Pages

Tuesday, 7 June 2011

nasi tak sedap...

masa mula-mula masak brown rice, i campur ngan beras siam biasa sikit. brown rice separuh, beras siam separuh. masa tu husband takde perasaan makan. cuma dia cakap liat sikit. kali ke dua masak pon still campur lagi. semalam jer baru masak brown rice saja-saja. husband cakap,

"makin lama makin tak sedap pulak i rasa nasi ni"

hahaha..memanglah. sebab tak campur. =p baguslah tak sedap. sikit makan nasi. dia yang cakap tak sedap, i yang sepatutnya kurangkan makan nasi ni rase best pulak brown rice ni. rasa kenyal-kenyal macam oat. macam bali pon ade jugak. tapi i rase cepat kenyang lah. ke perasaan jer? ke sebab tak sedap? haha

Photobucket
dinner semalam

Photobucket
tomyam putih

dah bosan makan tom yam pakai paste. so ni tak pakai paste. sihat punya version minyak setitik pon tak ade. tapi kalau tomyam tak pakai paste makanya periuk tu penuh la ngan sampah sarap. makin banyak sampah sarap dalam tomyam, makin sedap ye dok? ni cubaan nak buat tom yam ala vichuda.

Photobucket
telur bungkus

masa i kecik-kecik, bila awoh masak telur bungkus i rasa special sangat hari tu. mesti makan bertambah-tambah. biasanya tomyam makan ngan telur bungkus. telur bungkus ni salah satu cara nak bagi budak-budak makan sayur kut.

Photobucket
cubaan pertama buat marble cheese brownies.

i ambik resepi kat sini. tapi i buat separuh adunan.

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
125g butter
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 biji telur gred A
3/4 cwn gula castor
1/4 cwn susu cair
3/4 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonate
1/2 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. (dalam sesudu besar je)
7. Bakar selama 30min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
125g cream cheese
1/2 cwn gula castor
1/2 biji telur gred A

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 30min(ataupon sampai masak lah, cucuk la sampai adunan xmelekat) keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 20min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

sebab buat separuh adunan kan, so gunalah setengah telur. camano nak buat telur tu setengah? i pecahkan telur, then kacau sampai telur putih and merah sebati. pastu ukur, dapat la 1/4 measurement cup. so amiklah separuh dari 1/4 tuh. gunalah measurent cup 1/8. satu setengah masuk dalam adungan brownie, setengah lagi dalam cheese. heheh. suko mak ade measurement cup neh. dah la murah jer beli kat giant. kek pon menjadi jer semenjak ade measurent cup ni.

Photobucket
di potong-potong

brownies ni xmanis sangat and ade rase pahit-pahit coklat sikit. cheese kat atas pulak terlebih manis dan lemak bercream. so dia macam complement each other. tanpa brownies sape lah cheese, tanpa cheese sapelah brownies. bila campur dua-dua sangatlah setap! macam suami isteri bila bergaul mesra boleh menimbulakan orgasm. eh

4 comments:

etiey.com© said...

yang paling tak tahan dan paling aku suka telur bungkus!!!!!

NenekPenne said...

i makan nasi beras basmathi...tapi tawarlah sikit..kanji pun tak ada...tapi a bit mahal laa sikit...

Mimy Hamid said...

nak try la buat resepi kek ko ni...nampak best

zailamohamad said...

nati k.ila g jale rumah farah, sila buat brownies ni deh;D