Pages

Wednesday, 27 October 2010

saya sayang rumah saya

ade rumah cantik dekat BK1 yang selalu buat kami kagum setiap kali lalu. setiap kali lalu pon nak puji. setiap kali lalu pon nak kene meleleh air liur. setiap kali lalu pon nak kene verangan duit banyak nak beli rumah tu.

kalau bukan i yang start, mesti husband yang start. dah la kalau nak ke mana-mana memang lalu tepi rumah tu. nak pegi giant, nak pegi beli roti canai, nak pegi beli paper. memang tak puas tengok rumah tu. rumah impian tapi tak de duit nak beli. heheh.

semalam i tido lambat. pukul 2 kut baru boleh tido. sebab nya tiba-tiba rasa takut. terima kasih kepada rumet yang dikasihi sebab masa jumpa weekend hari tu dia cerita pasal hantu kat apartment dia. dan apartment dia adalah apartment paling dekat ngan rumah aku ni. tiba-tiba terpikir hantu tu datang melompat sampai ke rumah ni. lagi pon dekat jer kan.

yes. berjaya bodohkan diri sendiri. otak i percaya dengan rapuan sendiri. deng!

so semalam i dok jer senyap-senyap tengok tv. dah la tv ni asal iklan jer mesti nak tunjuk cerita hantu. benci betul.

semalam terpikir naseb baek duduk sorang-sorang kat rumah yang tak besar. masih lagi berani nak pergi toilet. nak pergi dapor. kalau rumah besar bertingkat-tingkat sure aku angkut semua air, food, tv masuk bilik. duduk jer dalam bilik tak keluar-keluar.

dan hari ni husband balik. =) * joget-joget*

rumah bersepah-sepah u! hahaha. tapi tak pe. rumah tak besau pon. tak amik masa lama pon nak mengemas. walaupon tak de 5 bibik u balik komfem rumah bersinar-sinar lah.

saya sayang rumah saya!

5 comments:

mamalieyna said...

alahai farah..rumah2 itu?...kak eina pun stp kali lalu mesti meleleh air liur, berangan jerlah nak dpt rumah cenggitu..alahai..dh la ada terpampang iklan SALE..aduss..alangkah best kalau duit berkepuk2...tp itulah bila di situasi yg lain..bersyukur rumah tak besar, tak la takut sgt! hehe..

Bai said...

joget sambil bawa perut! hahahaha

mek da ©™ said...

mmg! home sweet home..tp mek umah sewa jek..uwaaa

iem said...

rumah tu mmg menjadi idaman semualah..asal lalu je mseti mata tak lepas tengok situ...kalau kaya dah lama cop satu haha

romzi seli said...

rumah yang tengah buat tu ker? hehehe kitaorang pun sama... kena plak ada tanah... hhuhuhu lagi ler... bila terfkir cerita seterusnya... memang betol, dulu masa umah 2 tingkat, kekadang nak naik atas pun malas, bukan sebab takut, tapi macam malas nak turun naik tangga.. tu yang sihat jadinyer... hehehe