Pages

Monday, 18 April 2011

our weekend

brrrrr...sejuknye pagi ni! pagi tadi bangun menyusu maryam pukul 430 tengok kilat sabung menyabung, dah agak pagi ni mesti pagi isnin yang susah nak bangun. husband pon bersiap dengan cepat pagi ni sebab kalau hujan mesti jem. heheh. husband dah pergi kerja, dan setan-setan sekeliling i ni sedang memujuk i pergi sambung tido. tapi malaslah. nanti banyak kerja tak siap. kita update blog la kejap. sekarang kat dapur ade kek coklat sedang di-steamkan. kalau jadi adelah tu laporan esok. kalau takde laporan pasal kok coklat steam ku korang faham-faham sendiri lah ek.hahaha. setakat ni kalau buat kek dua benda jer jadi, sama ada bantat or kek tak masak-masak. dok cair jer pastu bila sejuk keras kejung. =( i rase ade satu enzim kat badan i boleh membantatkan kek. huh!

dah. mari buat laporan weekend.

so, how was your weekend?

weekend saya sangat 'lain'. hahaha. this week takde aktiviti menerjah shopping mall. giant pon tak diterjah. terer tak?

semenjak dua menjak ni i rase perbelanjaan kiteorang luar biasa. nak pape tak pikir panjang terus beli. dah la every weekend pulak tuh. sungguh mengikut nafsu serakah. so, kiteorang decide untuk menjauhkan diri dari shopping mall. jangan merabakkan lagi poket yang sedia ada rabak. ade jusco kad sale ke, warehouse sale ke, babai lah! kiteorang dah habis duit tak berminat.

sabtu siang kiteorang bermalas-malasan dirumah. cuacakan sangat sejuk. memang sesuai untuk ber-hibernasi. yang tak tahan nye maryam pon suka cuaca hari tu. dia tido jer sepanjang hari. bangun kejap-kejap minum susu and main jer. (ape lah maryam ni, lain kali time ade daddy la tunjuk perangai. daddy boleh dukung)

Photobucket
lunch: ikan bakar portugis dan tomyam seafood

pengunguman, masak guna paste segera sahaja yer. paste tu dah lama dah beli, naseb baik lambat lagi expired. jenama mak nyonya. setakat ni perencah mak nyonya yang kiteorang try semua best. pernah try tomyam, rendang, asam pedas. sedap! masak portugis ni pon sedap sangat.

petang nya i ajak husband pergi taman kat bukit jalil. nak jogging. dia cakap kalau nak jogging pergi taman kat rumah aisha pon boleh. haish. husband i memang. kerja nak senang jer. nak wife kurus tak??! (tibe-tiba teringat kek coklat kat dapo)

atas desakan dan ugutan (kalau u tak bawak i jogging kat taman kat bukit jalil, next time u pergi main badminton sambil dukung maryam).heheh. tipu jer. dia bawak jelah wife dia pergi. tapi dia yang ugut i.

"kalau u jogging 5 minit pastu berhenti, i tak bawak u dah lain kali. next time kalau u nak jogging u jogging jer kat parking rumah kita"

heyyy..see the sexy leg la. 2 round non-stop ok!

i jogging belakang amoi tak kurus, tak gemuk. badan cantik giler takde lemak-lemak lebih pon. jadi sumber inspirasi sementara kat tasik tu. tu sebab i lagi suka jogging kat taman dari pergi gym. gym bosan ah!

Photobucket
budak ni kalau bab focus boleh puji. dia tilik kain sampai juling mata. ini perangai daddy nih. mommy mung ni buat la pape pon. tak pernah focus.

Photobucket
ok. ni perangai mommy. asal duduk atas benda bergerak jer sibuk nak tido.

Photobucket
daddy ni lucah la! xsenonoh amik gambar. baik u amik gambar awek

Photobucket
ape tengok-tengok?

banyak monyet.eh. ke beruk? haha. ape name bintang ni?

Photobucket
nampak tak lemak lemak berkeliaran? -____-"

ade lagi satu gambar yang lemak lagi clear kelihatan sebenarnya. tak sanggup nak upload.

Photobucket
huduh aku tengok maggi goreng ni.

malam nye sebab tengok gambar husband amik lemak-lemak berlapis kat badan i tak nak dinner. nak shake jer. konon! pastu kawan husband ajak keluar lepak. kiteorang siap-siap keluar.lepak kat william. tau ape i makan? macaroni and cheese. demmit!

Photobucket
maryam and kak hasya mata cantik

curi gambar kat fb dada. hehe

Photobucket
apehal dua-dua mata stim?
Photobucket
ni sebelum keluar. suka tengok gambar maryam dengan husband. macam dua kesayangan sedang bermain besama-sama. bahagia!

Photobucket
breakfast hari ahad, sape pernah makan pancake dengan pengat durian?

hahaha. sila try. kalau anda sama taste ngan saya semua telan janji makanan mesti anda suka. kalau anda macam taste macam husband saya makan anda pon pergi ke dapo amik peanut butter makan ngan pancake. hahaha

Photobucket
lunch husband:paprik udang dengan telur mata. i tak lunch i shake.

lepas lunch husband pergi pc fair. cari latop. (rabak jugak poket tak keluar pon) i tak dibenarkan ikut. so jaga maryam jer kat rumah.

Photobucket
i suka balut maryam macam ni. nampak macam baby new born fresh dari oven. walaupon berat dah 6.5 kg! cuba bayangkan keluar-keluar jer besar ni. habis rabak! eh

2 comments:

~~zaa~~ said...

banyak2 gambr, yang lastttt sekali i like 1000x..heh!

Netnet said...

comel..i mean maryam.. :P