Pages

Tuesday, 18 January 2011

perkara yang dirindui

dah 29 hari berpantang. maknanya lagi 11 hari saja dong! sungguh hebatkan? maryam dah nak umur sebulan dah. sungguh cepat kan?

tak sabar nak habiskan pantang ni. lepas ni 100 hari pantang ais yer? pastu 3 bulan pantang *ehem*ehem* yer? sepanjang berpantang ni ape lah yang paling dirindui?

1. jantung manis
-korang muntah darah macammana pon i tetap jugak akan bercakap pasal benda ni. heh! bukan salah pon kan rindu husband sendiri.

2. rumah manis rumah
-apa khabar kamu disana? mesti berhabuk bangat kan? rindunya nak golek-golek atas katil. rindu nya nak terbongkang atas sofa empuk. rindunya. rindunya. rindunya.

3. main masak-masak
-di akhir-akhir pregnancy mood memasak adalah zero. masak makanan seboleh mungkin nak simple. sekarang rasa nak belajar masak beriani. (jantung manis saya sangat suka beriani) dan nak bakar kek coklat (walaupon tak pernah berjaya) nak buat puding roti ( nak sangat makan). dan nak masak untuk jantung manis saya. (jantung manis, cepat la balik)

4. kaki bogel
-oloslaaa. rimasnya pakai stokin ni

5. jalan-jalan
-ni saya memerlukan orang untuk bawa saya keluar dari rumah. pegi pantai timur pon jadi lah. abah semestinya buzy memanjang. camane agaknye nak jalan-jalan ngan maryam ni yer? sekali lagi, jantung manis..cepat balik~

6. makanan.
-banyak sebenarnya list makanan yang diidamkan. pokwe cepat la balik. kita pegi pasar malam! eh, maryam? -____-"

7. kebebasan bergerak.
-time sakit mcm ni lah rasa nk mengemas. time berkemampuan, harammmm

8. nak pakai jeans
-nak berpakaian cantik. jantung manis, ingat janji manis you yer.lepas ni nak baju banyak-banyak~ ok. kene kurus dulu -_____-"

9. saya nak bercuti
-eh? bukan ke memang hari-hari bercuti ke?saya nak duduk hotel and makan breakfast hotel. hahah! apekah impian macam ni. tapi siyes rindu. macam dah lama sangat dah bercuti. jantung manis, ingat tak babymoon kita yang hangus sebab u buzy? agak-agak boleh 'adekan' balik tak?hurm..ikut u g OS mane2 pon jadi lah~


27 hari maryam~
ni muka nak nangis ni. huhu

babai semua~

4 comments:

Joy said...

sabar-sabar lg 11 hari aja lg ;)

Madi @ Aed said...

gaya mulut maryam pic kedua mcm gaya mulut u la yas..ahahaha

mamalieyna said...

cutenyer..bijak!

~LIZA~ said...

dah 29 hari u dlm pantang, i baru tau.. tsk tsk tsk.. now i feel so bad!

anyway, take care babe.. jaga kesihatan.. jgn gerak banyak sgt..