Pages

Tuesday, 5 April 2011

maryam owh maryam



jadi mak ni banyak benda yang nak kene belajar balik. maryam ni i rasa dah masuk dalam categori baby yang tak banyak onar dah. senang jer nak menjaga dia. mengadap jelah dia. riba je lah dia. bercakap-cakap ngan dia. maka tersengeh-sengeh and belebe-lebe lah dia. masalah problemnye, kalau nak mengadap maka tak buat kerja lain la mommy. kalau perasan update sekarang pon ayat 2,3 kerat jer. tak mampu den nak menaip lama-lama. gambar upload malam siap-siap.

kalau dulu mengadap sambil dia dok atas bouncer boleh la buat kerja tak bergerak. lipat kain ke. tapi sekarang. bukak mata jer terus atas riba lah tempat dia. takde tido-tido sambil beriba yer. samadaa duduk or berdiri. pastu kene cakap ngan dia yer, kalau dia bosan dia menangis. tak pon bukak tv tengok BOLA! haih. budak ni kalau tengok bola sampai meleleh air liur. letak kat bawah pon takpe. tapi malas la nak ajar tengok tv awal-awal sangat.

dulu jadual tido dia berubah-ubah. sekarang dah teratur. kul 1o malam lebih kurang sekarang dah tido. kadang-kadang bangun kul 12 isap susu sambung tido sampai la esok nya. dulu-dulu kul 12 baru tido. kadang-kadang terlajak sampai kul 1 lebih. badan jadi penat tak boleh nak bermanja suami isteri. eh

ikut nasihat dong and baca kat babycenter.com kiteorang latih dia tido awal. kul 9.30 ke pukul 10 tu i akan lap dia ngan air suam. salin baju tido biarpon baju sebelum ni baru sejam pakai. semua fresh-fresh tukar lampin segala. awal-awal dulu i dodoikan jugak walaupon dia tak ngantuk. lama-lama tido. sekarang pukul 10 lepas lap-lap badan salin baju memang dia akan lapa walaupon baru menyusu. minum susu pastu tido dengan sendiri. kalau tak tido pon i dodoi jugak suruh tido.

so sekarang pukul 11 tu i dah boleh berehat, kemas-kemas sikit mana yang patut kemas. boleh mengadap lappy. and ade masa lah nak bercakap-cakap ngan husband. yelah, celik-celik mata jer terus mengadap anak. nak jugak masa rehat. siang tak akan ade perkataan 'rehat' tu. rasa macam kerja tak habis-habis plus maryam ni kalau siang tido nye kejap sangat.

sekarang ni nak ajar dia tido sendiri tak payah nak dodoi-dodoi. sebanya maryam ni kalau dodoi tak boleh dalam posisi tido. kene posisi berdukung. peluk-peluk gitu sambil dukung. baru lah dia tido. kalau 3 minit dah tido tak pe, ni sampai senget bahu berdukung. and sekarang i sakit belakang kat bahu ni. sebab dodoi dia kut. i nak ajar dia tido kat bawah jer. tepuk-tepuk sikit dh tido (amboih kauuu..kerja nak senang jer!) mestilah kan. selagi boleh senang mestilah nak senang.

baca dalam forum orang cakap tido sebelah dia, pastu biar dia tido. kalau mengis jangan buat pape. biarkan jer. lama-lama kalau dia penat dia tido lah. tapi mak tak sampai hati deknon! kejam sangat ropenye. hati den tak kuat nak biar jer dia nangis. last-last amik jugak dodoi. belakang mommy sakit pon tak pe lah maryam.

kesan kepada maknye jarang biar anak dia menangis, ehek jer ambik, ehek jer dukung, maka nye anak ku ini sangat lah manja. taknak dok bawah pon!

letak jer ehek. letak jer ehek. pagi jer dia nak dok bawah. pagi kan dia puas tido. bangun-bangun mommy bagi susu. mandi segala. masa tu mood dia adalah super baik. tak tido pon boleh la pergi jemur kain kejap. tapi idok lah lama sangat. kalau biar sangat dia menangis jugak. kene jugak pergi cakapcakap

Photobucket
ni dia tertido sendiri. pagipagi mood baik. tido bila penat blebe. rasa nak nangis terharu bila dia tido sendiri.

eh. lama membebel. kain tok lipak lagi nihhh.




7 comments:

Ezzah said...

EHEHEH..SBB TUH LA ORNG TUA2 KATA BABY KALO EHEK SIKIT EHEK SKIT JGN TERUS NAK ANGKAT DODOI2 PUJUK NNT DIA MELEKAT. TP HATI IBU KANNN..ANAK BUNYI SIKIT TERUS SIBUK TERPA. :)

SAME WITH ME.

EEHHH...TER CAPS LOCK.. :d

~LIZA~ said...

dulu umar nak tdo i kena dodoi. memang kurus la pinggang. haha! skang ni dia nak tdo atas bahu pulak, sambil nyanyi lagu kau ilhamku.. haha! once in a while aje kalau i dah tak larat sgt, i baringkan aje dia sambil tepuk2 and gosok2 kepala dia, nyanyi memang tetap kena nyanyi..

goblogbyfarah said...

samelah kita, takleh dengar anak nangis. tak sampai hati. pernah gak biar je dia nangis. hambik ko mcm kena dera dia punya jerit!


iman pun pernah tertido sendiri setelah penat menangis, memang i terharu tgk die :(

gee ryder said...

hehehe...mcm pesen2 bebudak ni..

afeef mmg dah di train tido sendiri jer...biar jer dia dlm babycot sesorang, tutup pintu..pastu tido la dia wpun kdg2 sian tgk senget benget bantai dah dkt kaki hehe...menangis ke ape, biar je farah, mmg dia akan tido sendiri..even tgh main kat playgym pun tido sendiri gak dia..

cuma mlm tu tido tak menentu lagila..sbb abg dia ni bising asik kacau jer..

tapi masa aqeel dulu..lps maghrib jer terus tido sampai pagi..itulah style dia..bgn kejap2 utk susu jer tu pun sambil tido...aman rasa hahaha
cuma dia byk sket ragam la banding afeef lagi senang jaga

Dong, Dia & Azra said...

tak sampai hati la nak biar anak nangis. lepas tu ada tak situasi mak pun rasa cam nak nanges sama? hehe...I jenis tak boleh biar Azra nanges, rasa kesian sangat. Memang dia manja tapi dia sangat percaya kat mama dia tau. Anything yang dia takut, kalau mama yang introduce dulu, Azra rasa lebih konfiden. mungkin Azra rasa selamat sebab mama selalu datang nak selamatkan dia kalau situasi berbahaya. lagipun kalau kita biar dia nangis, nanti nak apa2 terus dia melalak dah tak reti nak hek hek je. Alah manja pun tak mengapa, dengan sapa lagi dia nak bermanja. Esok dah remaja, kita plak hegeh2 nak manja2kan dia nak kiss kita depan kawan pun malu2. Kalau letih berdodoi, mungkin boleh cuba babywearing. Dulu I buat dan kurang lenguh.

nieda said...

maryam kira baby yg tak banyak ragam

ederq said...

eisya pon jns xleh letak. nk tdo jenuh nkndodoi huhu