Pages

Thursday, 13 January 2011

perjalanan maryam part 3

episode: maryam!

dari ward i di tolak ke labor room. masa ni nervous jangan cerita. contraction masih lagi rase. sampai labor room salin baju. pastu doc datang untuk cucuk epidural.

epidural punya procedure adalah tak sakit langsung sampai i tanya.

"eh? dah siap ke?"

macam magic, lepas 15minit dah tak rasa dah sakit. call along ngan pok we suruh datang sebab i tak tahu nak bajet berapa lama kene tunggu bukaan ni 10 cm. sebab bosan dan tak sakit, dok dalam labor room tu, call husband, skype, pastu main fb. pastu nurse datang jenguk dia cakap,

"baik u tido. lepas ade baby sangat susah nak tido"

sambil gelak-gelak. bukan patuh dengan nurse sangat, tapi sebab semalam tak tido memang ngantuk pon. so i tido. bangun-bangun dah pukul 123o tengahari. dah rasa sakit sikit-sikit. epidural pon sakit jugak rupanya. i ingat tak sakit langsung.ngehehe. tapi sakitnya bearable la. bangun-bangun masih boleh sambung facebooking.=p

dah tengahari terasa la perut mula berkeroncong, panggil nurse.

"nurse, lunch kul berape?"

"eh, dia tak antar food lagi ke? maybe dia g antar kat watd kut"

food datang sekali ngan along. heheh. along ngan pok we aku suruh lepak jer kat ward. tp sebab bosan soh along datang teman. boleh borak-borak sambil makan.

Photobucket
lunch

lepas tu along cakap die ngantuk. suruh along balik ward.boleh tido. dalam pukul 3 nurse masuk. buat vaginal examination lagi. kali ni seluk dah tak sakit. epidural mungkin? die cakap dah 5-6 cm. wuhhh..dari pagi sampai petang baru 5-6 cm? makne nye nak kene tunggu berape jam nak cukup 10 cm ni?

tapi tak lama sebenarnya, pukul 4.15 nurse datang check lagi dah 10 cm! so dia pergi panggil doktor.

i pon call husband cakap nak push dah, msg kawan-kawan and family. sekali doc datang cakap,

"kita tunggu sampai baby betul-betul kat bawah. tak yah push lama sangat"

holohh. lame lagi ke? mase ni rasa ade pressure kat bawah. and pressure tu makin lama makin kuat. doc. seri cakap epidural dah nak habis sebenarnya, sebab tu rasa pressure tu. tapi bagus sebenarnya, kalau tak rase pape nanti susah nak tahu masa bila nak push.

masa ni 2 orang nurse datang ajar cara nak bernafas and nak push segala. dieorang cakap muka i tak nampak takut pon. mana nak takutnye, mase ni pikir nak push jer, nak tengok baby. masa tu bergerak macam lambat sangat.

pressure kat bawah macam dah makin kuat, doc. seri pon datang.

masa untuk berjuang!

2 kali push. kepala baby keluar. bila kepala dah keluar, badan baby keluar macam gelongsor jer. tak push pon. dengan darah-darah lagi doc angkat baby tunjuk yang baby tu baby girl. mase tuh terus sebut.

"maryam!"

maryam berdarah-darah lagi mase nurse letak atas perut sambil sedut something kat hidung maryam. maryam menangis mase tuh. and mase tuh i gosok-gosok maryam cakap,

'maryam, jangan nangis. ni mummy"

dia sangat kecik! masa tuh macam tak percaya yang baby ni keluar dari bawah tu. comei nye baby baru keluar. dan i tak menangis pon tengok maryam. cuma senyum and sengih sambil gosok-gosok, mood diawangan macam mimpi aku dah jadi mak weh!

ape yang doc buat kat *tuutt* aku pon aku abaikan. bila nurse ambil maryam nak bersihkan barulah rasa sakit kene jahit.

beberapa minit lepas tu nurse bagi balik maryam. first time breast feed maryam baru i menangis. huk huk. selama ni tengok orang jer breast feed. sekarang my turn!



Photobucket
masa fresh dari oven. baru lepas breast feed.

maryam masa first time breast feed lama sangat.dia hisap pastu berhenti, then nangis, hisap lagi. berhenti tido, pastu nangis nak lagi. perangai ni kekal sampai sekarang. haha. tapi maryam dah besar dah. isk. 24 hari jer baru. tapi dah lain sangat. jangan besar cepat sangat baby.

i meroyan bila dapat tahu husband kene g korea sebab tak boleh bayangkan bersalin sorang-sorang. kalau dah memang ditakdirkan bersalin tanpa husband tu ejas macammana pon still die tak sempat jugak nak teman.

tapi tak delah teruk sangat pon bersalin sorang. nurse adalah sangat baik and alhamdulillah semuanye berjalan lancar. kejap jer rasa proses nak push. tunggu sampai 10 cm tu jer rasa lama.sampai bosan tak tahu nak buat ape.

and ketusan saat-saat akhir nak epidural tu rasanya keputusan yang i tak akan pernah menyesal.ngehehe

THE END.

8 comments:

PuteriKureKure said...

awak amek epi rupanya...
:)


apapon semua dah selamat. seronok baca kehadiran maryam.

alyyani said...

farah, maryam kua bape kg? mmg adorable maryam ni :) senang nye u banak, bole cepat produce lagi ni :p

Dong, Dia & Azra said...

itu maryam kekenyangan menyusu la tu yer...sangat syomell..

Byzura Mj (By) said...

welcome Maryam!!! Welcome to world... congrats beb!! I pulak terharu. hehehe

Ieda Al-Habsyi said...

sangatttttttt comel!!!!!!!!!!!!!! :) tahniah beb! :)

Mimy Hamid said...

finally maryam is in your hand...aku tumpang hepi..doakan aku gak nak anak sendiri....

mamalieyna said...

cam tak sakit je farah,,,akak dl sakit tak terkata time menunggu bukaan tu, nurse tnya jgk nak epi ke, akak kata nak..tp bila doktor cek bacaan apa ntah tak bape baik, tak dpt la epi..tuhan je tau betapa sakitnya menunggu bukaan..sudahnya c-ser gak..huhu..

apapun kenangan ni kan, harus abadikan disini..nnti maryam bleh baca..^_^

~LIZA~ said...

i baca entry u ni, i pulak yg rasa nak nangis. haha!

best btol u ambik epidural. masa i dulu my doctor didn't even offered to me pun. But at least i dpt rasa la sakitnya contraction tu mcm mana :D nasib baik sakit tak lama..