak buat donut. so i buat bentuk bulat-bulat. bagi i, i suka donut ni sebab dia lembut. tapi bukan lembut macam donut big apple. donut yang i buat ni padat tapi lembut dan lembap.suka! lepas sejuk pon still lagi lembut. i letak resepi kat sini untuk panduan di kemudian hari.

Bahan-bahan Untuk Donut

500g tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
3.5 sudu gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 coffee mate (boleh guna susu tepung jugak)
1 biji telur gred A
1/2 cawan margerin
1/2 sudu kecil baking powder
air secukupnya

Cara Memasak

  1. masukkan gila pasir dalam cawan yang diisi 3/4 air suam, masukkan yis. tunggu sehingga yis kebang membuak-buak. (ape entah istilah orang panggil ni)
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, coffee mate, marjerin, telur, baking powder dan air yis tadi ke dalam besen kecil.
  3. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen dengan kain lembap dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit. lepas tu boleh bentukkan adunan.
  8. Biarkan doh yang telah di bentuk itu kira-kira 30~60 minit.
  9. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  10. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas dan banyak sehingga donut tenggelam. jangan api kuat sangat.
  11. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk.
  12. tabur/salut gula bila donut sejuk sikit.
Photobucket
dinner semalam, ikan steam dengan sayur tumis bayam

ikan steam simple banget

Ikan bawal kukus simple

I ekor ikan bawal (diperap dengan ½ inci halia, bawang putih ditumbuk, 1 sudu teh garam dan 2 sudu besar sos tiram)

½ inci halia*

4 ulas bawang putih*

½ labu bawang besar*

2 batang serai*

2 tangkai daun sup*

2 tangkai daun bawang *

¼ biji cili bengala kuning*

1 biji cili merah*

2 biji cili padi *

1 biji tomato dipotong

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap

2 biji perahan limau kasturi

Cara-cara

1. Potong halus semua bahan-bahan bertanda*, tabur semua bahan dihiris diatas ikan. Susun tomato ditepi sebagai hiasan.

2. Tambah sos tiram dan kicap. Akhir sekali perah perahan limau kasturi diatas ikan. Kukus sehingga masak. Tambah garam dan gula jika perlu.


hehe..apehal entah terasa rajin nak menaip resepi hari ni. kawan i selalu suruh letak resepi sekali setiap kali tayang food. i yang malaih nak menaip.

2 comments:

mamalieyna said...

ihiks..donut bulat2 comei.. ^_^

dh lama tak masak2 beriya la..huu~

Mimy Hamid said...

beb leh tak aku request kat tepi side bar tu buat link resepi..senang aku terjah..pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee