Pages

Sunday, 31 January 2010

back to normal

hello~

hoyyeah~

mood berblog secara normal kembali lagi. kalau jiwa kacau mood berblog pon kacau kan. kesian sesiapa yang singgah blog mak neh. kosong tanpa update. update pon hampes-hampes sajor.

aku dah happy lepas jumpa syahir. dan berbekalkan nasihat-nasihat dari ibunda.

' bukan semua bende kita mampu jadi yang terbaik. tapi kita kene tunaikan tanggungjawab dan ikhlas. insyaallah akan ok.'

baik mak.

tadi aku jumpa seorang makcik yang merangkap saudara dekat aku masa g melawat tok sedara aku kat hospital. sepupu mak aku. dekat la kan. ayat terbaek dia bagi aku. naseb baek kau tua.

' dah lama sangat ni. takkan takdok lagi kut. orang lain yang kawen lagi lambat pon dah nak ade anak. dah lama sangat ni'

dia sebut dah lama sangat tuh macam 10 kali dalam satu ayat. mane ade lama sangat mak cik. tak sampai setahun pon lagi. naseb baek saya ade masalah yang lagi berat. setakat masalah orang tegur tak dak anak ni aku dah macam malas nak layan.

kadang-kadang orang ni kejam. tak boleh ke kalau bercakap tu pikir perasaan orang. heh.

lantok lah dia. lepas pergi melawat tok sedara pegi jumpa awoh. update gossip-gossip basi. ni memang pengembali mood terbaik. hahaha

husband kesayangan pon sangat romantik hari ni. or lebih sesuai dengan perkataan 'romantik pelik'. dah lama tak dilayan macam hari ni. betul ke dah lama. tipu ah. mungkin seminggu tu lama kut. hehe

bila bangun-bangun tido jer dah dikejutkan dengan cara yang aku suke. jadi mood aku akan baik sehingga mata tertutup balik malam ni. hehe. gatal

sayang nya nak biarkan hari ni berakhir. huhu. boleh?

esok banyak benda nak kene buat. pegi umah nenek-nenek, atok-atok. g kedai. petang tak pon malam akan kembali ke rumah PIL. lusa kami akan bertolak ke kerteh.

lepas pegi kerteh baru lah balik ke jalan cinta kasih. lepas tu bermulah sesi hormon fasa ke tiga aku. hehe. tak dak benda best pon dalam hidup i kan. putar-putar benda sama jer.

dah la merapu. selamat malam. semoga esok seindah hari ini.

love.

Saturday, 30 January 2010

mana kamu pilih?

berlakon untuk happy untuk meng happy kan orang sekeliling kamu

or

tunjukkan perasaan sebenar. biar orang tahu apa kamu rasa. dan semestinya akan membuatkan orang sekeliling kamu terluka

aku belajar dari kesilapan

walau pon terasa, walaupon kurang senang, walaupon tidak happy.

aku pilih untuk happy. dalam hati tak perlulah orang tahu. tak perlu jugak persoalkan. sebab kamu semua tidak mahu tahu


hanya maghfarah yang perlu tahu.

sebab hanya maghfarah yang rasa.

so biarlah aku berlakon. aku lagi suka berlakon. penyelesaian sementara masalah.

oh hati. bila lah nak berhenti sensitif. ok. aku salahkan pms.

Tuesday, 26 January 2010

kita hanya merancang, allah yang tentukan

sepatutnya hari ni aku kat melaka. macam biasa. mengikut suami bekerja.

sepatutnya wiken ni kami bersuka ria. kami buat makan-makan di rumah giliran kawan-kawan suami pula.

tapi hari ni kami di kelantan.

nenek en. suami meninggal semalam. jadi kami di sini sampai la wiken. cuti empat hari + lagi 2 hari.

semoga arwah dicucuri rahmat. ditempatkan di kalangan orang beriman.

amin.

al-fatihah

makanan hari minggu

tak de bende menarik la berlaku semenjak dua menjak ni. mood nak mengarang pon hilang sebab sekarang ni aku sedang mengalami proses debaran sehati berdansa. menunggu hari period.

hari ni dah hari ke 29. habis makan hormon untuk fasa kedua 3 hari lepas. so maknanya esok lusa tulat aku period. hurmmmmmm

dah.lupakan. meh kita melayang makanan.

hari ahad
sayur rebus cendawan yang sihat dan sedap. rebus dengan bawang putih dan serai jer. along yang ajar zaman dulu-dulu. sampai sekarang suka.

bagus untuk orang diet. hehe. nak lagi kaler tambah pucuk manis.



hari sabtu, balik dari tengok muvi terus masak.

ikan kerapu sweet sour

bajet sihat lah cucur kalau letak kangkung? huhu


wiken masak dua kali jer.=p berusaha keras shake. tapi hampes makan pizza pulek.

Monday, 25 January 2010

puasa

harap-harap puasa penuh la aku hari neh. dah lame tak puasa. masa untuk ganti puasa. dah la tinggal puasa banyak hari.

puasa boleh cakap pasal makanan ke?

mestilah boleh. tapi aku malas.

ape lagi boleh cerita selain makanan. nothing.

selamat hari isnin~

bye!

Sunday, 24 January 2010

ngedate ngan adnan sempit




sebab review yang mantop diberikan oleh semua orang. pada hari sabtu yang damai, kiteorang keluar rumah awal giler seawal pukul 950 pagi! (awal la bagi kiteorang kalau wiken-wiken ni)

kiteorang ingat dah awal, sekali jalan dah jem giler de~

dari rumah kiteorang nak sampai ke um jumpe kawan perjalan hampir sejam. sampai ke mid lagi lah parking dah banyak penuh. kiteorang park kat garden.

lepas tu baru teringat gaji baru masuk! urghh..padan la~

masa awal-awal cerita aku macam kehilangan sense of humor. orang lain termasuk suami gelak tapi mak rase macam tak tahu ape yang lucu. haha. lama-lama baru lah boleh menangkap lawak bodoh dieorang neh.

keseluruhan nya ok la. sesuai untuk rilek-rilek kan otak.

sebab kiteorang sampai mid awal, sebelum tengok movie haruslah mengisi perut dahulu.

si pengorek hidung yang jelita?

eh. i tak korek hidung yer. ilusi jer tuh. aku masih waras tidak mengorek hidung dikhalayak ramai.hehe

.air.

aku dah boleh minum ice lemon tea dah sekarang. wuhh wuhhh. tapi teh o ais limau masih tak suka

makanan

si pelahap

eh, malu?


setelah belek blog ni, baru lah i sedar dah lama mengabaikan aktiviti mengedate dihujung minggu. sekarang kalau ade terluang lagi suka bercanda di rumah. bunyi macam tua!

Puding Marble



bahan-bahan:

2 biji telur
10 sudu penuh gula
1/2 tin susu cair
2 sudu mentega
1 sudu besar tepug kastard
1 sudu besar tepung jagung
19 g agar-agar (separuh dari agar-agar saiz besar, satu peket 38 g)
1 liter air
3 sudu milo
pewarna merah
1 sudu teh esen vanila


cara-cara:
1. pukul telur sehingga kembang. masukkan mentega, gula, esen vanila. pukul lagi sehingga sebati.

2. masukkan tepung jangung dan kastard, akhir sekali susu cair. kacau sehingga sebati.

3. masak agar-agar dengan 1 liter air sehingga agar-agar betul-betul hancur. masukkan campuran telur tadi. masukkan sedikit garam untuk rasa lemak.

4. selepas menggelegak dan pekat. tutp api, bahagikan kepada 3 bahagian.

5. 1 bahagian untuk kaler merah, 1 bagahian lagi untuk coklat, 1 lagi bahagian lagi bairkan kosong. satukan ikut kreativiti korang.



hasil nya

drama hari jumaat

drama episod akhir

marble pudding dibuat dengan penuh kasih sayang.

poyokan siap buat bentuk heart.ngahaha

resepi di dapo saya



tahu kan drama ape?



suami saya tak tahu pon pudding tuh ade bentuk heart kat atas, sebab isteri dia dah potong siap2. sebab isteri dia malu jiwang semacam. -_-"

Friday, 22 January 2010

blog bosan

aku bosan dengan blog sendiri..boleh?

putih seputih putihnya..hurm. aku kene tambah sedikit warna neh.

bosan jugak dengan hidup sendiri. mungkin dah masanya update resume.

sebab bosan? sekarang ni takde cerita best kat tv. chibi maruko chan jer aku layan sekarang hari-hari. kul 3-4 kat animax. cerita lain bosan.

sayang nyer nak tinggalkan hidup senang lenang begini. ngahaha. ok. tak nak lah update resume

gahaha.. *sila jangan menyampah*

bosan la dok rumah ni. sungguh bosan. rumah dulu at least boleh hi-hi jiran tetangga walaupon aku jenis tak borak dengan orang aku tak kenal. tapi boleh jugak kacau-kacau anak die.

kat sini mana jiran-jiran aku ni pergi. kereta ade tapi tak pernah nampak muka. orang-orang iran jer berkeliaran. nak tegur pon malas.

*kenape perlu tegur orang? mak orang kampung nyah. suke tegur-tegur jiran ni..*

dulu boleh dengar bunyi-bunyi kereta. motor-motor mat rempit yang bingit. malam-malam ade bunyi anjing. ade kereta lalu lalang depan umah. tepi umah.

nak jumpa seekor kucing pon susah kat sini. kadang-kadang ade la bunyi cicak.aku dok dunia mane neh???

tak suka la dok sini. tak rasa macam rumah. T_T

layan gambar makanan yer..

sayur bayam campak dengan daging masak campak

sayur bayam ni femes kat blog ni kan? haha

nasi goreng seafood la sangat

ikan kering tuh mak tak tahu ikan ape. beli kat kk. die sangat nipis bila goreng rasa macam keropok terlebih masin.tapi mak suke~

sayur campor, udang dan telur dadar


resepi di dapo saya

walaupon tak bekerja masak masih jugak simple macam orang yang buzy bekerja kan? =P

i nak belajar menari. ade sape nak belajar jugak? bosan r tak de kawan.

i nak belajar berenang jugak. nanti boleh join hazirah ngan raja swim. mane tempat murah?

lauk udang tempura


ini adalah resepi suka hati rekaan sendiri. tapi sedap!



bahan-bahan.
dari kiri.

1.semestinya udang lah kan!
2. tepung kanji+tepung jagung+tepung beras+ lada sulah. ikut nisbah 1:1:1:suka hati
3. telur+ garam secukup rasa.
4. bread crumb

cara-cara:

1.lap udang dengan tisu.
2.salut dengan tepung sehingga rata
3. celup telur
4. salut dengan bread crumb
5. goreng

siap~!=)

lauk daging masak merah


daging masak merah senang:

bahan-bahan:

2 ulasbawang putih
2 ulasbawang merah
seinci halia.
selabu bawang besar
cili padi ikut selera

semua bahan di atas dihiris

daging
3 sudu besarsos cili
2 sudu besarsos tomato
1 sudu besarsoso tiram.

hiasan : tomato

cara-caranya:

1. masak daging sehingga air kering. ketepikan

2. tumis bawang putih, bawang meah, halia sehingga naik bau.

3. campurkan daging

4. masukkan sos, garam gula jika perlu,bawang besar, cili padi, last sekali tomato


tara~ siap!

senang kan? =)

nasi goreng sea food



nasi goreng adalah makanan dikala malas nak masak kan? sebab nya senang~

ni nasi goreng seafood versi paling senang.

cara-cara

1.bawang merah+bawang putuh+ cili api di tumbuk (lebih kan bawang merah)

2.tumis bahan bahan ditumbuk

3. masukkan soso tiram dan sos cili. masukkan udang dan sotong. telur jika suka.

4.masukkan sayur sawi

5. masukkan nasi, dan kicap.

6. goreng sehingga kering.

ni lebih di kenali sebagai nasi goreng seafood malas sebenarnya. =p

mengidam di waktu malam.

tak semestinya orang pregnant jer pandai mengidam kan?

ikan apa-apa saja, tapi yang penting masak tempoyak

masak tempoyak ni antara makanan feveret. tapi lama giler tak makan. dah hampir setahun kut. tapi husband tak suka makan tempoyak.

tak semestinya suami tak makan tempoyak kita tak boleh masak kan? hurm..esok g cari tempoyak la.

tq kak zaila buat i mengidam.

Wednesday, 20 January 2010

bukan pasal makanan

ngahaha..selain makan, i jugak ade jugak hobi lain. membaca. masa berjalan-jalan baca blog orang i nampak novel ni. best jugak ni buat koleksi kan. pernah baca yang kaler merah jer. tu pon pinjam.

so i mintak la ngan husband i...

dia tak pernah cakap tak boleh kalau i mintak..tapi nye..

kene habiskan baca buku ni dulu lepas tu cerita kat dia

*ehem* kenape bie? ade masalah ke ngan spiritual i?


haih. mak suka membaca. tapi kalau buku macam ni mak lemah la sikit. tak menarik langsung kan noks? kalau novel romance memang feveret la i~


i pernah di paksa oleh beliau untuk baca buku ni...

and i amik masa lamaaaaaaaaaaaaaaa giler nak bergerak dari page ke page sebab asyik hilang tumpuan..dan akhirnya sampai sekarang tak habis.ngahahaha

mak memang tak suka la buku terlalu ilmiah macam ni..

agak-agak berapa bulan i boleh habiskan buku baru ni? ataupon memang xde can nak dapat set 3 novel tuh. terpaksa beli sendiri la macam ni. tak suke. ngahaha. kedekut.

SOHO seafood

kita mulakan hari kita dengan entry pasal makan. semalam sampai jer dari kerteh masing-masing perut lapar. dan jangan harap lah penat-penat macam ni nak masak kan.*penat buat ape maghfarah?* jadi kami ke kedai makan berdekatan untuk mencari makanan.

semalam kedai pilihan kami adalah SOHO seafood.

ni makanan pilihan kami. Tomyam Perahu Pecah.

menu kat kedai ni memang menarik. kiteorang gelak-gelak baca menu*apehal la pasangan suami isteri ni, baca menu pon nak gelak*

antara yang paling menarik adalah IKAN MASAK JANDA PECAH DADA!

memang tak hingat dia punya nama. sebab nama macam menarik ade la seseorang tu tanya waitress,

"dik, ikan janda pecah DARA ni caner?"

malu i -_-"




ni la tomyam perahu pecah. makan 3 orang pon boleh ni. sangat banyak..

dalam tomyam ni ade ketam, udang galah, ikan, lala, cendawan pulak die guna shiitake. i loike~

muka stim boleh makan makanan enak

kasi tunjuk dekat-dekat

ok. zoom lagi

husband i suka la kan. kalau dah ade udang. udang la die serang dulu

suami: perlu ke u buat muke gini?
isteri: perlu, kalau orang korea buat muka camni cute
suami: hurm..sebab u bukan korean so mungkin tak cute sangat la

isteri: ala. u sama jer. buat muke cam ni jugak

ini hantu udang

tomyam ni kiteorang bagi 4.5 bintang dalam kategori tomyam merah. kalau tom yam putih memang tak leh lawan vichuda. korang pernah try tak kat vichuda damansara? torrbaik~

tapi tomyam SOHO ni kurang pedas sikit. tapi takpe. lada dalam tu berlambak-lambak. korang gigit lada tuh pedas la. aku terkunyah lada. hilang deria rasa sekejap.

tapi memang sedap la tom yam dia. dah lama tak jumpa tom yam macam ni. so sekarang kalau nak cari tom yam merah kiteorang cari kat SOHO. dah la dekat ngan umah.

semangkuk RM 16. tapi kire ok lah. sebab udang pon die guna udang galah. siap ade telur lagi. ade ketam. lala. ikan pon ikan tenggiri. dan yang paling penting shiitake~~

aku hirup kuah dia sampai ke titisan terakhir. aku suruh husband amik gambar dia tak nak. dia cakap memalukan kaum jer hirup kuah sampai habis.

tapi i tak rase malu ponggg. sebab sedap~ mesti vangga tukang masak ade customer macam i.

tipu ah hirup semua kuah. ade semangkuk kecik lagi tak habes kuah. i dah tak larat nak hirup. perut dah macam pregnant 7 bulan.



air laici kang ni terpaksa ditapau kerana tuan dia memang dah tak larat nak menerima sebarang jenis cecair.

tempat die pon ok la. siap ade wi-fi free lagi. banyak lagi food ade kat sini. ade satey, tauhu bakar, segala jenis sup.

tapi dari segi lokasi mak tak dapek nak nolong. dekat jer nga umah mak. tapi mak google tadi rupenye kat bandar baru bangi. mak ingat kan kat kajang lagi. idok ler mak tahu sempadan kajang ni kat mano.

selamat mencobaa~

note tambahan, mak makan nasi tu eksyen jer lebih. makan 1/4 ajor nasi. lobih2 bagi suami. dia gemuk tak po. mak tak cari lain. kang mak gemuk die sibuk cari lain.

sebab makan nasi sikit?

pagi nye mak dah melahap nasi lomak ikan tongkol kat kerteh ngan azhani and lin. dah la sebelum tu dah breakfast. pastu lunch makan lagi kat mesra mall. kelaut~


aku rasa macam jalan-jalan cari makan pulak

Tuesday, 19 January 2010

cinta balqis

sape tengok cerita ni semalam?

sila angkat kaki..

huuu..sedih sangat semalam. aku nangis.. *pelik ke kalau maghfarah nangis?*

bila hassan kene tembak aku macam frust menonggeng.

cakap ngan husband

"ala..i nak die ngan hassan.jangan la matiiiiiiiiiiiiiiii"

heh. emosi perempuan ni semalam tengok cerita ni. merungut macam director drama ni dengar jer.

dan akhirnya. i suke ending die. suke suke suke

Monday, 18 January 2010

*sengeh mode*

aku ade sindrom lepas jumpa kawan la. kalau lepas jumpa kawan mesti aku macam sengih tak berhenti. ouh. sangat suka jumpa kawan-kawan. up date pasal masing-masing.

*apehal maghfarah ni berderet-deret entry pasal kawan-kawan kan?*

fedulik~

hehe. aku baru balik jumpa kawan-kawan zaman belajar. lama sangat tak borak-borak. tak cukup la sejam T_T

nak borak lagi.

tapi i dinner dua kali hari ni. petang dah dinner, malam makan kfc lagi!

ngahaha.jangan menyesal lepas makan. sedap ape kfc tadi. tak menyesal. tak menyesal T_T

esok jumpa kawan-kawan lagi. eh. esok jumpe gewam.

k lah. sudah cukup masa berfoya-foya. sekarang masa untuk suami.ngahaha

kenape maxis weng?

ke enset aku dah menunjukkan ciri-ciri nak *ehem*

sepatut nya hari ni masa lunch aku jumpa ngan girlfriends. tapi salah seorang daripada mereka accident.

cuak tak? cuak tak?. tuan kereta ok. kereta jer dah tak cantik.

langgar pagar rumah sendiri *tebolas la kawan-kawan aku*

so kiteorang bergossip melalui phone je lah. tibe-tibe terputus. dan enset tak de coverage selama hampir 2 jam. penat on-off. goncang-goncang segala. naseb baik tak lempar ke dinding.

jadinya. tersadai la kat sini sorang-sorang.

naseb baek ade internet~

entry berlagu

"....Kaulah bahagia (bagiku)..Kaulah derita (bagimu)"

"...Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..Aku pilih derita.."

-derita merindu by Ahli Fikir *owh..suka bangat lagu ni*

pagi tadi husband aku bangun dengan muka tak best.

why bie? kenape bie? meh share masalah u ngan i.

1. bilik macam sauna.

owh. semalam i sejuk, so i tutup ekon.

2. i bangun-bangun jer hard disk atas lantai.

owh. semalam terjatuh. of cos la kan,takkan HD tu nak melompat sendiri
tapi lantai ade carpet. kurang dah hentakan

3. dah lewat ni, i janji breakfast nga boss i.

owh. i sedar tadi alarm phone u bingit sangat. so i off kan. lupe plak nak kejut u.=p

kesimpulan cerita hari ini adalah dia moody sebab i rupanya. ngahaha

sori.

"....Yang aku ingin arti hadir diriku...kan menghapus dukamu"

"...Hanya satu pintaku di siang dan malammu..Baik baik sayang karna aku untukmu"

-baik-baik sayang by wali band.


=) selamat hari isnin kawan-kawan~

cerita di PD

masa aku pegi PD tuh ramai kaum-kaum ibu pergi teman suami mereka. bila suami masing-masing bekerja kami lepak di satu tempat melayan anak masing-masing. dan obviously i sorang jer kaum ibu yang tak ber-anak. so aku sibuk jaga anak orang.

wife boss husband aku siap suruh anak dia panggil aku kakak. heh. tak payah la. i suke ape title aunty.

susah rupenye ade anak ni. ade di antara mereka ni bekerja. aku dengar mereka bercerita, halamak. susahnye. penat nye. kagum aku.

ade sorang tu, dia dulu engineer. siap ade master lagi. tapi berhenti bila ade anak. aku tengok die giler-giler mendidik anak. memang berbaloi-baloi berhenti kerja. dan anak dia yang sulung sangat comel dan sangat pandai. husband aku pon suka budak tuh.dia ajar aku banyak giler. tapi aku tak ingat dah. ngahaha. nanti la kak, bile i dah beranak i call la u mintak tips. haha~

kirenye trip ke PD tuh macam pergi kelas penjagaan bayi lah..=p sebab bila aku dengar diorang bercakap, aku macam giler tak tahu pape. giler lah budak zaman sekarang kan. kecik-kecik seawal seminggu dah kene belajar. kesian.

tempat ibu-ibu dan anak-anak ibu lepak pagi.

petang g sokong husband main suka-neka. pasukan merah. tapi kalah. merah takde ong la sekarang. kan red warrior? hehe

malam diner bbq, tema nya adalah kampung dan traditional. orang lain melaram pakai kebaya bagai~

tau aku pakai ape?

orang kampung aku pakai macam ni, siap ngan jeans

tak sah entry takde food kan?

ni antara yang aku makan.


sekian berita basi melaporkan.


long, bakpe u g make sushi dok ajok i T_T

kerteh

aku tersadai kat sini lagi!

seronot. i love kerteh. aku suke awana.

sebab suka kerteh?

nanti boleh borak-borak ngan mak cik housekeeping.

gahaha.ok. tipu. nanti boleh jumpa rakan-rakan.

ni dosa-dosa besar terhadap diri sendiri hari ni.=p

prosperity+ air fresh oren untuk aku
big mac+ air ribena + sundae untuk dia

kanak-kanak riang kan suami i. minum ribena. makan ice cream. sungguh comel.=P

tu lunch. malam ni kiteorang makan secara sihat malas nak amik gambar. esok lagi sehat. dah jauh dari rumah so jauh dari junk food. mak suke~

da~ mahu beradu..

Friday, 15 January 2010

tangkap muat

aku tak pernah tahu bila waktu sebenar rancangan ni. tapi kalau tertengok tuh aku tengok lah. kadang-kadang tengok dengan husband boleh jadi bahan gelak-gelak. sebab kadang-kadang diaorang makeover ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang makin buruk pulak aku tengok. kadang-kadang lelaki tulen jadi macam bafuk.

dua-tiga hari lepas aku tengok. tengahari. so aku tengok sorang-sorang. aku dah cari video nak tempek kat sini, tapi tak jumpa.seorang suami calon kan isteri sendiri. suami dia cakap isteri dia ni rupa dah macam bibik dah sekarang. aku terpikir dalam hati. agak-agak lah pak cik. kalau nak mengutuk pon jangan lah sampai cakap isteri sendiri macam bibik. walaupon betul kan.

dia juga cakap isteri ni sangat mementingkan anak-anak. biasalah, mak-mak memang macam ni kan. sangat susah nak belikan barang untuk diri sendiri. walaupon suami dia nak belikan. suami pernah belikan baju. tapi dia tak pernah pakai.

bila sarimah terjah rumah mak cik ni, menangis dia. dia cakap suami dia tak sayangkan dia. tak pernah jalan pimpin tangan dia. tak pernah puji dia cantik.

sambil-sambil tengok transformasi mak cik ni, otak aku ligat jer berpikir. macam mana la mak cik ni bertahan. sampai ade anak 5 dah. aku bukan lah bandingkan dengan perkahwinan kami yang setahun jagung ni. masih dalam mood honeymoon lagi. tentunya semuanya manis-manis belaka. tapi kalau boleh sampai tua pon aku nak kiteorang mood honeymoon. kalau boleh lah.

tapi aku sedih kalu dapat suami macam tuh. giler aku akan mengalami kemurungan dan mungkin akan masuk wad jiwa beberapa tahun kemudian.

salah ke seorang suami memuji seorang isteri. biarlah dia tak cantik dan tak seksi pon. mesti ade part yang cantik kat setiap orang pompuan ni. kalau lah takde sangat pon tempat yang cantik, buat-buat la puji cakap mata isteri korang cantik. aku rasa bila suami puji, boleh meningkatkan tahap keyakinan terhadap diri sendiri. ni cakap macam bibik. mak nangis kalau mak kene. dah la aku dah beranakkan 5 orang anak untuk kau. senang-senang jer cakap aku macam bibik.

bab pegang tangan no komen lah kan. kalau anak dah 5 mana lah boleh nak pegang tangan suami isteri. mesti kiri kanan kene pegang anak kan? tapi kalau ade peluang tuh ape salah nye pegang tangan isteri kan. amboi dulu masa belum kawen semua bende ko nak pegang, bila dah sah tuh pegang tangan pon tak mahu?

and lagi satu kalau dah isteri macam sayang duit sangat nak beli barang untuk diri sendiri ape salahnye suami belikan. ini sampai bedak muka pon ihsan dari jiran tetangga. ape kes kan? pastu kalau belikan baju kat isteri agak-agak la kan. kalau isteri tu jenis yang low profile, jangan lah ko belikan baju kaler merah, pastu jarang dan siap bling-bling lagi. memang dia tak pakai lah kan.

dan yang paling penting sekali bagi aku, suami ni orang yang paling dekat ngan isteri aku rase. kalau kita nak isteri kita cantik or jaga penampilan sikit ape salah nye kita tegur kan. tegur secara berhemah la. jangan la main hentam sajer. nanti sentap pulak si isteri tuh. ade nanti kene tidor sorang-sorang 2 bulan kang.

dan bagi aku lah, kalau calonkan isteri kat tangkap muat pastu cakap isteri macam bibik adalah melampau. lain lah kalau dia cakap nak ubah penampilan isteri supaya kelihatan 'lebih' cantik ke..ok lah sikit. walaupon sama, tapi berlapik la sikit.

si isteri pulak kenapa biarkan diri sampai tahap macam tu sekali. tahu lah kita sangat buzy kat umah melayan 5 orang nak. tapi jangan lah sampai mengabaikan diri kan. jaga la sikit. suami tengok pon tak lalu nanti.

ape yang paling penting bagi aku, adalah keyakinan diri. sebab takde keyakinan diri lah kita dok cakap suami tak sayang kita kan. takde keyakinan diri jugak boleh membawa pelbagai masalah dalaman. boleh membawa kepada kemurungan.

jaga lah badan. bukan nak suruh cantik macam model-modelan. tapi biarlah sedap mata memandang. jangan la gemuk sampai nak cari saiz baju kat kedai pon tak boleh. semua takde saiz. macam mane nak bergaya kan? so end up pakai tshirt suami yang saiz tripleXL, seluar kaler hijau pas. tudung kaler hijau pucuk pisang. camane suami tak cakap macam bibik?

pastu wangi-wangikan lah badan. kalau boleh dari hujung kaki sampai hujung rambut. beli lah scrub buang daki-daki hitam kat badan. cantas la hutan-hutan bulu kat badan. heh. tak kan nak ajar kan. tu semua orang tahu.

pastu pasal bilik tidur tu tak yah cerita lah. mesti semua orang tahu kan. kekalkan kehangatan macam mula-mula kawen. heh susah kan. ko baru kawen boleh la nak berbual pung pang pung pang. cuba tengok bila ko dah ade anak 5 nanti. boleh tak kau nak berbual pung pang pung pang macam sekarang?

tapi aku rasa, setiap orang kene banyakkan membaca. kalau sayang duit or malas sangat nak membaca pon baca lah mingguan wanita kadang-kadang. kalau belek-belek banyak tips yang dia bagi. kalau tak nak ikut semua pon ikut sikit-sikit dah ok kut. kalau rajen beli lah semua majalah yang ade kat kedai.hehe.

ini bukan untuk mengutuk,untuk ingatan di hari tua. aku? insyaallah..akan kekalkan prestasi. ngahaha..

Thursday, 14 January 2010

the best nasi kerabu in the town

adalah di caiyo bistro!

caiyo bistro ni adalah tempat persinggahan untuk dinner kalau nak pergi ke alamanda. tapi tak pernah la terasa nak try nasi kerabu dia walaupon orang cakap boleh tahan. sebab nye nasik kerabu dia takde tumis (kuah).

ikut kefahaman aku, kalau nasi kerabu siam, dia takde tumis, kaler dia wajib biru.

kalau nasi kerabu kelantan, ade tumis dan kaler ikut suke hati. ade putih, biru, and kalau kat umah saya nasi kerabu kuning pon ade.

kami berdua memang kureng kalau nasi kerabu takde tumis.

last week, kiteorang dinner kat sini, en. suami try la makan. marvelesto! cukup rasa~

walaupon takde sambal tumis memang terbaek la sambal kelapa die..tapi kalau dia bakar lauk dia lagi best kut. daging bakar takde, ade daging goreng jer.



nasi kerabu terlindung la...

masa sampai tu dua-dua orang lapa sangat. so try la otak-otak yang ade kat atas meja. boleh tahan jugak sedap. tapi bihun kungfu i kurang kaw.memang kesilapan mengorder. biasa i makan sontam ngan char kue tiaw die. sontam die memang marveles. char kue tiaw biasa-biasa jer. tapi i soka sebab manis.hehe

urh..rasa nak makan nasi kerabu la pulak

Wednesday, 13 January 2010

sayur kangkung goreng ikan bilis

ini adalah antara sayur kegemaran aku. feveret sejak dari zaman kanak-kanak. dah la senang bangat. yang penting dia kene pedas. kalau tak pedas tak sedap. nyum!

kangkung goreng ikan bilis

bahan mentah =P

bahan-bahan:

2 ulas bawang mewah
1 ulas bawang putih
4 biji cili api (sesuka hati, kalau nak lagi pedas tambah lagi)
sedikit ikan bilis
(semua bahan diatas ditumbuk)
seikat kangkung
kicap manis
garam

cara-cara:
1. tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. masukkan kangkung, kicap dan garam.

taraaa~ siap..senang kan?