Pages

Tuesday, 18 January 2011

isteri jangan memuji wanita lain dihadapan suaminya

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~

(mode usatajah on)

heheh...sekarang ni sedang baca buku niterjumpa kat rak buku kat rumah ni. tajuk macam menarik so i baca lah. tanya mak die punya ke buku ni? tapi mak pon tak tahu kewujudan buku ni. along and pok we? hangpa punya ka? alhamdulillah.=p

hari ni ustajah bukan lah nak mengajar, just nak share ape yang ustajah bace dalam buku ni. satu topic yang ustajah baca, macam kene belepek atas dahi ustajah. seperti mana tajuk diatas, isteri jangan memuji wanita lain dihadapan suaminya.

bukan ape, pergaulan ustajah ngan jantung manis ustajah ni sebenarnya macam kawan jer. kalau orang lain tengok mungkin orang cakap kasar jugak kadang-kadang ustajah cakap ngan husband.dah kata kawan kan. tapi tetap ustajah hormat dia as a suami. tapi masalahnya (dulu bukan masalah, sekarang baru masalah) kami berkongsi hobi yang sama. sukakan benda cantik. dan kami menghargai kecantikan itu. kami suka usha aweks. bunyi normal bagi jantung manis , tapi agak gay untuk ustajah. tapi ape ustajah kisah.

dah kalau benda tu cantik, memang lah ustajah kata cantik. kadang-kadang bila jumpa blog or fb orang cantik memang saja ustajah tunjuk kat husband. dia pon macam tu jugak. tapi bukan wanita maya jelah, reality pon macam tu jugak. kalau ustajah suka, ustajah puji lah.

tapi kan, dalam buku ni dikatakan antara kesilapan wanita adalah sering memuji kehebatan wanita lain di hadapan suaminya. hoh! cuak ustajah.

contohnya kalau kita cerita pasal kecantikan, kekayaan, lemah lembut,kesopanan dan kelebihan lain yang dikenali suami. dikhuatiri akan menimbulakan kecenderungan suami kepada wanita yang dicerita.

kalau kuat iman, akan berusaha berkenalan berlandaskan hukum syarak, kalau tak kuat, makanya sanggup menjalinkan hubungan yang bertentangan dengan hukum syarak. makanya bahaya bakal menimpa rumah tangga.

sampai macam tu sekali! tak pernah ustajah terpikir benda ni sebenarnya.

Rasulullah SAW memberi peringatan kepada isteri dengan sabda nya berbunyi;

"janganlah seorang isteri memuji-muji wanita lain kepada suaminya seolah-olah suaminya itu melihat wanita tersebut"

(HR: bukhari dan lain-lain)

pesanan itu diiringi oleh Rasulullah SAW dengan melarang suami ataupon isteri membuka rahsia suami isteri terutamanya berkaitan dengan apa yang dilakukan dalam bilik, melalui sabda yang berbunyi;

"seburuk-buruk atau sejahat-jahat tempat manusia disisi allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang menunaikan hajat isterinya dan seorang isteri menunaikan hajatnya (bersetubuh), dan salah seorang daripada mereka(suami isteri) membuka rahsia pasangan nya."

(HR: muslim dan Abu daud)

yang ni bukan kene belepek atas muka ustajah, tapi kene sipi-sipi je lah. sebab ustajah tak cerita pasal dalam kelambu. sebab ustajah tak pakai kelambu. maryam pakai lah.

tapi ustajah suka kutuk-kutuk husband kat blog. tapi kutuk-kutuk manja lah. macam entry semalam. u tau i gurau-gurau je kan?

lagi pon i rindu lah nak gurau-gurau and gelak-gelak ngan u. rindu!

sebelum entry sharing mensharing jadi entry rindu-rinduan baik ustajah undur diri dulu.

sekian. assalamualaikum.

5 comments:

~~zaa~~ said...

ehhh..bia betul mek?? memang xleh puji ek??arkk..zaa pun suka kan benda cantik & always share dengan mr.k! ooo kena hentikan ni! heheheh

~yaya~ said...

ustajah, benar nihh? adehh, kena hentikan memuji perempuan lain laa cenggini.

terima kasih ustajah.

p/s: maryam comel :)

kakakdegil said...

Alamak..
Selalu puji pompuan lain cantik..
Haih.. kene berenti ni..

Madi @ Aed said...

i punye buku tuh~~tp x abih bc pong lg..haha

d.a.m.i.q.u.l.a said...

weh takleh lagi ke aku nak puji debid bekem lps dh kawen nanti?gile hot okee