Pages

Tuesday, 19 April 2011

sumpahan dah hilang

seperti yang dijanjikan semalam, kalau jadilah kek coklat maka adalah laporan. heheh. hoyeayeah~

Photobucket
kek coklat first time berjaya saya

tapi i tak buat topping sebabnye malas nak google resepi. lagipon masak-masak jer terus potong excited sebab nak cek ke-bantat-kan. yeay tak bantat!

i akan simpan resepi kek ni sampai ke anak cucu. dah la cara-cara dia senang jer.

kek coklat pemecah sumpahan kek oleh dewa kek sedunia

  • 100g Serbuk Koko*
  • 250g Gula Kastor*
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*(kalau sukat lebih kurang 225 ml)
  • 250g Susu Pekat*(kalau sukat lebih kurang 200ml)
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih(i guna 3 biji telur gred A)
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn pemukul telur sampai berbuih. Gaulkan bhn2 kering(ayak)& campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. (i kukus 40 minit jer dah masak)
next time buat nak try sekali ngan coklat ganache jugak. tapi tak tahu bila lah. hehhe. i sebenarnya bukan peminat kek pon. kalau dessert i lagi suka puding ngan bubur. selama ni i berusaha buat kek sebab keegoan tercabar dengan spesis kek ni. buat tak pernah jadi.

sebab kek ni jadi, next project adalah kek carrot.

Photobucket
dinner: nasi goreng kerabu

i suka nasi goreng. tapi i tak suka sangat nasi goreng yang i masak sendiri. sebab nya i tak pernah berjaya buat ade rase hangit-hangit macam kat kedai. tapi nasi goreng ni sedap gila. sumpah tak tipu. walaupon gagal jugak buat rasa hangit-hangit tapi bahan dia dah cukup mantap kut buat dia rasa sedap. bahan dia, bawang putih, bawang merah, bawang besar, ikan kurau masin, ikan bilis, bunga kantan, daun kesum, kacang panjang. hiris jer semua benda pastu campak-campak. eh. bahan yang paling penting adalah budu.

sekian berita masak-masak saya.

Photobucket
budak baik

nampak tak ape berlaku dalam gambar di atas? kaki dia tersepit kat celah sofa tuh. muka rilek jer. huhu. kelakar la awak ni maryam

semalam sebab insaf makan makanan bercalori tinggi, i pergi rasmi gym. dengan berbekalkan mp4 husband sebagai hiburan melangkah dengan penuh yakin meninggalkan maryam dengan hsuband.

masa mula-mula pergi takde orang pon kat gym tu. lepas tu masuk lah 2 orang kulit hitam. pak gad dah takde.so korang boleh bayang tak perasaan duduk dalam tempat tertutup bersama 2 orang negro? demmit. time-time tu jugak rase nak berhenti exercise sebab i memang takut dengan dieorang ni.nampak ganas giler. tapi mengenangkan kek coklat dan nasi goreng. i ignore jer dua orang mamat tu.

dari dalam cermin i nampak salah sorang tu asyik tengok jer i dari belakang. cuak jugak. dalam hati ' tobat next time aku heret husband aku datang sekali'. nak kata bontoit hot memang tak lah kan. leseh flat jer. perut lagi hot. tapi i abaikan sebab lagi 10 minit jer lagi nak habis. lepas i siap jer exercise, cepat-cepat mamat tu bangun. rupenye die tunggu i habis.naseb baek sedar diri. kalau tak dah terperasan die usha i.

5 comments:

Helinomics said...

hahahhaa kelaka la u ni farah! takpe, x salah pun nak perasan, i sokong u untuk pegi gym, abaikan je pak itam2 tuh lenkali !

~~zaa~~ said...

aku taknak resepi kek coklat tu!! aku nak yang dah siap!! hahahahah

nieda said...

sodapnya kek dan nasi grg..pasni maryam bolehla merasa makakan mummy dia yg sedap itu..

notie said...

magh..detail cket psl kukus kek coklat tu..aku nak buat ni..nk ikut resepi mg..sbb senang sgt caranya..haha..maksud aku..masuk dlm tin?..tin??..kukus??..bukan bakor?..kite bako aje??..explain detail cket..psl kukus tu..lagi satu..mixer tu on laju2 ke..ke perlahan2 ke..ade org kata kalu laju2 sgt tak menjadi jugak..haha..aku tak pernah buat kek!!

Noorfaizal said...

sedapnyala kek coklat tu...ada lg ke? hehehe