Pages

Thursday, 16 June 2011

makanan paling best didunia

husband dah selamat turun offshore kut. handphone dia dah off. semalam dia cakap orang cakap laut bergelora lagi. dia nak cepat turun offshore nak siap-siapkan kerja then balik jumpa anak bini. lagi lambat turun offshore lagi lambat balik. sebab dah delay sehari ni mungkin jugak dia balik lambat sikit. mungkin lah. ape-apepon i doakan dia selamat pergi dan selamat balik. setiap kali dia turun ke laut hati i yang tak senang. sama jugak kalau dia naik flight, selagi dia tak cakap dah sampai or selagi phone dia off selagi tu lah hati tak senang.

semalam masak ketupat sotong. bagi i ketupat sotong ni adalah makanan paling best di dunia tambah-tambah kalau mak yang buat. huhu. bagi i sape yang tak suka ketupat sotong or tak pernah makan dah terlepas satu nikmat dunia. hahaha

my husband tak suka. rugi kan???

dia tak pernah makan pon, bila kahwin ngan i baru first time jumpa. i tak kisah dia tak suka. lagi bagus ade. boleh i makan banyak-banyak. hehe

semalam buat 4 ekor. saiz sederhana. guna beras pulut satu pot. gula melaka satu keping. santan setengah kotak, garam sikit, 2 helai daun pandan.

senang saja nak membuatnye. rendam beras pulut dalam sejam. pastu isi dalam sotong tu , jangan isi penuh sebab nak sumbat dia punya kepala, then pinkan dengan lidi/ pencungkil gigi. lepas tu campak jer dalam periuk, boh air sikit, santan sikit, gula melaka, garam sikit, dan yang paling penting daun pandan. if takde daun pandan jangan buang masa dan tenaga nak buat. sebabnya akan rasa lain macam. i pernah buat. haha. sebab teringin sangat nak makan. last-last kecewa. lepas campak semua benda, masak lah sehingga kuah memekat. kadang-kadang i jumpa orang masak letak bunga cengkih jugak sikit. ok jer kut kalau nak letak, tambah aroma. tapi i tak letak. kosong macam ni pon dah sedap. yang penting daun pandan dan gula melaka/ nisse kelantan marey~



Photobucket
yang menambah kesedapan ketupat sotong ni adalah kerana sotong ni bertelur. nyum-nyum.

rugi tau u tak makan bie

haha.

6 comments:

NenekPenne said...

masa kecik2 dulu makanlah juga
bila besar, ehem..dah tua ni langsung tak makan
bila balik KB pun tak teringin, pandang jer yang jual kat pasar besar kota bharu tu....

Ieda Al-Habsyi said...

teringin nak mkn ketupat sotonng bila tgk mak mertua buat, tapi ieda tak leh mkn sotong, alergik..

~~zaa~~ said...

ya Allah....fevret aku!!!! sedaknyooooooo

LiTtLe^m3 said...

kalau org johor.. tukar ngan garam instead of gula and tak yah letak daun pandan.

Cik Puan Fara said...

wohooo.. ini feveret i jgk..sedapppppppppppppppppppppppppp giler!

zailamohamad said...

rugi sapo hok xmake tupat sutum ni..owhhhh sedapnyooooo