Pages

Monday, 1 November 2010

tulang temulang

weekend hari tu kiteorang ke pasar borong lagi. kali ni variasi la sikit lauk yang kiteorang beli compare ngan first time pergi. first time pergi beli lala ngan udang jer. udang sampai 3 jenis beli sebab rambang mata tengok udang banyak jenis. heheh. tapi bila masak walaupon jenis lain-lain tapi still udang. poning nak pikir menu.

tapi kali ni dah kurang excited dah nak berjalan-jalan. maybe sebab dah second time. dan pinggang tak ber kerjasama. sekarang ni i sangat gemuk and perut besar, nak berjalan memang mengah. di tambah pulak dengan pinggang yang sakit. sekarang ni nak basuh pinggan kat dapo pon susah. sebab tersekat kat perut. kene tunduk sikit. erghh. dengan kata lain serba tak kene lah.

tido malam pon dah tak seindah biasa. susah nak jumpa posisi yang best. plus kalo baby gerak sikit sure dia menekan pundi kencing, so rasa nak terkencing. kadang-kadang ngan usus-usus sekali tak best bila baby bergerak.tak-tak. i tak merungut. suka baby aktive. just nak bercerita.

Photobucket
sup tulang

lebihan sup tulang makan bihun sup.

Photobucket

esok jumpa doc seri. sengih lagi doc seri nampak kalau dia tengok berat saya. ngehehe. nak buat camno time pregnant lah nak makan. lepas ni kene diet=p