Pages

Wednesday, 3 November 2010

itu bukan aku

sesetengah orang memang dilahirkan untuk bercakap. huhu. pelik jer ayat. maknanya campak lah kat mana-mana pon. dengan senang nya dia boleh bergaul dengan orang yang dia tak pernah kenal pon.

aku rasa aku bukan dilahirkan untuk duduk dalam golongan tu kut. susah nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal. tapi biasanya aku akan senyum lah. kalau bercakap tak, senyum pon tak menyombong namanya kut.

dan memang takdir, kahwin dengan orang yang boleh hidup kalau dicampakkan kat planet mana pon. dia memang senang mesra. so dia dah mesra i boleh jadi tukang senyum je lah. hahahah. lagi tak berkembang skill bercakap aku.

dia selalu gak push-push aku cakap ngan orang. tengok tempat lah kan. kalau perlu aku bercakap aku cakap lah. tapi tak de lah aku nak bercakap dengan semua orang kat mana-mana aku pergi kan.

contohnya kalau masa appointment ngan doctor. bilik yang kiteorang tunggu jumpa doctor agak luas lah kalau patients tak ramai. biasa kalau pagi-pagi kiteorang pergi ade 2-3 orang ibu mengandung jer. so masing-masing duk jauh-jauh. kalau bertembung mata tuh i senyum lah. kalau office mate husband yang memang husband dah tegur (i nak tegur dulu idok lah berlaku sebab kiteorang duk jauh. kalau sebelah maybe i tegur kut) i tanya lah dah berapa bulan, bla bla bla bla (soalan ibu-ibu. sambil tambah pengetahuan sendiri kalau dia dah ade 2-3 orang anak kan)

ade sekali tu ade 4 orang jer dalam bilik tuh. aku ngan husband duk hujung sekali baca paper. sorang ibu mengandung dok tengah-tengah, sorang dok hujung belah sana. jauh la jugak sorang-sorang. semua orang buat hal sendiri. salah seorang ibu mengandung pegang gelas sebab kene minum air gula. huhu.

duduk sekejap i kene masuk bilik lain sebab nak kene cucuk kat montot. kancing gigi. sekejap je rasanya i pergi. bila i balik husband dan dua lagi ibu mengandung dah bukak kelab bual dah dalam bilik tuh. duduk dekat-dekat sambil bercerita. bila dieorang dah bercakap boleh lah i join. i boleh jer nak bercakap. cumanya nak start tu memang tak reti lah. haha

bila dah siap semua, sambil berjalan nak pergi parking kereta husband cakap,

"u ni, kalau i tak start tegur u tak tegur pon."

hahaha. nak buat macam mana kan. kadang-kadang bukan semua orang suka bercakap. mana tahu kalau i tegur i mengganggu dia ke. heheh. boleh tak pikir macam tu? so sebagai langkah mempertahankan diri i jawab,

"haha. nak buat macam mana. i bukan macam u. kalau semua orang macam u bising lah dunia"

this week orang sama jer ade kat dalam bilik tu. sebab dah bercakap last month so kali ni i dah rasa sedikit selesa nak bercakap ngan dieorang. husband ade kat tempat register. i baru nak masuk bilik menunggu tu. baru niat nak tegur seorang akak tuh, tiba-tiba nurse dah panggil. turn i jumpa doctor.

ngehehe. tengokkkk! i baru nak buat ramah. tapi kene masuk bilik doctor pulak.

so i memang bukan ditakdirkan untuk jadi ramah tamah. i adalah orang senyum-senyum pah ceroh.

6 comments:

puterikurekure said...

kadang2 memang ada perasaan malas nak tegur orang sebelah ok. kita ni lagila, pi klinik gomen tu. ramai nya orang nauzubillah. pulaknya semua nak bercerita, siapa nak mendengar kan? haha.

nieda said...

setiap org karekter berbeza2. ada yg suka ckp, ada yg pendiam, happy go lucky. itulah warna warni kehidupan. kalau semua org sama je tak indah pula DUNIA ni. hehe

~~zaa~~ said...

ohh terbalik..zaa memang banyak mulut & cik abg pulak sgt diam! heheheh tu la kan, memang kita dijodohkan dgn org yang lain dari kita supaya saling melengkapi.. :)

maya amir said...

hehe.. tapi bagus gak hsbnd ramah, wife malu2.. atau vice versa.. nanti kalau 2-2 ramah, havoc umah..heheh

Miss Layaleya said...

hahahaha.. senyum itu sedekah..:)

mek da ©™ said...

ai pun..senyum pah ceroh..eeee