Pages

Tuesday, 25 January 2011

jom mengimbau kenangan lama

semalam i bukak email yang dah 2,3 hari tak bukak sebab internet slow malas nak layan gmail ni. kalau bukak pon yang ado hanyalah notification facebook jer. tapi semalam special sikit sebab ade email from reader blog ni. dia ade tinggalkan dia punya blog url so i pon pergi la terjah blog dia.

bila bca latest entry semalam jiwa tersentuh. korang kalau nak baca pergi la baca kat blog dia kat SINI.

pasal dia kehilangan baby bila dah 19 minggu. bila dah tahu jantina. bila dah fikir-fikir dah nak letak nama ape.

ingat lagi dulu masa mengandungkan maryam, i bleeding. bila tengok banyak jugak darah. jiwa memang kacau. nak bagitahu husband mulut terketar-ketar. air mata jangan cerita. kenangan masa miscarriage dok terbayang dalam kepala. padahal masa tu baru 12 minggu.

tapi rasa sayang kat baby memang tak boleh cerita. dah la nak mengandung tu bukan nye senang (bagi i lah, ade lagi orang susah dari i). sepanjang perjalanan ke hospital memang tak putus-putus berdoa. bila doc cakap baby masih ade hb, jiwa kacau hilang separuh. sebabnya masa miscarriage dulu, check mula-mula lepas bleeding pon baby still ade hb.

bila kene bed-ridden memang doa tak putus-putus. Allah memang tempat mengadu masa tuh (manusia kalau susah memanglah ingat sangat kat Allah), solat hajat every night, sembahyang takut nak lewat-lewatkan. i takut disebabkan kelalaian i kepada allah, baby jadi mangsa. boleh gitu?

now, bila maryam dah keluar macam dah tak ingat langsung dah perasaan betapa risaunya and betapa takutnya kiteorang akan kehilangan baby dalam perut masa tuh. and baby tuh maryam!

semalam bila baca entry tu baru teringat balik. and tiba-tiba rasa lebih bersyukur, rasa lebih bahagia bila tengok muka maryam.

kalau jadi ape-ape kat maryam masa tu, tak boleh mummy nak tengok aksi lucu maryam hari-hari macam sekarang.

love u maryam.

naluri ibu sangat dasyat. sekarang baru tahu macammana perasaan parents kita kan. banyak nye dosa-dosa i ngan parents. tiba-tiba nak buat azam baru. tak nak melukakan perasaan abah and mok. mulut saya sangat lah tak reti nak jaga hati parents. kadang-kadang dari air muka dieorang i tahu i dah melukakan hati dieorang. tapi kan, ini mulut tarak boleh control lah. isk

apehal ko jiwang tengah-tengah malam ni?

3 comments:

Byzura Mj (By) said...

betul tu... by pun bdoa semoga by di tempat farah suatu hari nanti.. sebagai ibu.. wuwuwuwuw

Moi Suwit a.k.a Mrs Xylan said...

Thanks for d support farah.. I hope one day Allah permudahkan perjalanan saya nak bergelar ibu :)

Qimie said...

being her BFF and seeing her facing all that makes me feel exactly what she went thru.

i kept on telling her that she is luckier than me sbb Allah kasi dia pengalaman itu while me, masih belum rasa semua tuh lagi.

And some ppl yg tak rasa semua ni kdg2 menyakitkan hati jgk bila keluar soklan "Bila nak dpt Baby." as if kami ni boleh jwb soklan tuh kan.

for me, as long as the happiness is still there whether with kids or not, itu sudah lebih dari cukup.

Allah SWT tau apa yg terbaik utk kita.