Pages

Sunday, 24 April 2011

hari berehat dari maryam

sori sayang, jangan salah faham tau. bukan mommy penat nak melayan maryam tapi kadang-kadang mommy nak jugak amik cuti. heheh. walaupon nak salin diaper and nak susu (mestilah sebab daddy takde susu) mommy amik maryam tapi banyak daddy yang jaga maryam hari ni.

Photobucket
daddy buli maryam sambil main ciku-cak. mommy? mengadap lappy and tv. heheh

Photobucket
kenapa mommy tak layan maryam hari ni?

Photobucket
takpe..main ngan daddy pon best

maryam kan memang tak boleh letak sekarang. perangai baru dia. dulu boleh jugak letak kejap-kejap. pastu dia boring baru bunyi. sekarang ni memang lah susah sangat nak letak dia kat bawak. nak beriba jer. pastu tido sekarang pon atas orang tau kalau nak tido lama. kalau tido kat bawah, tak sampai seminit dah sedar. kadang-kadang tu penat la jugak asyik nak berdukung, beriba. dah la nak kene buat kerja rumah jugak selain melayan maryam.

sekali tu sebab tak tahu nak buat ape, i dukung die hok hek, riba hok hek, kalau letak bawah lagi lah. so i cakap kat maryam

" maryam nak ape ni? mommy penat la maryam macam ni...kalau maryam macam ni mommy tinggal nak? maryam dok ngan mommy baru nak?"

lepas i cakap macam tu maryam gelak ok! haish..maryam ni macam daddy. suka lah kalau mommy cakap pasal mommy baru ni.

pastu harini turn daddy pulak tensyen. hahahaha..tapi daddy drama lagi ah dari mommy

" maryam tak sayang daddy ke buat daddy macam ni."

i gelak jer dari dapo dengar dia cakap macam tu. haha.

penat jage anak anak yer bang?


1 comments:

PuteriKureKure said...

haha...comel je korang ni. maryam...behave ye nak. cian mommy layan awak. :)