Pages

Monday, 29 November 2010

esok! : buzy buzy

semalam baru sampai dari kelantan. sampai jer kl terus menyinggah tunai kan nasfu makan ibu mengandung nanti takut tak sempat. heheh

hari ni buzy amat. esok pon buzy amat jugak lagi. malam esok en husband nak berangkat. bila husband tak de kat rumah dah tak buzy dah. nak berblog sepanjang hari pon tak pe. so abaikan lah dulu blog ni.

jumpa lagi hari rabu or malam kamis yo!

Thursday, 25 November 2010

5 hari lagi: owh dengdeng!

cepat nye. semalam pergi beli food untuk dia bawak ke sana kat giant. dan beli barang kiriman kawan die jugak. rempah kari ngan rempah kurma.

"u tak nak bawak rempah kari ngan kurma sekali?"

"heh. dok malaysia pon tak makan. tiba-tiba kat sana nak masak pulak?"

a ah eh. hahaha. suami saya boleh hidup kalau ade kicap ngan cili sos. ingat kat bintulu dulu. asal die masak tu jelah bahan penting yang perlu ade. hahaha.

baju-baju dia hari ni nak start packing. sambil-sambil nak siang ikan bilis siap-siap. hari isnin ni nak buatkan dia sambal ikan bilis. (tak tahu berjaya ke tak) if berjaya maknanya kat sana boleh lah dia makan hasil air tangan isteri jugak. if tak berjaya makan je lah serunding daging. hahaha

petang nanti nak bertolak balik kelantan. esok buat sembahyang hajat kat rumah PIL. dulu, keputusan awal i nak kene balik bersalin kat kelantan, so sepatutnya hari ni i dah packing dah semua barang-barang i ngan baby angkut semua balik kelantan. dan duduk lah kat kelantan tu sampai bersalin. husband ahad datang sini. selasa baru naik flight so i kerugian dua hari nak duduk ngan dia. mana boleh! i nak ngan dia sampai dia pergi. boleh tolong-tolong dia buat persiapan terakhir tolong-tolong packing mana yang patut.

tapi sekarang tak lagi. =) i pon balik ke kl balik ngan dia hari ahad. tapi still tak boleh hantar dia kat airport sebab dia tak bagi. (hurmppph! takut menagis la tuh=p) tapi hantar dia kat pintu rumah macam selalu-selalu i buat kalau dia nak pergi kerja pon dah ok kut. huhuhu

semalam masa tengah nak pilih bahan-bahan makanan yang dia nak bawak berlaku perbualan:

"ala...bawak je lah yang u rasa perlu, nanti sebulan bila i bersalin u balik kan. so boleh top-up mana yang tak cukup"

"isk. u ni. bukan nye i komfem balik la sebulan nanti"

ala. bialah. i nak sedapkan hati sendiri. biarpon possibility u nak balik masa i bersalin adalah 10% jer. tapi i masih lagi berharap dengan 10% tuh.

tapi tak pe. kalaulah u tak boleh balik i ade gf-gf yang boleh bagi i semangat.

Wednesday, 24 November 2010

6 hari lagi: barang baby dah setel dan tak nak tambah ape-ape lagi dah!

fuhh!!

barang baby sangat menggoda nafsu kan. kalau ikut hati rasa nak semua jer. dah la sekarang semua kedai maya pon buat sale. sangat menggoda okeh!

semalam kat mv beli dress untuk baby untuk hari cukur jambul ngan belah mulut. sale 50% tapi bagi i masih mahal lah untuk baju kanak-kanak guna kain sebesar tapak tangan jer.hurmpphh! mahal nye baju baby ni. tapi dah bapak die cakap beli jer so i beli je lah. sekali hari ni bila belek2 baju yang jual online lagi murah dan lagi cantik. frust disitu. rasa macam nak pergi jual balik dress. haha. naseb baek bila check balik dah tak de saiz kecik untuk new born. so terubat lah sikit. heheh

so hari ni pembelian terakhir adalah cloth diapers. dan beberapa ketul rompers. dah cukup! semalam sambil jalan-jalan dalam jusco pon sempat sambar 2 ketul barut perut baby ngan mitten lagi satu. rase macam tak cukup jer beli hari tu. so total barut perut 10. cukup ke? cukup ke? hahaha. gaya macam tak nak basuh je kan..

aktiviti membasuh untuk pembelian batch kedua ni next week lah buat bila semua barang sampai. pastu nak packing sia-siap masuk dalam beg get ready balik pantang kat kelantan. hoyeaahh~

barang i jer kene tengok list balik. kenapa aku rasa macam persiapan baby jer yang setel. aku punya barang tak setel-setel? tak de mood lah nak beli barang sendiri. stokin pon rase nak pakai ape yang ade jer. ke stokin berpantang kene yang tebal-tebal eh? stokin yang sedia ade tak de lah tebal sangat. tapi cotton dan dijamin tidak licin lah.

nursing bra baru beli 2 ketul. sangat selesa macam pakai kapas jer. heheh. tapi rasa tak cukup sokongan lah kalau nak keluar pakai nursing bra. macam kurang memberi sokongan jer. ade harapan aku pakai nursing bra tu kat rumah jer nanti. nak try design lain pulak nanti tapi nak beli bra online macam tak confident lah. walaupon tahu saiz tapi kadang2 saiz ikut design jugak. ade cadangan dari mommy-mommy kat luar sana?

bekung dah ade 2. satu yang mil jahit, satu yang beli. cukup ke bekung 2? ke nak lawan barut perut baby. beli sampai 10. gagagaga

husband suruh beli nursing pillow. i rasa tak perlu sangat. perlu ke?

breast pump, stroller, car seat, semua nak beli lepas bersalin. nak tengok keadaan dulu.

dah boleh bernafas dengan lega sekarang bila semua barang sudah setel kan. huhu. pengajaran disini, beli lah barang baby sikit-sikit.kalau tak nak terasa sangat. huhu. penat tokei nak cari duit beli barang baby and mak baby. haha. ni pon dah beli barang baby masa sale. walaupon murah masih lagi terasa.

Tuesday, 23 November 2010

7 hari lagi:hati manyak senang woo~

eh. lapan hari lagi semalam tu bukan nak beranak lah sayang-sayang. 8 hari semalam tu, 8 hari nak kembali bujang(jom ronggeng~!). sekarang tinggal 7 hari. ramai pulak salah sangka. lambat lagi due i. 1.1.11 (suka nak cakap due date. mentang-mentang no cantik. hehe)

baru sampai rumah ni. tadi jumpa doctor seri pastu suruh husband drop kat midvalley(mv pah ceroh) nak beli barang sikit. masa lunch tadi baru husband amik hantar rumah.

kalau korang tengok muka i sekarang memang bersinar-sinar. macam ade nur gitu. sebab nya ade berita baik. huhuhu

mendapat jalan disebalik kebuntuan. alhamdulillah.

1. pok we induction 2 minggu jer. lepas 2 minggu dia akan kembali ke kl teman i. so boleh la stay kat kl.

2. next week mintak tolong gf datang teman. along tak berapa sihat sekarang. sedang mabuk-mabuk. tak boleh nak mintak tolong dia.

3. kalau tak yah stay kat kelantan maknenya boleh lah hantar husband nanti.

4. antenatal class nanti dah ade kawan nak teman. thanks=)

5. husband MUNGKIN ade masa i bersalin nanti. insyaAllah.

2,3 hari ni rasa macam serba tak kena sebab semua jalan macam buntu jer. sampai tak de mood nak buat pape pon. tiba-tiba hari ni semua berita baik datang. alhamdulillah.

thank you Allah.

Monday, 22 November 2010

8 hari lagi dan sedang menikmati hidup

Photobucket
34 minggu

*maaf lah yer gambar berflash segala. malas nak amik gambar lain.=P*

esok jumpa doc seri. esok check-up terakhir ditemani husband (untuk anak ni lah. anak lain ade lagi tapi. heheh). dan mungkin jugak check-up terakhir kat kl. *sob*sob*

so baby, dah la dok tutup-tutup muka. daddy nak tengok muka baby sebelum die pergi. nanti daddy boleh tengok baby kat fb or blog mommy je nanti. huhuhu. kesian daddy. esok tunjuk muka ok baby?

weekend baru ni i tak nak stay kat rumah. sebab nye konon-konon nak spend masa bersama. kalau stay kat umah sure lah tido jer kerja nya. dua-dua tak productive. so jumaat malam walaupon tanda-tanda nak hujan dah ade masa nak keluar kiteorang keluar jugak pergi up town damansara. pergi jalan-jalan jer. keluar pon dah pukul 12. tapi best boleh berjalan berpayung berdua-duaan. gahaha.

esok nya konon-konon pagi-pagi dah nak keluar. sebab husband nak kene pergi buat passport. kiteorang keluar rumah pukul 8 pagi. sampai pukul 830 nombor dah habis ok! ramai nye manusia nak buat passport. jadinya kiteorang break fast dulu sementara nak tunggu mid valley bukak.

Photobucket
ni muka isteri yang seronok kalau boleh keluar rumah. sebelah tu muka suami yang frust esok nya kene keluar lagi pagi-pagi pergi buat passport.


Photobucket
muka i memang bulat tahap tak boleh nak tolong dah. amik lah dari angle mana pon. atas ke bawak ke tepi semua nampak bulat. ciss

Photobucket
eh maaf. muka ade tulisan. masa edit tak perasan=p

kat mid valley tak de gambar sebab memang pergi untuk membeli barang-barang husband. i pulak masuk kedai jer cari kerusi. penat. naseb baek barang baby dah banyak beli. kalau baru nak cari sekarang jawab dia tak memilih lah beli barang baby. amik-amik bayar jer. dah tak larat!

pastu walaupon dok dalam mall ber-ekon, tapi peluh nya macam jalan-jalan kat pasar malam. panas! orang lain pakai dua tiga lapis, i siap tangan tak henti-henti berkipas. aduyai.

i dalam dilema lah sekarang. tak tahu lagi nak beranak kat mana. kalau boleh memang nak stay jer kat kl. sebab i lagi suka dok rumah sendiri. bila dok rumah ni masih rasa jugak aura-aura husband. tapi tak tahu pok we boleh stay kat kl ke tak. if tak boleh terpaksa lah balik kelantan. hurmm..

internet kat kelantan pulak adalah sangat *tuttt*. kalau guna boleh mendatangkan carutan. nanti bila nak cakap ngan husband lagi banyak mencarut dari bercakap ngan die. hurrmm.

tapi insyaAllah i akan hantar husband and pergi jugak antenatal kelas. walaupon bukan dengan husband.

ya allah. permudahkan lah semua urusan ku.

Sunday, 21 November 2010

pukul 9.12 pagi

hari ni bangun pukul 5.40 pagi! bangun sembahyang subuh, lepas husband keluar pergi imigresen tido balik bangun kul 8. breakfast dengan biskut and air suam and air soya. mals nak masak. jap lagi nak goreng mee.

baby dah bangun. sedang menendang-nendang. tanda protes mungkin.

'biskut 2 keping ngan soya tak cukup la mommy..saya lapar lagi~'

sabor baby. mommy malas nak angkat bontot lagi. jap lagi mommy gorem mee kita makan mee.

semalam kiteorang keluar. i rase keperluan baby dah setel kut, kalau nak tambah pon maybe tambah sikit-sikit. beli online jer ke. tengok lah nanti. tapi benda-benda penting sudah setel.

keperluan sendiri pon dah setel. tinggal jamu ngan stock herbalife jer tak beli lagi. next week nak suruh husband beli herbalife and jamu nanti suruh mak beli sebab dia ahli. dapat harga murah sikit.

kesihatan saya sekarang kurang memberansangkan. seleseme and batuk-batuk. asthma jugak kadang-kadang. not good. not good. ni sebab gangguan emosi ni. constipation juga semakin menampakkan diri. sudah tidak seenak selalu. tidur masih lena berjam-jam tanpa gangguan. baby saya behave bila time tido. cuma nak tido tuh amik masa yang lama sebab kene cari position yang selesa.

pasal entry sebelum ni, impian mak buyong berkemungkinan tak akan tercapai kecualilah next week mak buyong ni meletop. dimana mustahil lah nak meletup next week kan. so i akan bersalin tanpa husband. dia outstation start 1/ 12 ni naik flight 30/11 selama mungkin 3 bulan.

possibility dia nak balik bila tahu i dah bersalin pon rendah sebab kawan dia yang dah kat sana cakap susah nak cuti. so, kalau lah i bersalin ikut due date, baby dah sebulan baru kenal daddy dia. =(

i tak de lah cengeng sangat sebenarnya nak menangis sepanjang masa dua tiga hari ni. kiteorang masih happy bercanda, buat aktiviti harian without drama air mata selagi jangan bukak cerita pasal bersalin. jangan tengok cerita orang bersalin. jangan tengok barang baby. jangan ade kene mengene dengan baby.

3 bulan jer. kejap jer 3 bulan. pejam celik dah 3 bulan. i rasa kalau i tak pregnant tak sedih sangat kut. i bukan lah pikir sangat pasal diri sendiri. yelah kalau dah sakit meneran tuh kisah lagi ke sape kat sebelah? tapi kesian kat baby and husband. hurm. entah lah. tak tahu nak cakap perasaan.

semalam masa kat midvalley masa husband tengah bayar barang i pergi cari penyakit pergi tengok barang baby. bila belek-belek barang baby tiba-tiba mood sedih datang. cepat-cepat pergi bahagian pampers tempat tak de orang sebab malu menangis dikhalayak ramai. so i mengadap pampers sambil lap-lap air mata. kalau orang tengok sure dia cakap

' harga pampers mahal sangat sampai tak mampu nak beli ke? dia ni tengok pampers pon boleh menangis?'

huarghhh..tensyen! bukan nak cengeng sangat. tapi air mata tak boleh nak tahan.

dalam hati i happy husband dapat peluang pergi. ni yang dia nak selama ni pon. and i pon selalu doa biar dia dapat peluang. cuma tak sangka lah pulak masa ni kan. tapi i still bersyukur. maybe rezeki baby. and dia pergi pon nak cari rezeki untuk kiteorang jugak. i seboleh mungkin tak nak tunjuk yang i sedih sebenarnya. dan i biasanya berjaya jer meng-ignore perasaan sedih tuh. biasanya husband lah yang start keluarkan topik-topik sedih ni. grrrr...

9 hari lagi. i nak bergembira jer ngan husband sepanjang tempoh ni. nak luangkan masa semaksimum yang mungkin. (tapi weekend pon dia pergi imigresen kenapa tak pergi masa weekdays jer? rugi masa jer! dah la tak bagi i ikut. hurmmmphhh!)

dan insyaAllah i ngan baby ok-ok sajor.

Friday, 19 November 2010

impian mak buyong

mode: air mata and hingus meleleh-leleh

impian saya tak complicated. nak kata tak bercita-cita tinggi pon boleh jugak. bila saya kahwin, impian nak sembahyang jemaah dengan suami, nak bahagia kan suami, nak pregnant secepat mungkin. nak bagi zuriat kat husband dan hidup bahagia sepanjang hayat.

bila dah kahwin, dah masuk phase try to conceive lagi banyak angan-angan.

1. i nak masa i buat pregnancy test, husband i ade ngan i.

sebulan lepas kahwin, period. hurm..tak pe. awal lagi. baru sebulan. bulan ke dua, period lambat seminggu. kami tunggu lagi. minggu ke dua period lambat husband beli pregnancy test kat farmasi. suruh dia tunggu kat luar, i nak study manual pregnancy test. nantikan salah. result? positive! i pregnant. lepas tu baru pergi check ngan doc. nak kepastian. tapi rupanya doctor pon cek guna pregnancy test jer jugak. ingat ade lah scan-scan kan. dah la pregnancy test doctor guna nampak murahan giler. huk huk huk

3 bulan yang sangat berbunga-bunga. semua bahagia. sampailah i sakit perut, bleeding, pergi hospital, doctor cakap baby dah tak bernyawa. masa tu husband outstation kat kota kinabalu. malam tu kiteorang drama air mata. esok pagi-pagi dia dah sampai kat kl. lepas buat d&c, lepas pantang. bermulah phase try to conceive episode dua.

episode ke dua tak sesenang episode pertama. sebab period tak betul dinding rahim tebal. so doctor cakap susahlah nak lekat kalau period tak betul and rahim tebal. makan hormon, nak betulkan balik period. sebab period sesuka hati nak datang dan pergi, kadang-kadang bila lambat period buat pregnancy test jugak. walaupon tahu tak pregnant. and walaupon dalam hati dah tahu, tapi bila result negative tetap menangis juga. (memang ratu air mata kan!). lepas 3 bulan berhenti makan hormon. period dah ok. sebulan lepas makan hormon, period. nangis! dua bulan lepas makan hormon lambat 5 hari. pergi klinik sorang-sorang. ingat nak berahsia ngan husband, tapi tak nak frust sorang-sorang, so cakap jugak masa tengah tunggu nak jumpa doctor. result? negative. tapi doctor cakap awal lagi. tunggu 2 minggu tak period cek lagi. ok. tak frust sangat sebab i rase 'sesuatu'.

2 minggu period still tak datang. masa tu kat kerteh ikut husband outstation, lepas dinner nak pergi mesra mall. nak pergi beli pregnancy test kat guardian. tapi husband cakap alang-alang pergi jelah klinik. test ngan doctor. result? positive. yeay! happy melompat-lompat sebarkan berita kat semua orang malam tu jugak.

2. bila dah pregnant, i nak husband i bersabar ngan kerenah masa morning sickness.

alhamdulillah. morning sickness tak delah teruk sangat. pening-pening jer. dan hidung jadi sensitive semua benda nak busuk. selera masa tuh nak yang rasa kuat-kuat, masin, dan pedas. kalau rasa muak-muak reject dan tak boleh nak masak sendiri. bila masuk bulan ke-3 bleeding lagi. naseb baek baby ok, tapi kene bed ridden sebulan dan hidup macam puteri beradu kat dalam rumah. masa ni husbandlah pencari nafkah, dialah bibik dirumah. haha. i? baring jer sambil berblogging. hehe. heaven! sangat terharu ngan layanan dia masa ni. i love u bie.

3. nak dia sabar dengan emosi and tahap kesihatan tak stabil i.

bab emosi, kadang-kadang dia sabar, kadang-kadang dia lagi emosi dari wanita pregnant. heheh. tapi bayak bertolak ansur sikit kut masa i pregnant. and semua keputusan dia bergantung kepada tahap kesihatan i. masa awal-awal banyak tak pergi outstation sebab risaukan i. and adik dia bertunang pon dia tak balik sebab kesihatan i tak stabil lagi.

4. nak dia letakkan losyen sepanjang pregnant

tiap-tiap malam kalau dia ade dia lah yang letak minyak. siang mestilah letak sendiri. so setakat ni impian ni berjalan lancar.

5. jadi tukang urut peribadi.

sekarang sebab memang badan lenguh sepanjang masa, kalau duduk berehat jer memnag dia urut-urut. so setakat ni impian ni pon berjalan lancar

6. pergi antenatal class sama-sama.

kiteorang register untuk class 4/12

7. husband temankan and ade dalam bilik doctor tu setiap kali check-up

setakat ni memang dia ade setiap kali check up

8. nak dia nampak semua perjalanan pregnancy.

stretch mark, heartburn, braxton hicks, pecah air ketuban mungkin. and saat masa nak beranak macam kita selalu tengok dalam tv. and perasaan cemas drive bini sedang sakit bersalin pergi hospital

9. nak dia ade kat labor room.

tak payah lah tengok anak keluar, tu kerja doctor. duduk jer sebelah i bagi semangat.

10. azankan/iqamahkan anak kiteorang


susah sangat ke impian i? i rasa semua orang pregnant nak seme benda kat atas ni kan. tapi impian i nampak nya semakin jauh ngan i. semakin kena berdikari. and mungkin kene bersalin tanpa husband disisi.

i tahu tuntutan kerja. i redha jer. terpaksa redha. ni first time i bersalin kut. ni anak first kiteorang kut. i need my husband! 11 hari lagi? mana cukup i nak bermanja-manja. ok. sebulan pon tak cukup. tak cukup selagi i tak bersalin. tak boleh ke tunggu i bersalin dulu. T_T

i nak masuk labor room ngan husband i~

bie, i tahu u pon berat hati nak tinggalkan kiteorang.

pengorbanan? hurm...

Thursday, 18 November 2010

berkorban apa saja~

lagi cerita raya haji. tapi versi bermakanan pulak.

semalam kiteorang pergi sembahyang hari raya kat surau dekat rumah jer. lepas solat makan dulu kat surau. makanan pelbagai jenis. tapi makan roti jala jer sebab malas nak beratur. haha! tapi bila balik menyesal tak makan nasi dagang. isk! teringin la pulek.

balik rumah siap-siap hidang masakan sendiri pulak.

Photobucket
si gemuk yang seriusly tak sabar giler dah nak diet tapi sedang menikmati saat-saat dia dibenarkan untuk gemuk. hik hik

Photobucket
masa untuk breakfast di pagi raya

hidangan tengah sedang menunggu tetamu: nasi himpit+kuah kacang+sambal kelapa+bubur pulut hitam+ tembikai

Photobucket
kuah kacang hasil penat lelah suami isteri malam raya. haha. first time buat tanpa tunjuk ajar mak langsung. tapi en. gugel tolong jugak. hehe

Photobucket
tetamu dah dah datang baru domino sampai. delivery start kul 1130. so lambat lah sikit.


Photobucket
menu tengahari petang baru masak. rancangan awal nak masak mee goreng. last minit tukar plan sebab dah penat. spaghetti pon ok lah. haha!

Photobucket
lupa lah amik gambar tetamu-tetamu. ni jer ade sekeping. aizat si tembam yang demam dengan muhammad si comel sedang gusti sambil nyanyi lagu tepuk amai-amai. comel giler!

Photobucket
bagi lah can i peluk husband i puas-puas

*sila perhatikan drumstik diatas*'
T_T

semalam happy. hari ni sedih. dah la seseme. T_T

start hari ni i akan jadi ratu air mata. habis lah cengeng anak aku nanti.




hari ni raya lagi~

hari ni raya lagi tapi ramai dah kerja kan. huhu. semalam sangat best duduk kat rumah. hari ni macam tak nak bagi husband pergi kerja.

duduk la sehari lagi kat rumah bercanda dengan i. takyah lah pergi kerja~
*kalau lah company itu bapak mertua i yang punya*

semalam ade sesi makan-makan sikit. bukan dirancang pon. hanya lah sesi makan yang diberi nama

'biniakumasaklebihsikitharinikalaukofreedatanglahrumahakubolehkenalkenalrumah'

Photobucket
kata nak sedondong. ngan sofa-sofa sekali sedondong

Photobucket
perut hilang. ting!

Photobucket
suka gambar ni



Tuesday, 16 November 2010

selamat hari raya~

hei. betul ke esok raya? macam tak raya pon!

huhuhu..kalau kat rumah masa ni tengah bertungkus lumus buat ketupat kut. pok we dah bertolak balik kelantan tadi. tapi pergi damansara dulu ambik sepupu. dalam tengahari jugak lah kut baru bertolak. semoga selamat sampai and jalan jangan lah jem sangat (dalam mimpi jalan tak jem kut). semoga selamat balik kl balik jugak dan bawak daging, hati, and perut untuk kakak mu yang tak balik raya ni. hehe

semayang raya kat mana korang?juadah raya? esok masa pagi raya boleh la kut rasa suasana nak raya. pastu balik terbongkang kat umah. hehe

Photobucket
dinner semalam

selamat hari raya aidiladha semua~

jom. kemas rumah. esok raya!

Monday, 15 November 2010

sesuka hati

" bie, macam biasa. lepas i pregnant kalo i dah kurus i nak hadiah"

" owh..ok.so i kene make sure u pregnant balik sebelum u kurus. hahaha"

hoh! suka sangat i pregnant eh?

duhai bonda....duhai ayahanda~

dengar lah rayuan anakanda dihari mulia~

*sob*sob*

saya tak balik raya!

no daging korban untuk raya kali ni. perut lembu. daging bakar cicah colek, testis lembu (haha!best tau=p), khutuk otak nenek buat.

raya kat kl jer tahun ni. walaupon turn i korban tahun ni. xpelah. next year. raya ngan baby. nanti kita g tengok orang sembelih lembu next year yer baby.

husband tak cuti. dia suruh balik jer ngan pok we. suruh pok we drive kereta. tapi bila dah jadi isteri mane ade isteri nak tinggal suami raya sorang-sorang kan. ditambah pulak bila pikir balik duduk dalam kereta macam balik masa deepavali hari tu 11 jam sampai vontot hilang deria rasa tak sanggup! raya2 ni lagi lah teruk jem.

jadi tak pelah. raya je lah kat kl. sape nak datang beraya rumah i dialu-alukan. kita makan domino. hik hik

nasib baek dah balik masa deepavali hari tuh. tak lah rasa nak bermuram durja segala. jadi hari ini, dalam keadaan redha mode, nak tempek beberapa ketul gamba masa balik deepavali hari tu.

Photobucket
kat petronas bentong. baru bangun tido. haha!

Photobucket
dah sampai gua musang. berhenti kejap amik udara SEGAR

sampai tanah merah tengahari. singgah kat kedai makan tepi sungai. saja nak try food kat situ. i nama jer orang tanah merah. tapi kedai-kedai makan kat tanah merah tak tahu sangat pon. sebab kalau balik rumah sure nak makan makanan rumah kan?

Photobucket
makan husband: hati lembu goreng kunyit+ sayur campur

*bie, kalau u nak makan macam ni kat kl mana-mana pon boleh makan*

Photobucket
makanan i: ikan percik + kerabu perut.nyum!

Photobucket
tambah sup tulang+teh limau ais+ carrot susu

on the way balik kl, singgah kat gua musang. nak makan nasi air kegemaran. antara tempat singgahan kalau balik kl. sebab senang nak g toilet, nak sembahyang, nak makan. hehe

Photobucket
nasi air+ isi manis goreng (hubby tak suka sangat)+ kailan ikan masin+ ikan bilis kasar

semoga jumpa lagi kelate! T_T

*best nye kalau kelate 2-3 jam je dari kl*

ikut mood

bila i rajin. rasa macam nak masak macam-macam. idea pon mencurah-curah datang. letak dalam pinggan ambik gambar gambar cantik.

bila malas?

kes 1:

kes di mana dari awal sampai akhir malas giler.

"i takde idea la nak masak. u cakap la nak makan ape. i masak"

"bihun tomyam pon dah ok"

masuk dapur. hiris-hiris, kacau-kacau. siap~

" bie, kita buat sweet jom. makan share dalam satu mangkuk"

"ok jer"

Photobucket

malas 1: nak berfikir menu nak masak ape pon malas.
malas 2: nak bagi dua tomyam yang dah masak pon malas. letak jer dalam mangkuk besar. share makan.
malas 3: malas nak amik gambar santek-santek.

kebaikan disebalik kemalasan

kebaikan 1: boleh mengeratkan hubungan suami isteri. makan share mangkuk.
kebaikan 2: belajar bertolak ansur. gilir-gilir suap supaya tak terhantuk kepala masa makan or terlaga hidung pipi dan sebagainya. kalau terlaga pon tak pe. kata suami isteri. halal!
kebaikan 3: lepas makan ade 1 jer mangkuk nak kene basuh. hehe. yeay!

kes 2: malas di separuh jalan.

jumaat lepas terasa rajin nak masak nasi kerabu. dari pagi merancang. pagi keluar beli bahan mentah untuk buat nasi kerabu. berjaya masak adik-beradik nasi kerabu.

Photobucket

adik beradik nasi kerabu paling asas:

1. kuah tumis
2. sambal kelapa
3. ulam apo yang ado kat kedai.
4. sambal jantan
5. tumis budu
6. keropok
7. nasi (mestilah!)
8. lauk: telur masin?

hehehe..nasi kerabu lauk telur masin jer. sebab lepas siap semua tiba-tiba rasa malas nak goreng lauk. rancangan asal nak goreng ikan celup tepung. so nasi kerabu ni kalau jual kat kedai paling murah lah. =p



Friday, 12 November 2010

ding ding

best nye kalau baca jampi rumah terus bersih kemas cantik bersinar

say the magic word~

ding ding boding dibodingboding!

ting!

rumah bersinar-sinar

haih. malas! malas!

jom salah kan pregnancy hormone.

Thursday, 11 November 2010

malam jumaat yang sepi

pada malam yang sepi pi pi
pak mat jual topi pi pi
topi pak mat koyak yak yak
pak mat jual tempoyak yak yak
tempoyak pak mat basi si si
pak mat jual nasi si si
nasi pak mat enak nak nak
pak mat jual anak nak nak
anak pak mat hilang lang lang
pakmat jual gelang lang lang
gelang pak mat patah tah tah
pak mat jual getah tah tah
getah pak mat putus tus tus
pak mat jual tikus kus kus
tikus pak mat lari ri ri
pat mat terus mati ti ti
pada malam jumaat at at
pak mat jadi mayat yat yat
pada malam sabtu tu tu
pak mat jadi hantu tu tu

bosan bangat malam ni. cerita dalam tv pon adalah sangat tak best. cerita hantu jer malam jumaat.

zaman-zaman dulu lagu kanak-kanak pon sibuk nak cakap pasal hantu. camno lah bila besar tak jadi penakut kat benda tak patut *ehem* tak kata orang*ehem* kata diri sendiri.

tapi ramai suka malam jumaat kan. ngehehe

selamat membunuh syaiton-syaiton kawan-kawan. (tertakluk kepada yang punya husband disisi dan yang sudah berkahwin sahaja)

nota tambahan: i bunuh nyamuk jer malam ni

saya kembali

hari ni dah email kawan-kawan yang nak link ni. dah habis kut. lambat email sebab nak tunggu email secara pukal. heheh

fb juga sudah kembali! semalam dah delete unsur-unsur yang tak diingini.

tapi ade jugak yang email mintak link tak dapat nak bagi. bukan ade kene mengene pon, dan bukan sebab tak suka pon. tapi atas sebab berhati-hati. harap die faham.

dan mulai hari ini. tamat lah sudah incognito mode. ngahaha. betapa saya struggle nak bertahan berincognito mode. huhu. seperti yang saya cakap. sangat bukan saya. =p

jadi kalau lepas ni kalau kembali loya tengok asyik tayang muka bahjet cute ni, abaikan sajalah yer. hihi

blog baru ni readers dah semakin kurang. sekarang reader 1/3 jer dari blog dulu. mula-mula dulu sayang jugak nak tukar link. tapi sekarang best sangat bila bukak blog dah tak de anon yang menyakitkan hati. dan mungkin orang yang asyik nak cari kesalahan i pon dah tak baca. kalau dia berusaha jugak cari blog ni tak tahu lah. tapi sekarang i selesa. hati tenang. jiwa gumbira. itu yang penting.

so sape yang rindu i angkat tangan~ o/

Photobucket
nah. terima lah gambar terlebih cahaya

Photobucket
masih hidung tuan blog yang dulu=p

hari ni keluar beli groceries sikit-sikit kat giant. sebab peti sangat kosong. husband balik esok nak masak tak de bahan mentah. u mesti rindu masakan i kan?=p

Photobucket
sebelum mengisi troli. perut haruslah diisi dahulu. eh. jangan cakap pasal makanan sihat kalau makan fast food.

ni konon-konon dia cakap perisa baru. spicy ape ntah nama dia. spicy biasa yang menjadi kegemaran ramai tu tak ade. tapi rasenye tak de beza sangat pon ngan spicy biasa. mengikut kata lidah i lah.

Photobucket
eh. lupa nak kenalkan. ni lah pok we.

ni driver saya yang baru merangkap i punya penjaga. tua-tua pon ade orang jaga u. jangan main-main. driver yang biasa yang macho hensem bergaya tuh tinggal bini dia

along, u tak nak join we ol meronggeng ke? bilo nyoh nak test kereta baghu cat masuk kawasan kinrara plop?

bie, jangan pikir i ngan baby. we ol mampu berdikari. i mampu jadi super mommy. u ade jer i manje sikit. heheh. i kang set kabuki!

owh blog, hati terbelah tujuh!


hello~

entry pagi-pagi buta hari ni sebab i sedar pukul 430 pagi tadi dan mata terus tak nak tido. sebabnya perut lapa bangat. tapi tahan pukul 5 baru keluar bilik buat nestum + susu.

burrrpp. kenyang!

owh. semalam i tido dalam bilik! sila kagum. sila kagum. i jarang tido dalam bilik kalau husband outstation sebab takut tido sorang-sorang. rela tido kat luar atas sofa. sakit belakang belakang kira.

kenapa i tak suka tido dalam bilik sorang-sorang?

sebab belakang bilik i ade kubur.

jauh sebenarnya kubur tu. tak nampak pon dari bilik. tapi kalau lalu jalan belakang old town tu, kat belakang tu memang ade kubur. walaupon jauh, tapi i tahu ade kubur so ade unsur tak best di situ.

"tido la dalam bilik. tido atas sofa nanti sakit belakang u merungut"

"ala..i merungut u dengar je lah. u bukan ade pon nak tolong urut"

"kesian baby tido tak selesa. kenapa tak nak tido dalam bilik?"

"holoh. baby selesa jer i tido mane-mane pon. lemak tebal ni nak support die. i takut lah ade kubur"

"jauh la kubur tu"

" jauh pon ade jugak"

"kenapa takut sangat kat kubur tu? esok-esok kita duduk kat situ jugak"

*sentap*

terus masuk tido dalam bilik

Wednesday, 10 November 2010

yak!!

i nak buat pembelian secara haram hari ni. sebenarnya nak buat aktiviti haram ni dari semalam. tapi tuan punya butik online lambat sangat reply email. hari ni baru dia reply and suruh berhubung melalui sms sebab dia susah nak online sekarang.

pembelian ni bukan lah melibatkan barang haram. tapi dia pembelian haram sebab tak mintak kebenaran husband pon. bila dah sampai nanti baru lah nak tunjuk.

"taraaaa. i beli ni~"

bila barang dah sampai mesti dia tak boleh nak kata ape. ngehehe. sebab bukan barang keperluan pon. hanya mengikut nafsu serakah jer. tapi dah dua tiga hari i dok tilik. sangat berkenan. dah tak tahan lagi. tido pon termimpi-mimpi. jadi i decide untuk beli je lah. huk huk

lepas i type msg komfem barang ape yang i nak. tekan send dengan laju-laju.

alamak! tersend kat number hubby..

die dalam flight sekarang. dalam perjalanan mahu ke bintulu. so tak sampai lagi msg tu. bila dah sampai, on phone, perkara first yang dia tahu adalah senarai barang-barang yang wife dia nak beli di luar pengetahuan dia.

ciss betul lah. tak boleh nak buat jahat sikit.

bie, bila u baca blog ni nanti i dah beli dah pon. =p

erm..sori tak mintak kebenaran. tapi hari tu u dah cakap, kalau nak beli barang macam tu u tak kisah. nak beli benda mengarut jer tak boleh. so i assume u bagi jer kalau i mintak pon. sebab tu i tak mintak. i pon tak tahu ape motif i tak bagi tahu u dari awal sebenarnya. haha.

so allah nak tunjuk lah tu kut. lain kali i tak buat lagi.

jumpa lagi hari jumaat yer sayang. bila u balik jumaat ni, barang dah sampai kut. hihihihi

i love u. miss u.

Tuesday, 9 November 2010

baju baby dah sampai!

serius comel rasa macam nak gigit!

aish..tak jadi nak lipat kain. (gahaha..bijak tak alasan?)=p

aaaaa..geram!

kelihatan sungguh yummy sekali. dan err..sungguh pinky. dah la beli baju pink.

ah baby. mommy angau!

daddy lagi angau la tapi. sebab lagi mabuk tengok baju baby!

bahawasanya saya

bahawasanya saya
Puan F (bukan nama sebenar) berikrar
akan berjuang
mengembalikan bentuk badan
kepada zaman sebelum pregnant (kalau boleh lagi kurus lagi bagus)
sebaik sahaja baby keluar nanti

i jeles tengok orang kurus pakai baju lawa-lawa sekarang. pakai kasut tinggi-tinggi. jeles nyeee. rasa sememeh jer sekarang.

baju masa pregnant ni pon tak banyak sangat i ade. asyik pakai baju sama jer. malas nak beli banyak-banyak walaupon terasa setiap kali nak keluar tak de baju nak pakai. sebab i tak nak sarung dah (kalau boleh) baju-baju ni semua lepas zaman pregnant nanti. baju-baju ni simpan buat pakai pregnant lain kali pulak.

masa pantang juga nak makan jamu, nak berbekung, bertungku, buat segala benda traditional, nak berdisiplin (adakah aku serasi dengan perkataan disiplin ni) supaya boleh *ehem* ketat *ehem* kan* balik mana yang longgar, yang kembang yang putus.

tapi nak breastfeed kan. so akan seimbangkan dengan herbalife. nak balik berpantang nanti selain set jamu harus jugak penuhkan dengan stock herbalife. balik kl nanti agak-agak dah sihat nak pergi gym. up-kan vontot (hehe), kentalkan otot perut.

wahhhhh..verangan!

hahaha..best betul berangan ni. tapi nak! nak! nak!

nak kurussssssssssss.

jadi hati-hati anak-anak dara di luar sana milf hot mommy sedang dalam perjalanan.

gahahaha. adei. kalau misi ni gagal, aku cepat-cepat pregnant anak ke dua. ngehehe

besar nyoh!

ape yang besar?

perut i! -_____-"

mase balik kampung hari tu ramai terkejut perut macam tengah tunggu hari. huhuh. pastu tegang (orang kampung saya cakap 'terik'). macam bai cakap rasa nak cucuk ngan jarum jer.

due nye lambat lagi. wiken ni baru masuk 33. due date 1.1.11. tapi perut membulat. orang cakap kalo perut bentuk bulat baby girl kan. bulat tu tak ape. tapi ni bulat besar punyeeee!

pastu ade dengar jugak mak cik-mak cik cakap 1.8 kg tuh baby besar. tapi doctor cakap hari tu memang dah betul lah dengan 32 minggu. nak percaya doctor ke nak percaya mak cik-mak cik? hehe

dieorang cakap i kuat minum ais ke?

*ehem* ais saya kurang. tapi sejak dari 7 bulan air masak yang i minum adalah air peti. hehe. panas! minum air peti adalah sangat menyamankan. pastu ice cream adalah sangat nikmat buat masa ni. akhir-akhir ni lah. biasa kalau beli ice-cream, husband jer yang makan. i tak layan ice-cream. i hantu coklat. kalau die beli sampai membeku keras kejung ice-cream tu sebab die sorang jer makan. sekarang dah pandai korek-korek ice-cream keras kejung tu dah. kalau keluar asyik nak makan ice-cream jer.

sebab tu ke perut membesar dengan jayanya? boleh percaya ke makan ais baby jadi besar?

i rasa baby i kalau lah di category kan sebagai besar bukan sebab ais kut. sebab makan banyak. haha. sebab dari awal-awal pon perut dah besar. cuma sekarang makin membesar lah. takkan dia nak mengecik kan. pastu masa awal-awal air pon minum air suam. ice-cream langsung tak sentuh. seminggu dua ni jer rasa melampau-lampau ketagihan ice-cream and air sejuk.

Photobucket


masalah bila perut besar ni adalah cepat penat. tu perkara biasa lah kan. dan juga stretch mark. bab stretch mark ni sebanarnya i sedikit sedih bila tengok perut sendiri. kalau i tak jaga dia, tak belai, tak bagi kasih sayang, tak letak losyen and minyak mahal-mahal i redha jer dia nak nak pecah-pecah kaler oren hijau kuning biru pon. tapi masalahnya dah jaga, dah belai, dah bagi kasih sayang tapi still jugak nak pecah-pecah dengan banyak!

nak tak de stretch mark langsung tayah pregnant lah kan. dah perut ko membesar berkali ganda, takkan lah nak sama ngan perut dulu kan. mesti lah ade jugak stretch mark. tapi nye, banyak sangattttttttttttttttttttttttttttttt!!

naseb baek tak nampak dari pandangan atas. sbb dia kat bahagian bawah perut. tapi kalau tengok cermin memang nampak lah. i pulak suka tengok cermin. jadi malanglah untuk diri sendiri. sedih lah sorang-sorang tengok perut sendiri.

yang kelakarnya, rasa macam dah hilang keupayaan diri pulak. disebabkan pandangan mata terbatas nampak sampai perut jer, jadinya banyak lah aktiviti menjaga kebersihan diri terpaksa ade assistant. kalau tak mengada-ngada boleh buat sendiri. tapi bersusah payah. i malas nak bersusah payah di tambah pulak memang mengada-ngada. dah. tak perlu elaborate panjang-panjang. yang dah pregnant mesti dah tahu. yang tak pregnant lagi tunggu lah sampai masa.

Monday, 8 November 2010

kasi can i bersenang lenang

*title macam hari-hari biasa kerja keras je*

hari ni kalau terlebih rajin mungkin entry bertubi-tubi keluar. tak larat lah nak buat kerja rumah hari ni. breakfast tadi pon beli jer. tak larat nak masak. sakit pinggang and vontot mencucuk-cucuk. bahana dok dalam kereta lama sangat semalam. penatttt!!

Photobucket
nasi lemak tetek 4 bungkus. 2 bungkus sorang. tapi makan sebungkus dah kenyang. sambung makan tengahari pulak. tapi pokwe makan sebungkus tak cukup. 2 bungkus dia telan.

Photobucket
RM 1.20. ni ikut direction iem bagi. sedap jugak nasi lemak ni. huhu. manis.

persembahan terakhir~

Photobucket
i pon tengok chinta jugak. tapi tak de lah sampai nak love. love. owh puhlishhh~!

rasa macam nak create we love jehan miskin. sama lah tu tahap kegeli geleman-an

pape pon love ke hate ke si fasha tu, malam ni i tarik balik janji manis i nak urut u. i masih memerlukan perkhidmatan tukang urut. so malam ni u urut i lagi yer~*muka kesian*

she's pregnant!

Photobucket

eh. bukan die ni. dia dah memang sedia maklum. hehe

my sis si alom yang cantik jelita pregnant! huhuhu. vunting felamin. =)

berita baik. jom long. velanja i makan. heheh

mak sedara juga dah melahirkan baby 2-3 hari lepas kat kelantan. scan baby girl. keluar baby boy. heheh. ni yang buat mak risau ni. barang pink semakin hari semakin bertambah.

Thursday, 4 November 2010

lala masak 3 rasa

resepi lala masak 3 rasa

Photobucket
lala masak 3 rasa

bahan-bahan:

4-5 ulas bawang putih (hiris)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar (kalau nak tambah pedas)
2 batang serai
daun limau purut
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum (kalo tak de sos tomato pon ok)
nenas dipotong dadu (guna yang dalam tin jer.dah siap potong=p)
carrot dipotong dadu
capsicum hiris
cili padi
tomato potong dadu
*suka hati nak tambah sayur ape.

1. tumis bawang putih ngan halia, masukkan cili kisar. kacau sehingga naik bau. masukkan semua sos.
2. masukkan serai and daun limau purut, bawang besar, sayur mayur, garam dan gula.
3. kacau kalau terlalu pekat masukkan sedikit air. tapi sebelum masukkan lala masak sehingga pekat sebab lala banyak air.
4. masukkan lala, kacai,tutup dengan penutup 4-5 minit. siap~

ini resepi ikut selera i. i suka letak bawang bawang banyak-banyak. heheh. boleh ejas ikut selera masing-masing.

selamat mencuba~

lauk: lala masak sambal / lala tumis pedas

resepi lala masak sambal / lala tumis pedas

Photobucket
lala masak sambal

bahan-bahan:

1 kg lala
7 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
2-3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar hiris
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil asam jawa
2 batang serai
daun limau purut
garam gula secukup rasa

cara-cara:
1. tumis bawang kisar dan halia segingga naik bau. masukkan cili kisar. kacau sehingga pecah minyak.
2. masukkan sos tiram, air asam jawa, serai, limau purut, dan bawang besar hiris.
3. seimbangkan dengan garam dan gula garam dan gula.
4. kalau kering sangat masukkan air. tapi sebelum masuk lala masak sampai sedikit kering sebab lala banyak air. masukkan lala, kacau, tutup dengan penutup, tunggu hingga 4-5 minit. siap~

oh lala~

malas nya nak up date blog resepi sekarang. haha

so i tempek kat sini je lah.=p

resepi lala masak sambal / lala tumis pedas

Photobucket
lala masak sambal

bahan-bahan:

1 kg lala
7 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
2-3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar hiris
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil asam jawa
2 batang serai
daun limau purut
garam gula secukup rasa

cara-cara:
1. tumis bawang kisar dan halia segingga naik bau. masukkan cili kisar. kacau sehingga pecah minyak.
2. masukkan sos tiram, air asam jawa, serai, limau purut, dan bawang besar hiris.
3. seimbangkan dengan garam dan gula garam dan gula.
4. kalau kering sangat masukkan air. tapi sebelum masuk lala masak sampai sedikit kering sebab lala banyak air. masukkan lala, kacau, tutup dengan penutup, tunggu hingga 4-5 minit. siap~


resepi lala masak 3 rasa

Photobucket
lala masak 3 rasa

bahan-bahan:

4-5 ulas bawang putih (hiris)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar (kalau nak tambah pedas)
2 batang serai
daun limau purut
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum (kalo tak de sos tomato pon ok)
nenas dipotong dadu (guna yang dalam tin jer.dah siap potong=p)
carrot dipotong dadu
capsicum hiris
cili padi
tomato potong dadu
*suka hati nak tambah sayur ape.

1. tumis bawang putih ngan halia, masukkan cili kisar. kacau sehingga naik bau. masukkan semua sos.
2. masukkan serai and daun limau purut, bawang besar, sayur mayur, garam dan gula.
3. kacau kalau terlalu pekat masukkan sedikit air. tapi sebelum masukkan lala masak sehingga pekat sebab lala banyak air.
4. masukkan lala, kacai,tutup dengan penutup 4-5 minit. siap~

ini resepi ikut selera i. i suka letak bawang bawang banyak-banyak. heheh. boleh ejas ikut selera masing-masing.

selamat mencuba~



bola vs bini

semalam kul 8 husband dah sampai rumah. tu pon sebab jem. kalau tak sampai awal lagi. jadi ade sedikit perasaan tak sangka disitu.

"eh? awal nya balik...kerja dah habis eh?"

"tak delah. tak siap lagi. tak larat lah hari-hari balik lambat"

*senyum*

masa ni ingat entry i kat blog berkesan tau. i ingat dia balik awal sikit sebab i merungut dia asyik balik lambat. tapi rase bersalah pon ade kalau die balik awal sebab i merungut kan. dah kerja. nak buat macam mana. i tak sepatutnya merungut. tapi happy jer dia balik awal. lepas solat kiteorang dinner.

"kita tido awal lah malam ni"

"okeh. i tak tido siang jugak hari ni. mesti ngantuk awal. penat ke?"

"i nak bangun tengok bola"

cisssssssssssssss. padan la balik awal. nak tido awal nak bangun tengok bola rupanya. ingatkan sebab ingat kat bini!

huhu. kene turun kan level perasan a.k.a level bahjet suami sayang ni. dia sayang real dari bini. bila real nak kalah ni? i nak joget. huh!

Photobucket
masak lemak ikan tenggiri

Photobucket
bubur pulut hitam

semalam buat bubur pulut hitam sebab ingatkan dinner lambat lagi. so nak alas perut dengan bubur ni.

Photobucket
sedia untuk dimakan

Photobucket

taraaaaaaa~

sudah sampai. cash out masa tukar link hari tu. takut ngan duit-duit hilang. sayang kalau duit terkumpul hilang. ngehe. tapi sebenanrnya tak pon. kalau tahu tak cash out lagi. sayang sebenarnya. haha




Wednesday, 3 November 2010

itu bukan aku

sesetengah orang memang dilahirkan untuk bercakap. huhu. pelik jer ayat. maknanya campak lah kat mana-mana pon. dengan senang nya dia boleh bergaul dengan orang yang dia tak pernah kenal pon.

aku rasa aku bukan dilahirkan untuk duduk dalam golongan tu kut. susah nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal. tapi biasanya aku akan senyum lah. kalau bercakap tak, senyum pon tak menyombong namanya kut.

dan memang takdir, kahwin dengan orang yang boleh hidup kalau dicampakkan kat planet mana pon. dia memang senang mesra. so dia dah mesra i boleh jadi tukang senyum je lah. hahahah. lagi tak berkembang skill bercakap aku.

dia selalu gak push-push aku cakap ngan orang. tengok tempat lah kan. kalau perlu aku bercakap aku cakap lah. tapi tak de lah aku nak bercakap dengan semua orang kat mana-mana aku pergi kan.

contohnya kalau masa appointment ngan doctor. bilik yang kiteorang tunggu jumpa doctor agak luas lah kalau patients tak ramai. biasa kalau pagi-pagi kiteorang pergi ade 2-3 orang ibu mengandung jer. so masing-masing duk jauh-jauh. kalau bertembung mata tuh i senyum lah. kalau office mate husband yang memang husband dah tegur (i nak tegur dulu idok lah berlaku sebab kiteorang duk jauh. kalau sebelah maybe i tegur kut) i tanya lah dah berapa bulan, bla bla bla bla (soalan ibu-ibu. sambil tambah pengetahuan sendiri kalau dia dah ade 2-3 orang anak kan)

ade sekali tu ade 4 orang jer dalam bilik tuh. aku ngan husband duk hujung sekali baca paper. sorang ibu mengandung dok tengah-tengah, sorang dok hujung belah sana. jauh la jugak sorang-sorang. semua orang buat hal sendiri. salah seorang ibu mengandung pegang gelas sebab kene minum air gula. huhu.

duduk sekejap i kene masuk bilik lain sebab nak kene cucuk kat montot. kancing gigi. sekejap je rasanya i pergi. bila i balik husband dan dua lagi ibu mengandung dah bukak kelab bual dah dalam bilik tuh. duduk dekat-dekat sambil bercerita. bila dieorang dah bercakap boleh lah i join. i boleh jer nak bercakap. cumanya nak start tu memang tak reti lah. haha

bila dah siap semua, sambil berjalan nak pergi parking kereta husband cakap,

"u ni, kalau i tak start tegur u tak tegur pon."

hahaha. nak buat macam mana kan. kadang-kadang bukan semua orang suka bercakap. mana tahu kalau i tegur i mengganggu dia ke. heheh. boleh tak pikir macam tu? so sebagai langkah mempertahankan diri i jawab,

"haha. nak buat macam mana. i bukan macam u. kalau semua orang macam u bising lah dunia"

this week orang sama jer ade kat dalam bilik tu. sebab dah bercakap last month so kali ni i dah rasa sedikit selesa nak bercakap ngan dieorang. husband ade kat tempat register. i baru nak masuk bilik menunggu tu. baru niat nak tegur seorang akak tuh, tiba-tiba nurse dah panggil. turn i jumpa doctor.

ngehehe. tengokkkk! i baru nak buat ramah. tapi kene masuk bilik doctor pulak.

so i memang bukan ditakdirkan untuk jadi ramah tamah. i adalah orang senyum-senyum pah ceroh.

dinner lambat

perut i dah diajar dinner awal. kalau boleh sebelum maghrib dah siap-siap makan. makan malam gemok. konon! hahaha..

tapi sekarang ni dinner adalah pukul 9 dan keatas. selalu lambat dinner. naseb baek sekarang bukan masa untuk diet-diet. so makan lambat pon halal kan sajor lah. kalau zaman diet mahu i makan dulu biar husband balik makan sorang-sorang. huhu. tak pon akan jadi case dinner dua kali. petang dah makan, husband balik kerja sebab nak teman dia makan punya pasal makan lagi. lagipon dinner lambat cepat mengantuk lah i rasa. sekarang pukul 10 lebih dah layu dah mata.

Photobucket
dinner semalam

Photobucket
telur dadar jangan dilupakan. hehe


Photobucket
lala masak 3 rasa

masak lala ni guna cara sama jer dengan masak ikan tiga rasa tuh. cuma sos dia buat pekat-pekat pastu masukkan lala terus jadi banyak kuah. huhu

i lagi suka masak sambal macam hari tu kut. tapi husband kata dia suka masak macam ni.

Photobucket
sayur goreng sos tiram dengan tauhu telur

sangat-sangat-sangat berharap zaman-zaman buzy ni cepat berlalu. seperti yang saya nampak sekarang janji-janji manis mu nak ber-babymoon dah semakin tiada dalam kelendar kita. macam dah tak tahu nak sumbat kat mana jer.

jangan jadi janji manis honeymoon sudah.=(


Tuesday, 2 November 2010

hari ni

rumah sangat bising dengan kerja-kerja renovation jiran tetangga. biasanya bunyi dari satu rumah je. hari ni macam serangan 3 penjuru. banyak rumah yang baru start renovation ke? tension mak!

semalam tido sangat terganggu tak lena sangat. dan husband kejut sembahyang subuh awal dari biasa. 545 dah kene bangun? T_T. aku dah la sangat penat hari ni. mak macam biasa lah. kalau keluar berjalan sikit mula lah penat kan. balik rumah rasa penat, campo dengan kenyang teman pok we brunch (cehhh..konon teman. padahal nye memang lapar nak makan). sofa memangggil-manggil jer. tidor enak nih!

owh. selingan sikit. i kagum lah dengan orang yang bekerja bawak perut besar-besar pergi kerja dari pagi sampai petang. nak-nak bila dah nak dekat-dekat bersalin tuh mesti penat giler kan. tabik toing. toing untuk preggy mommy yang bekerja. mak basuh pinggan pon mengeluh. maybe sebab terlalu manja kut. tapi i kagum jugak dengan korang yang bekerja tuh! wuhhh. hebat. hebat.

ok. sambung cerita. sebab bising, awal-awal tak boleh tido. bingit nya ya allah! bayang kan lah serangan drill 3 penjuru. biasa satu penjuru i boleh lagi lari ke tempat yang kurang bunyi sikit. so bila dah petang sikit baru lah boleh menutup mata dengan aman.

tersedar bila ade jiran datang bagi kuih. bangun bukak pintu dengan muka bangun tido. hari tu dia dah datang pagi. juga bukak pintu dengan muka bangun tido. mesti die pikir apehal lah budak ni, asyik tidoooooooooooooo jer memanjang. tahu lah pregnant kan. over betul tido pagi petang siang malam. aish. jatuh imej i. jatuh. jatuh!

k lah. walaupon malu tapi kuih kasturi dia bagi adalah sedap. nyum. nyum. menarik la kuih ni. boleh try google resepi neh. babai~

1.8 kg!

yuhhuuu~

baru balik mengintai baby tadi. balik awal hari ni pukul 10 pagi dah siap check up sebab pergi jumpa doc seri jer. doc danial kat respiratory specialist malas nak pergi jumpa. sebab rasa dah sihat. haha. teruk jer perangai. tapi tak pe. sekarang dah akhir-akhir appointment dah semakin kerap. next appointment pergi lah jumpa dia. =p

tadi nak intai muka baby. sepatut sekarang dah makin jelas lah kan. tapi memalu betul baby saya. setiap kali nak scan pon tutup muka. isk. tak boleh nak intai muka. sekarang masih lagi girl. hehe. memang girl dah kut anak aku neh. huhuhu. tak tahu lah baby ni pemalu pesen ape. muka malu-malu nak tunjuk. tapi *tutt* terang-terang nampak. hahahahaha.

sekarang baby dah nak dekat 1.8 kg. dah nampak dah makin chubby anak mommy neh. good. idok lah mommy rase setiap kali makan mommy jer yang dok serap zat. kaki baby doc cakap panjang. ikut mommy ke ikut daddy kaki panjang ni? huhu

yang best nya, i tayah minum air gula...wuhhuuuu~

doc cakap berat badan ok. blood pressure pon ok, result blood test pon ok, semua pon ok. family pon tak de sejarah. so tayah lah minum. hoyeahhh~ i loike. i loike. i dah bersedia mental dan fizikal berbulan-bulan dah nak minum air gula ni bila setiap kali pergi check up ade jer orang muka kerut-kerut nak muntah minum air gula. naseb baek tayah minum. gahaha.

owh. pasal berat badan. i ingat berat badan i adalah di luar kawalan penambahan dia. sebab setiap kali pergi timbang pon mesti doc tak puas hati. rupenye masih normal. cuma dia suruh kawal takut naik melampau-lampau. heheh. sie-sie i risau. huhu. boleh makan byk lagi lah kalo mcm ni.=p

tadi doc ade cakap;

'hei, u ni dah tak lama lagi tau. cepat kan?"

dokter, jange wak i koho debaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, 1 November 2010

sebab ape kita kahwin?

i tak buat ape-ape lagi dari pagi sampai petang. salahkan kawan saya! haha. sebab pagi tadi dia bagi link video orang kahwin. and i terleka tengok video lepas satu-satu sebab nya nampak best and bahagia sangat. teringat balik perasaan masa hari kahwin.

i rasa semua orang kene ade video kahwin lah. dulu masa i kahwin tak de pon video. maklumlah kahwin budget terhad. huhu. ade. tapi sendiri punya vidoe. tak edit-edit pon. rasa macam nak edit sendiri. pastu bila hati murung merajuk or marahkan pasangan tengok balik video tuh. sure hati sejuk.

bila kita marah, kita akan ingat benda-benda yang buruk jer. masa tuh kita ungkit semua benda-benda yang buruk. sampai dah lupa kan benda-benda baik, benda-benda bahagia. bila asyik ingat benda yang tak best jer mula lah nak fikir benda bukan-bukan. as if kita tak pernah bahagia langsung. tapi sebenarnya bila marah benda-benda buruk ni dah tutup semua benda kebaikan yang pasangan buat. dah tak nampak dah.

i benci bila lelaki kataego dia tinggi. macam lah perempuan tak de ego. tak nak bagi contoh orang lain. contoh diri sendiri lagi bagus. contoh orang lain nanti tak pasal-pasal kena serang pastu kene tukar link lagi. hehe *senyum sinis*

bila kiteorang tengah gaduh. hati memang tak tenang. pastu dok bilang-bilang dosa lagi. lagi lama marah lagi banyak benda tak bagus berlaku. so end up walaupon i tak salah i jugak yang tarik tangan husband. semua nya sebab malas nak panjangkan cerita. semuanya sebab tahu tak rugi pon mengalah sebab bila mengalah jiwa dah tak kacau. hati tenang. tido lagi lena. i boleh ketepikan ego i tuh. walaupon sebenarnya masa mengalah tuh rasa marah masih tebal. tapi bila mengalah, kemarahan husband jadi reda sekelip mata jer nanti macam dah tak gaduh. masalah-masalah dan isu berbangkit lenyap. suasana hening tiba-tiba berubah (kalau dalam cerita kartun matahari naik balik). so berbaloi-baloi mengalah kan?

huhu. walaupon kadang-kadang tuh terpikir jugak. kenapa i boleh ketepikan ego i sebab nak bahagia tapi husband tak boleh. kenapa i boleh mengalah sebab nak kiteorang happy tapi husband tak boleh? kasih sayang u tak cukup kuat ke nak tebas semua ego-ego u tuh?

bila i tanya dia, jawapan sama jer (bila mood dah ok, boleh lah tanya kan. nak timbulkan balik isu-isu berbangkit pon boleh. tapi jangan masa tengah gaduh, makin panjang pulak jadinya)

LELAKI MEMANG EGO.

benci. i pon ade ego jugak. i pon nak rasa kene pujuk jugak. (walaupon i tak pernah pujuk, tapi at least i orang yang biasanya tarik tangan u)

so kalau lah ade video kahwin ni. buat sesyahdu and seindah mungkin agak-agak boleh ke meruntuhkan ego husband i? bila tengok balik agak-agak boleh tak mengimbau kembali saat-saat betapa susahnya kita nak bersatu (hurm..masalah nya sebelum kahwin tak de masalah lah pulak kan. hubungan kiteorang smooth jer. so tak de lah bersusah payah sangat). tapi at least ingat niat masa u nak kahwin ngan i. mesti u nak membahagiakan i kan?

soooooooooooooo..i rasa dengan tebang sikit ke-EGO-an u tuh boleh membahagiakan i. boleh tak u tebang ego u tuh. boleh tak? boleh tak?

babai. nak buat video paling syahdu di dunia. nak guna bila untuk masa depan. time gaduh.

swing swing

kadang-kadang i berangan nak jadi bree (desperate housewife). tak. i tak nak bentuk badan dia. kurus sangat. tak nak rambut dia. merah sangat. kalau badan i nak nak gaby. huk huk.

nak jadi bree bila bab-bab mood swing. bila mood swing dia semangat nak kemas rumah. nak sental semua kotoran-kotoran. mungkin masak boleh buat dia bersemangat semua. tapi i tak. bila mood tak ok i tend tu menghabiskan masa dengan bermonolog dalaman. baca blog yang tak pernah dibaca. melopong depan tv dan tak de idea pon tv tu tengah siar cerita ape. bila masak confirm ade something wrong dengan rasa masakan dan bila masak tak sedap rasa lagi down. benci.

setakat ni if mood i tak ok, mengemas rumah dan memasak bukan saluran untuk melepaskan amarah. bukan pengembali mood. if jiwa kacau berpunca dari orang luar, my husband memang ubat penenang. luah semua kat dia. insyaallah tak sampai 5 minit semua dah ok.

kalau husband penyebab jiwa kacau ape i nak buat?(jangan lah nak tipu cakap suami-suami anda 24/7 menyenangkan hati anda. sedangkan lidah lagi tergigit. ye dok?) kalau melibatkan rumah tangga yang susah sikit. nak cerita kat blog? tak boleh. rahsia rumah tangga. nak cari kawan-kawan? tak boleh. kan dah cakap rahsia rumah tangga. sebab tu ramai orang sakit mental kut sekarang. sebab tak jumpa saluran nak melepaskan nafsu amarah. nak mengadu kat Allah. bukan semua orang ingat allah dalam saat-saat macam ni. tapi sebenarnya kalau masa panas nak marah sampai telinga berdesing. amik air sembahyang mengaji memang sangat menenangkan. tapi bukan selalu rajin nak amik air sembahyang mengaji. lagi suka melepaskan marah tu kan.

i ade habit buruk yang memang dari dulu i amalkan bila marah and tak tahu nak buat ape. (amaran: sila jangan tiru). sebenarnya cara tu tak membantu sangat pon. tapi rasa puas sekejap. sekejap je lah. nak tahu ape? my husband suka panggil saya makhluk perosak. sebab memang. memang suka merosakkan barang. i bukan jenis orang yang jaga barang. tambah-tambah kalau barang sendiri.

okeh. kembali kepada cerita. ape yang i buat?

barang yang berada dekat i akan jadi mangsa. if phone di tangan, makanya phone lah jadi mangsa. pangggg!!! lempar kat dinding. berkecai. puas hati! sebab phone i sekarang cap ayam. kalo phone mahal pikir 2 kali jugak. lagi pon phone ni cepat berkecai. jatuh sikit pon dah berkecai. so tayah nak baling kuat-kuat. tengok dia berkecai dah puas hati.

hempap pintu. ni memang kegemaran jugak.

kalau tengah menumbuk pakai lesung, tumbuk kuat-kuat sampai lesung tu hampir nak terbelah dua. sampai kene tangan sendiri lagi bagus. bila sakit rasa marah tu hilang. berganti ngan rasa sakit pulak.

ade pernah baca kat mana entah. sape-sape ade habit ni ade berkait rapat masalah jiwa sebenarnya. tapi nak buat macam mana. macam tak boleh control bila marah. i kene lepaskan kat something. kalau tak rasa marah tu macam membengkak kat dada.

rasa macam nak beli punching bag lah. pastu nak letak gambar muka orang yang i marah. agak-agak i marah kat orang tuh i boleh tumbuk jer punching bag sampai puas hati. sambil-sambil exercise jugak tuh.

okeh husband, kalo sayang barang-barang kat rumah ni. sila belikan i benda ni.




memang khas bilau buat i marah!

tulang temulang

weekend hari tu kiteorang ke pasar borong lagi. kali ni variasi la sikit lauk yang kiteorang beli compare ngan first time pergi. first time pergi beli lala ngan udang jer. udang sampai 3 jenis beli sebab rambang mata tengok udang banyak jenis. heheh. tapi bila masak walaupon jenis lain-lain tapi still udang. poning nak pikir menu.

tapi kali ni dah kurang excited dah nak berjalan-jalan. maybe sebab dah second time. dan pinggang tak ber kerjasama. sekarang ni i sangat gemuk and perut besar, nak berjalan memang mengah. di tambah pulak dengan pinggang yang sakit. sekarang ni nak basuh pinggan kat dapo pon susah. sebab tersekat kat perut. kene tunduk sikit. erghh. dengan kata lain serba tak kene lah.

tido malam pon dah tak seindah biasa. susah nak jumpa posisi yang best. plus kalo baby gerak sikit sure dia menekan pundi kencing, so rasa nak terkencing. kadang-kadang ngan usus-usus sekali tak best bila baby bergerak.tak-tak. i tak merungut. suka baby aktive. just nak bercerita.

Photobucket
sup tulang

lebihan sup tulang makan bihun sup.

Photobucket

esok jumpa doc seri. sengih lagi doc seri nampak kalau dia tengok berat saya. ngehehe. nak buat camno time pregnant lah nak makan. lepas ni kene diet=p