Pages

Sunday, 30 January 2011

susu oh susu

*sticky post*

nak tanya pendapat mummy-mummy di luar sana. sekarang ni, mengalami lambakan susu. (alhamdulillah rezeki maryam) dimana susu melebihi keperluan. baju sentiasa basah sebab leaking kalau tak paki nursing pad. akibatnya bau badan macam bau susu basi.erghh

pastu kalau tengah menyusu, breast sebelah lagi pon dengan hebatnya keluar susu jugak macam air paip bukan stock menitik-nitik dah memang macam air paip.

rasa macam membazir jer susu terbiar macam tu. kadang-kadang bila dia leaking kuat sangat i cakap sambil tepuk-tepuk,

"jangan lah leaking kaut-kuat, nanti maryam nak minum tak cukup"

die berhenti u! kadang-kadang tak jugak. tak dengar kata breast ni! -___-"

hari tu bila mak tengok susu memancut2 keluar bila maryam stop menyusu dia suruh i pam susu. memang lah dah lama rasa nak pam, tapi ade beberapa soalan dihati.

1) kalau pon pam. bila nya maryam nak minum. dia ngan i 24 hours. kalau nak memudahkan urusan pon i rasa direct feeding lagi senang. lainlah kalo ade orang malam-malam ade orang nak tolong bangun panas kan susu segala, nak tolong susukan maryam (jeling-jeling daddy maryam). tapi memandangkan maryam ni i sorang jer yang melayan, direct feeding jer senang.

2) simpan dalam freezer untuk masa depan. masalahnya disini, bila dah bekukan, bila nak balik kl nanti (walaupon tak tahu bila lah i ni nak balik kl) macammana nak angkut yang beku-beku tu. bila dah cair xboleh bekukan balik kan? kalau nak simpan dalam tong berapa lama tong tu boleh tahan. i dari kelantan ni. kalau zaman muda belia anak tak dak, boleh la nak rempit 6 jam dah sampai kl. sejak pregnant ni, paling awal pon 8 jam baru sampai. ade baby ni lagi lah. mampu ke tong itu menahan dari cair?

tak nak lah pam-pam pastu membazir.

camano? camano?

segala nasihat dan tunjuk ajar saya dahului dengan ucapan terima kasih.

7 comments:

nieda said...

fara, tahniah rezeki anak tu..meh saya jawab based on my experience hokey..

So far direct memang bagus tapi kalau plan nak kerja better ajar maryam guna botol. Kalau tidak jadi macam Humaira, tak train botol dia mogok taknak minum susu dlm botol kt taska. Menangis mak dia risaukan anak tau. Baby ni sangat cerdik, tau dia dh suka direct BF tak pandang botol dah. Sampai sekarang Humaira dah sthn 8 bulan saya gagal train guna botol.

bab susu menitik tu, tekup dgn tangan puting tu, nanti susu akan berhenti.
Untuk 6 bulan pertama susu mmg meriah. Don't worry teknologi skrg susu boleh bertahan 24 jam tanpa cair kalau tahu teknik dia. CUma tgk kt url ni, http://alinalan.blogspot.com/2011/01/alhamdulillah-momma-ebm-selamat-sampai.html. Dia travel ke korea..

happy breastfeeding k.

nieda said...

URL ni: http://alinalan.blogspot.com/2011/01/ebm-korea-selamat-ditransfer-ke-home.html

mrs.spicy said...

huhu..tq nieda..dlm bab2 bf ni dah agak dah nieda mesti pantang bg malumat

Joy said...

hmm..untung maryam..

ederq said...

farah: better pump out kot. tapi kite pon bukan pro. try bukak blog sarakids tu. pastu u emel dia utk tanya apa2 soalan. memang dia akan reply tau. dia LC.

mamalieyna said...

tu nieda dh jwbkan..akak takde experience la..susu tak meriah..rezki maryam ye. Alhamdulillah..^_^

gee ryder said...

susu afeef bese2 jer tapi sampai skg pun leaking gak sebelah kalo bf..tekup jer ngan telapak tgn.

kalo byk sgt, sambil bf, sambil pump sebelah lagi sbb sayang pulak membazir hee