Pages

Friday, 3 December 2010

makan untuk hidup

dah lama blog ni sunyi dari gambar-gambar food. bukan tak masak. *ehem* masak tapi jenis yang cepat dimasak dan sedap di makan. (bukan maggi yer bie, i masih berpegang kepada janji melayu). seperti sos-sos pasta yang tinggal nak tambah air dan lauk pauk jer sikit. dan juga roti yang sungguh enak dimakan begitu saja ataupon dimakan dengan sapuan-sapuan ataupon bakar letak planta. sungguh senang. dapur pon tak kotor so kurang lah kerja harian satu. tak payah nak kemas dapur.

kali terakhir makan nasi adalah bersama husband hari selasa lepas. sekarang dah mula rindukan nasi. tapi malas mengatasi segalanya. so nak buat macammano? makan je lah roti.

buah-buahan juga tak makan. dah bosan sebenarnya. kalau husband ade menyenangkan proses pengambilan buah dengan blend buah jadi juice. rasa lagi sedap dan jadi semangat sikit nak minum. alang-alang petang memang kene buatkan dia air, blend jer buah, sambil menyelam minum air. bila dia takde nak buat air milo pon malas. haish.

Photobucket
lunch

lunch hari ni gabungan benjo dan salad. roti+telur+sos cili+ thousand island dressing. ouhhh. sedap giler. tapi masih rindukan nasi. haha

waktu-waktu husband-less ni terasa jer nak pergi giant dan beli makanan yang goreng-goreng jer terus boleh ngap. rasa nak penuhkan peti ngan nugget, sosej, fries. tapi sebab dah janji dengan hsuband untuk makan dengan lebih sihat untuk anak dia terpaksa lah pikir benda yang senang di ngap tapi masih boleh dianggap sihat.

i rase esok dah nak start shake kembali lah. dah lama sangat tak shake. nak sediakan susu dengan khasiat-khasiat yang bagus-bagus untuk baby nanti. kalau ikutkan hati dan perasaan ade harapan baby minum susu ber-msg jer nanti. huk huk.


4 comments:

maya amir said...

nmpk yummieeee....;)

Byzura Mj (By) said...

beb waktu ni orang kata elok minum susu + soya banyak2 nanti kulit bebi cantik! mujarab org ckp.

PuteriKureKure said...

ok. lunch farah nampak sungguh menyelerakan.

Dong, Dia & Azra said...

terus hari ni capai thiusand island masa sopeng grocerries tadi....hehe...tapi salad terlupa...boleh?