Pages

Thursday, 6 January 2011

perjalanan maryam part 1

episode: rojak cendol dan prosperity.

petang tu along ade kat rumah. kiteorang merancang nak masak, tapi tak jadi sebab zac call tanya nak rojak ke tak. dah lama dia cakap nak bawak i pergi makan rojak kat situ. hari tu baru tercapai. tu pon tapau. so mintak dia tapaukan. 3 rojak 3 cendol. maka makan lah kami bertiga rojak dan cendol sampai berboyas.

sebab terlalu kenyang along dah malas nak balik bangi. i lagi suka. ade teman tido i malam tu. husband malam tu banyak kerja. so tak boleh nak berskype dengan dia. agak bosan malam tu. akibatnya tertidur pukul 103o baru bangun. chatting kejap dengan husband cakap terlalu mengantuk, malas nak skype ngan dia. so malam tu tak cakap ngan husband. chat sebelum tido tu jer. pastu kejut along (along tido kekenyangan makan rojak sebungkus sorang-sorang) masuk tido dalam bilik.

tengok jam, kul 11. mane pok we ni tak balik-balik. keluar rumah dari pagi. so call pok we suruh balik. tak tahu kenapa kecoh suruh pok we balik. biasanya tak pernah kesah pon pok we nak balik kul berapa. lepas tu tido balik.

kul 1230 tersedar. rasa macam 'terkencing' atas katil. dem! dah lama giler kut tak buat kerja kencing atas katil ni. dalam usaha nak bangun tu rasa air keluar sekali lagi. wadehek! kenapa tak boleh nak control air kencing ni?

bangun nak pergi toilet 'terkencing lagi depan pintu toilet. masa ni dah tak sedap hati. air ape ni? putih jernih jer tak hancing. dah la tak boleh control langsung. duduk termenung kat hujung katil. masa tu pok we dah balik. dia tanya,

"kenapa yah?"

"entah. rase tak sedap"

tak cakap keluar air sebab tak sure tu air kencing ke air ape. lepas along sedar baru cakap kat along.

"long, ade air tubek long, orang tak tahu air ape"

"die nak beranak doh ke yah?"

"belom rasenye, tak saket pon. maybe baby tekan bladder so tak boleh control air kencing"

masa tu tengah berdiri depan almari, tiba-tiba air keluar lagi. lepas 5-6 kali keluar baru lah call mak sebab dah tak sedap hati. mak cakap pergi jer hospital.

"kalau tu air kencing camane? malu lah"

tapi sebab makin kerap pulak air keluar, siap siap pergi hospital. barang dah packing. cuma satu benda penting jer tak pack lagi.

"we, laptop ore jangan lupa bawak. charger sekali" =p (mana boleh tinggal)

Photobucket
muka happy jer. tengah tension call husband tak bangun-bangun ni sebenarnya.

"bie, orang nak beranak la ni, boleh pulak dia sedap tido!"

jerit sorang-sorang je lah. sebab dia memang tak angkat fon pon malam tu. penat call.

huh. abaikan orang yang tak dapat dihubungi. kene pikir diri sendiri. tiba-tiba terfikir, kalau beranak malam ni tak sempat nak makan prosperity burger.

"we, singgah McD. beli burger sepam. boleh buat bekal makan kat hospital"



Photobucket
dapat gak maryam makan sebelum keluar. heheh

sampai jer kat emergency terus cakap kat nurse,

"i tak sure nak bersalin ke tak. tapi ade air keluar"

S.E.N.G.A.L. masa ni masih lagi percaya air tu air kencing. -__-"

Photobucket
diorang terus bawak pergi masuk labor room. powe ngan along teman masuk labor room. masih bersuka ria.



Photobucket
masa ni sangat rindukan husband. sebabnya kene isi segala jenis mak nenek personal details ni. biasanya kalau i sakit husband selalu ade, i tak pernah isi ape-ape borang pon(sebab saya pemalas). kali ni kene isi sendiri=(

nurse datang tanya nak stay ke nak balik. tapi dia cakap baik stay, boleh dieorang monitor. dah tu! lg mau tanya. so lepas tu salin-salin baju masuk ward. masa bangun dari katil tu tengok kat katil dah ade ade darah sikit-sikit. masa ni baru lah pikir,

'haish. nak bersalin dah aku. tak sempat hubby nak sambut maryam'



Photobucket
sampai ke ward pon tak siap-siap lagi mengisi tempat kosong and tanda tangan. banyak sungguh!

Photobucket
isi-isi lagi. eh. no ic husband berape? xingat.=p

lepas tu dia biar jer kami-kami menikmati masa-masa dalam ward tanpa ade orang sakit pon dalam ward. (sebab i pon tak sakit kan)

Photobucket

masih boleh online and makan dengan jayanya.

bila kul 3 along ngan pok we pon dah ngantuk. i suruh jer dieorang balik. datang jer esok. sebab i yakin i tak bersalin dalam masa terdekat ni. kesakitan masih yillek.

tunggu episod seterusnya.=p


8 comments:

Dong, Dia & Azra said...

suspen...cepat update episode seterusnya pleasee...

kiranajoe said...

cepat2 tau update dengan ucapan tambahan, tanak post gambar terbaru maryam ke? hehehe winduu

Ieda Al-Habsyi said...

wahhhh!! nak beranak dah!!! :)

alyyani said...

owwhh, waterbag keluar dulu kisahnye. tunggu episod 2 pulak :)

hows maryam eh? dah bape hari ni? take care :)

~~zaa~~ said...

cepat sambunggggggg :D

Joy said...

wahh..rileks n cool aja ;)

zailamohamad said...

hahahahaha sengallah mama Maryam ni..

teringat kenangan nak bersalinkan Haziq, keluar air macam Farah ah, memula konpius jugak, eh aku terkencing ke ni?? last2 makin banyak & memang konfirm ah tu air ketuban, tapi pecah air ketuban Maghrib Rabu, pas Zohor Khamis baru bersalin..huhuhuhu..lama sungguh kan menanggung sakit

Byzura Mj (By) said...

cepat.... eh apa khabar kamu?? gambar baby??