Pages

Monday, 6 December 2010

antenatal class at kpj selangor

selamat hari isnin semua~=)

sabtu lepas i dah berjaya pergi antenatal class. akhirnya! ingatkan i jelah golongan terlewat pergi. tapi ade lagi 2,3 orang ibu yang dah 9 bulan jugak. tak pe pergi lambat-lambat. barulah ingat ye dok? masih fresh dalam kepala. (kalau dah sakit ingat lagi ke?)

i pergi dengan zac dan semestinya kiteorang jelah pasangan lesbian. yang lain semuanya pasangan normal. dan malangnya bagi i, i duduk di belakang pasangan yang over romantik di saat-saat gersang tak de laki. dalam kelas pon nak manja-manja rasa macam nak cakap,

'hoih. ko ingat ko sorang je ke ade laki?'

*ade unsur hasad dengki kat sini sebenarnya =p*

pastu siap toleh-toleh belakang wat muka tak puas hati bila i ngan zac bising. dia dok buat aksi tak sabar nak romen depan aku tak pe pulak (ade unsur exaggerate kat sini sebab ade unsur hasad dengki dalam diri penulis).

selain sakit mata melihat aksi manja pasangan didepan i, sepanjang hari i memang berseronok sampai rasa macam tak cukup jer masa walaupon dah nak malam baru habis. seronok!



Photobucket
ok. kita mulakan dengan gambar perut =p

kelas mula-mula start dengan antenatal talk. iaitu pasal diet, food pyramid, nutrient-nutrient tuh dimana kalau korang tak pergi kelas pon korang boleh baca kat mana-mana saja. tapi since dah pergi kelas ni ko dengar je lah as if ni baru first time korang tahu. haha.

tapi ade satu benda i baru tahu betik ade acid yang effect tajam nya sama jer ngan nenas boleh menyebabkan miscarriage kalau amik berlebihan di awal pregnancy. tapi rasanya dulu i balun jer betik. hehe. sikit tak pe. jangan berlebihan.

lepas tu talk pasal epidural, gas dan suntikan yang nak kurangkan sakit bersalin dari seorang doc lelaki yang rugged tapi suara perlahan bosan nak mati naseb baek ko cakap pasal benda yang harus amik tahu kalau tak habislah semua orang tido. tapi dari sini i baru tahu sakit belakang kalau amik epidural adalah mitos semata-mata. so walaupon awak bosan, tapi awak berguna jugak.=p

lepas tu talk pasal labor yang ditunggu oleh doc siti. talk yang ditunggu-tunggu. i rasa ni sangat membantu sebab ni antara sebab i nak pergi kelas. die tunjuk video yang menyebabkan i menangis bila habis tengok video tuh. sebab menangis? bercampur-campur. satu, sebab macam susah jer nampak baby tu keluar tapi bila keluar macam terharu jer. huhuhu. dua, bersalin nampak sangat sakit. dan i pulak akan sorang-sorang jer tanpa suami? deng!! tak pe, nurse ngan doc ade...huaaaa. (pergi antenatal class lagi buat aku emosi pasal ni sebenarnya sebab die asyik tekankan pentingnye kewujudan suami di sisi isteri. tapi untuk menyedapkan hati sendiri pujuk lah diri sendiri. takpelah, kalau ade suami pon yang meneran nye kita sorang jer.)

-_-"

lepas tu banyak practical. ajar care bersenam urutan-urutan untuk kurangkan sakit belakang dan sebagainya. dia ajar jugak nak kegel exercise untuk buat masa berpantang untuk ketatkan mana yang longgar untuk keharmonian rumah tangga. ngehehe. nanti i buat entri special untuk kegel exercise lepas bersalin nanti. ngehehe

Photobucket
ok, ready puan perut besar?

Photobucket
kita gerakkan kaki dulu. (gerak-gerak kaki pon berpeluh dah walaupon dalam ekon)

Photobucket
deng! dah tak sampai~

Photobucket
ok. belah ni sampai.

Photobucket
walaupon sakit giler sebenarnya

Photobucket
sedang dalam cubaan menonggekkan vontot dan mendonggakkan kepala

Photobucket
senaman bonggol (tundukkan kepala, lonjakkan badan setinggi boleh)
ni sangat berguna masa sakit pinggang nak bersalin

Photobucket
bakal ibu dan bapak

lepas tu pasal breast feed. topic yang di tunggu-tunggu.

Photobucket
busuk breast ni sebenarnya. melekat kat tangan. ciss

Photobucket
anak angkat=p

Photobucket
ok. ni contoh yang salah. haha. perut atas bahu. bukan dada=p

Photobucket
olololo. tak sabar nak breast feed anak sendiri

lepas tu dia ajar cara bernafas dan last sekali die tunjuk cara nak mandikan baby. aktiviti akhir sekali pergi melawa ward dan labor room.

secara keseluruhannya, i rasa class ni sangat membantu. dan penyampaian puan. faridah membuatkan class ni tak bosan. class paling lama yang i pernah pergi. dan kelas paling seronok. kursus kawen pon tak seseronok ni. heheh. so bakal-bakal ibu, awal-awal sila lah mencari tempat nak attend kelas ni. sebab kiteorang cari masa i 8 bulan dulu semua class fully booked. macam goreng pisang panas!

kalau nak booking kelas kat kpj selangor ni, call 03-5543 1111, sambung ke antenatal class. harga rm 80 untuk sepasang suami isteri. pergi sorang pon rm 80 jugak=p. pastu makan 3 kali sampai perut berboyas.

Photobucket
tq zac sebab temankan.



3 comments:

maya amir said...

i tak penah pegi antenatal class...tingin gak nak pegi masa ngadung dulu kala tapi mcm tak penah lak dioffer..hahah..zaman dulu tak famous kot sume ni.. tapi sgtlaa sakit hati kan, kalau pasangan mcm nak beromen dlm class2 mcm tu..haishhh..hehe

PuteriKureKure said...

wah. murah la jugak eh class ni. kita dulu pi kat manjung ni rm50, tapi makan sekali je. better pi 80 tapi makan 3 kali. baru best!!!

plus, duration class lagi lama eh? whole day ke? kita dulu separuh hari je rasanya. isk...mana pulak nak carik antenatal class lain kat manjung ni. susah ooo...

Dong, Dia & Azra said...

betol betol betol...walaupon suami dan dokter serta nurse mem'pom-pom' beramai2, tetap kita sorang yang boleh meneran. kita sorang je yang boleh selamatkan diri kita hokay. jadi, janganlah sedey2.