Pages

Wednesday, 26 January 2011

jamu mak dara

sekarang ni kalau berjalan-jalan di dunia blog akan menimbulkan perasaan. 'owh. tua nya aku'. satu sebab sekarang ni anak-anak remaja memang hampir semua orang ade blog kut. dua, akan menimbulkan kata-kata seperti

"ya allah, baju ape la budak-budak sekarang pakai"

bunyi macam dialog mak cik-mak cik dalam drama melayu kan?

tua dah i. -___-"

sungguh mak cik tak berkenan. tudung ok lah. comei jer mak cik tengok. tapi baju? seluar? aish. nak kate korean stail awat mak cik rasa korean pakai comei jer hang pa pakai...erm...maybe mak cik bukan fashionista kut. tak paham fesyen-fesyen sekarang. pelik sangat.

tapi ade setengah tu comei jer mak cik tengok. sopan. cantik mata memandang. yang tak menjadi tuh yang pedih sikit mata memandang. tak pe anak-anak cuba lagi. tapi mak cik rasa baik berpegang kepada perinsip less is more lah. asalkan tutup benda yang nak kene tutup. tak perlu lah berlayer-layer di negara beriklim khatulistiwa ni. naik ruam baru tahu. hiks!

ok dah. jangan marah yer adik-adik. ahkak meluahkan isi hati jer. xtau lah kalau esok-esok ahkak pon terpengaruh ngan fesyen sedemikian rupa. tapi ahkak rasa kalau ahkak terpengaruh pon husband ahkak tak bagi pakai macam tu. nanti die tak nak bawak ahkak jalan-jalan. ataupon keluar jalan asing-asing. u jalan depan, i jalan belakang. haha!

ok dah. sekarang sesi meng-up kan diri.

weekend lepas mak ade panggil orang tebang pokok jambu and pokok mangga belakang rumah. upah kawan dia jer. kerja kat hospital jugak. tapi muda lah budak nya. lagi muda dari i pon. dia ngan geng-geng dia datang sehari sebelum tebang maybe nak tengok pokok-pokoktu besar mana nak bawak alat-alat yang sesuai kut. datang lah dengan 4 biji motor, terus ke belakang rumah.

i yang tak tahu ape-ape masa tuh keluar lah bertanya khabar kan. bagi salam tak, ape tak, masuk dalam pagar rumah orang terus pergi belakang rumah orang pulak tu. tak pernah dibuat dek orang. dieorang cakap 'kak nah' (panggilan untuk mak i) yang panggil dieorang suruh tebang pokok.owh. sila-sila.

esok nya i kat dapor, tengah makan nasi, mak ade ngan dieorang tunjuk-tunjuk mana nak kene tebang, berlaku lah perbualan.

ibunda: senang cari rumah kak nah?

jejaka bawah umur 1: kiteorang dah datang tengok-tengok dah semalam.

jejaka bawah umur 2: ha ah. semalam putar-putar jugak cari rumah. semalam kiteorang datang ANAK DARA kak nah ade.

ANAK DARA ok! ANAK DARA! hahahaha

naseb baek tak tersedak tercekik tulang belut.

sumpah bie, tak de cubaan untuk men-flirt kan diri pon sehari sebelum tu. memang selekeh natural beauty habis. pakai baju u yang besar gebas-gebas tu, ngan kain batik, siap berbekung and berstokin ok! owh spek nerd kesayangan i jangan lupa.

memang lah orang lelaki ni kurang peka. kalau pakai macam tu memang komfem-komfem lah orang dalam pantang. ANAK DARA kok celah mane entah.

tapi mak bangga lah jugak.

gahaha!

dengan pakai selekeh macam tu, dengan tengah ade masalah berat badan, orang masih cakap macam anak dara, kalau dah kurus nanti camano bie? rasa tergugat tak?

haha. sila muntah.=p

tak payah beli jamu mak dara dah.=p

3 comments:

Joy said...

ahaks...tumbang bangga ;)

Joy said...

#tumpang

maya amir said...

hahaha..teringat mase i dlm pantang anak nombor 2, kawan mak i ingat i budak sekolah..chehhhh...tapi dlm masa yg sama terkembang gak..kekeke