Pages

Thursday, 10 February 2011

maryam susah burp tapi kuat kentut

hah. dari title dah tahu permasalahan disini.

kentut tu bukan masalah. itu keturunan. teruskan maryam. tapi kalau kat ramai-ramai orang kentut slow-slow dah lah. nanti orang ingat mommy yang kentut. mesti orang tak bajet budak cute macam awak kentut mengalahkan mommy.

masalahnya burp. haih. payah sungguh budak ni nak burp. tapi kalau sekali burp tu memang tak sopan lah. mesti aunty raja marah. hahaha

dah try guna cara belajar kat antenatal class dulu. letak perut atas bahu. tepuk-tepuk sikit, goyang-goyang sikit. cara ni jarang berkesan. sebab mommy die tak boleh buat lama-lama cara ni. berat weh budak ni.

so guna cara tepuk-tepuk belakang sambil dudukkan dia. lenguh tepuk gosok, then tepuk, pastu tukar position. tukar tangan sebab lenguh. dua tiga kali tukar baru burp.

kadang-kadang tak burp pon.

masa kat prince court, i tanya nurse yang mengajar breatfeed dia cakap baby breast feed tak perlu nak di-burp-kan. tapi i baca-baca kat internet dia cakap kene burp jugak.

tapi rasanya maryam selesa bila dah burp. sebab kadang-kadang tu lepas isap susu dia nangis-nangis. lepas i burpkan terus senyap. tak pon keluar muntah sikit br nampak selesa.

pastu masa dia selesema haritu kalau dia tak burp dia muntah dengan sangat banyak. kesian nampak. lepas muntah tu dia selesa lah. tapi tak tahu lah muntah tu sebab selesema ke sebab tak burp. sebab sekarang ni tak burp pon jarang muntah dengan banyak dah.

hari tu i mengadu kat mak cik yang maryam ni susah nak burp. so lepas menyusu dia ambik maryam dia tepuk-tepuk belakang maryam. kuat giler bagi skala i.-____-"

masa dia tepuk tu i dalam hati, 'anak akuuuu'

dia nampak muka i berubah kut bila dia tepuk kuat-kuat so dia cakap

"tepuk lah kuat sikit. tak sakit nya baby"

masalahnya, lepas mak cik tu tepuk kuat tak burp jugak maryam. mommy tepuk ngan kasih sayang bukan tak burp langsung, cuma susah. ambik masa lama. kadang-kadang masa tengah burpkan dia tengok-tengok dia dah tido. (betul la kut aku tepuk slow sangat sampai maryam ingat aku ulitkan dia tido)

ke aku yang tak sabar nak tunggu dia burp? kene buat lama lagi kut.

10 comments:

Lady of Leisure said...

hhehehe comel jer tengah tepuk nak aksi burp tapi baby dah tido.. :D

mamalieyna said...

hehehe..arif dl pun susah burp tp kuat kentut..bleh geng ngn maryam..ekeke..

PuteriKureKure said...

yang, anak yang menyusu badan memang susah sket nak burp. kena sabar banyak2. kita burpkan jaz pon bila tgk dia merengek tak selesa je. kalau dia tertido lepas menyusu, kita biarkan. :)

jaz susah burp gak. kita suka gosok belakang dia bila letak dia kat bahu/badan kita. macam tu dia senang sket nak burp.

Byzura Mj (By) said...

hehehe. maryam ni! so far ok kot kalau tak burp tp kentut tak? keluar gak angin tu =D asalkan tak kembong kan?

kiranajoe said...

baby yg minum susu ibu perlu gak ke sendawakan?
cer cuba google takpun tanya bidan..ep, perlu ke tanya bidan? hehe

zailamohamad said...

baru je nak oyak mesti mummy Maryam ni kuat kentut masa ngandung ni..hehehehe

Dong, Dia & Azra said...

Azra pun berdrama bila sampai bab nak burp...kitorang tanya paed, memang kena burp tau walaupon bf...punya bercinta nak bagi burp, kalau tak burp plak, drama muntah...huhuhu....mencabar...

gee ryder said...

pandai jer nurse baby bf tak payah burp..afeef meronta2 xnak nyusu nak bgn sbb nak burp..pastu baru bole sambung nyusu balik...cuma kalo tak burp pun dia pyh jeluak tak mcm budak isap susu formula asik jeluak jer..kalo dia xmeronta xburp pun takpe..kentut tu ok la..dia suka buang angin dgn cara camtu hehe..
burp dgn cara dukung kat bahu lagi senang

alyyani said...

maryam ni mcm nia kot susah sgt nak burp. mmg naik lenguh tepuk belakang. macam2 gaya. kadang give up :p tp kesian kena bagi burp gak. adel pulak, jd jakun jap sebab lepas kenyang je terus burp :p

nieda said...

yg penting kite gosok belakang dia. tak burp pun takpe,setiap baby lain2 kan