Pages

Monday, 31 January 2011

pelepas

semalam 41 hari, maknenya sudah merdeka lah saya. tapi sebelum bebas ada upacara 'pelepas'. cehh. upacara la sangat. pelepas tu dalam bahasa jerman orang sebut 'pelepah'. tapi dalam bahasa malaysia adalah melepaskan sesuatu. so i tanya la mak i. ape yang nak dilepaskan?

huhu..tapi sebab dia baca-baca doa ayat al-quran jer, i turut jelah. ada guna beras and kalin bentuk gelung jugak. sebelum tu i mandi, maryam pon mandi. mandi dengan air yang dibacakan doa, pastu mak bidan tu siram air tu kat badan i sampai rata. maryam pon dia mandikan.

lepas dah siap mandi, i dukung maryam (masa ni dah dalam bilik) mak bidan tu masukkan beras sikit dalam kain yang bentuk gelung, then baca-baca doa, i kene masuk dalam gelung tu 3 kali, masukkan dari kepala lurut sampai ke kaki. naseb abek muat. heheh. sambil dukung maryam la ni.

jangan tanya i apekah tujuan nya. sebab i pon macam blur. dah tanya mak pon ikit orang tua jer. redha je lah disitu.

maryam pon kene sunat semalam. tak sempat tengok pon ape yang disunatkan. beberapa saat jer. i sibuk pujuk maryam sebab die menangis, tengok-tengok dah siap.

mula-mula mak bidan sampai sunatkan maryam. dah isap susu kenyang-kenyang. tapi bila mak bidan amik dia nak bersihkan dia nangis. dia memang anti orang dok kelebet-kelebet dia. lepas sunat mummy bagi susu sebab nak bagi die senyap. pastu dia tertido.

bila dia tido mak tok dia jaga sebab i nak mengurut and tungku. dengar jugak die menangis sikit-sikit pastu senyap. maybe mak tok ambik dukung. pas mengurut bagi dia susu sebab nampak macam lapa bebeno, tapi tak sempat kenyang sebab kalau nak tunggu dia kenyang lama lah. masatu dah lewat, nak kene mandi nak pelepas ni kan.

so berenti bagi susu, i pergi mandi, maryam mak tok ngan mak bidan tu mandikan. pastu i siap mandi mak bidan jirus i dengan air dia bacakan doa. maryam masa tu memang menangis lah. kalau nak buat ape-ape kat dia boleh, kene kenyang. dah tengah lapar, melalak la saya.

lepas mandi, amik maryam dukung pujuk-pujuk tak jalan. memang kene bagi susu jugak. tapi mak bidan cakap kejap jer. so buat la dulu 'pelepas' tu baru bagi dia susu.


lama dia nangis nak susu. huhu. cian anak mummy nangis sampai teresak-esak.


ni muka lepas kenyang. still sedih lagi. tersedu-sedu lagi. amboihhh. ratu air mata betol~

malam pon dia manja yang amat. asyik nak meriba jer. mummy dia kesian sebab tadidah nangis banyak riba je lah.

lepas bangun isap susu kul 1030 dia tak tido sangat pon. tido kejap atas riba, pastu bila i letak dia sedar. sedar main-main pastu bila dah bosan dia nangis mintak riba. huhu. ku 3 tadi baru tido.

and now mummy dia pulak nak tido. gunite~

abaikan typo yer.menaip dlm gelap=p

5 comments:

mamalieyna said...

oooooh taktau ada upacara gini..akak tak pernah dgr plak..hehe..adat org tua2, ikut je la kan..sure utk kebaikan..^_^

ooo dh sunat la maryam ye..selesai.Alhamdulillah..

rATu kEBaYA said...

tak pernah dengar upacara ni.. tapi menariklah sesuatu yang tak pernah sy tahu..

nieda said...

owh tak tau plak ada acara mcm ni...utk kebaikan juga kan..

Madi @ Aed said...

ratu air mate..mcm mak dia la~~~;p

gee ryder said...

mcm2 lak upacara dia yer...
anak buah dulu sunat tak tnye lak mak camne2