Pages

Sunday, 2 January 2011

masalah problem

masalah perut buncit?

perut ber-stretch mark?

perut hitam?

perut geleber?

masalah datang pakej dengan maryam. maryam i suka. ini masalah problem sangat la tak gemor.

dah la sudah terbelagak dengan husband sendiri. i cakap bila dia balik from korea nanti dia dah tak kenal bini sendiri. die cakap as long as hidung tak berubah, i kurus macam mana pon die still kenal i. deng!

susah la berpantang dalam musim hujan ni. asyik lapar jer. (alasan )ade jer benda nak mengunyah. biskut jacob pon sedap musim-musim hujan ni.

lagi satu sejak dari zaman mak berpantang melahirkan adik-adik i, i memang suka makanan berpantang. dulu siap join dia makan. makan nasi panas-panas dengan ikan bakar letak kunit banyak-banyak, halia banyak-banyak, black pepper banyak-banyak. setap! tak berkuah pon tak pe. petua orang tua nasi tak boleh bertambah kan? sebab takut tak cukup, letak nasi bertimbun dalam pinggan. habis!

tu baru ikan bakar. kiranya lauk berpantang paling mudah. belum lagi sup belut, belut bakar, ikan kukus, sup ikan. lauk berpantang memang best okeh! camane nak kurus ni?

Photobucket
salah satu menu berpantang: sayur air sawi pahit, belut bakar (terbaek!), sambal mejoh

sambal mejoh adalah campuran kunyit, halia merah, lada hitam, garam sikit. tumbuk-tumbuk kasar, siap~

orang selera kampung macam i tak merana susah nak makan masa berpantang ni. tapi merana berjuang menahan diri dari makan berlebih-lebihan.

haish. dugaan betul. mari kita menguruskan badan.


5 comments:

Joy said...

selamat berpantang ;)

kakakdegil said...

Sedap jer nampak tu..
TIme berpantang dulu, mil masak macam macam.. semua sedap..
Tak kering camni..

Sob sob.. tu yang gemuk ni kut.. :(

Cik Puan Fara said...

halia goreng kicap garing pon sodap time2 berpantang ni :D

nieda said...

selamat berpantang..insyaallah boleh kurus. yg penting jgn mkn berminyak

maya amir said...

menu org berpantang sebenonye best..suke jek bantai gitu2 masa dlm pantang..heheh..slmt berpantang:))