Pages

Wednesday, 13 October 2010

the moment of truth

hai!

i kehilangan nafsu berblogging dua tiga hari ni. di landa kemurungan dan kehilangan semangat. hari ni baru bangun dengan muka bersinar-sinar bercahaya berseri-seri sebab husband balik hari ni. hehe. nak cakap mak hover pon cakap la nyah.

ramai tanya kenapa saya tukar link and tutup blog lama. eh. blog lama tak tutup. masih wujud. cuma link ditukar. sayang la nak delete. banyak kenangan-kenangan and cerita-cerita dalam tuh. tunggu masa yang sesuai saya akan bukak balik.

sekarang ni lebih selesa dengan blog baru ni walaupon terasa sedikit menyampah sebab blog dah jadi kosong, link-link hilang, and follower pon dah kene mula dari awal balik. heheh.

jadi. kenapa tukar link? meh saya bagi jawapan dalam bentuk multiple choice. korang fikir lah yang mana yang logik.=p

A. blog dulu banyak betul mencarut, melucah, mengarut. sejak pregnant ni, i cuba sedaya upaya (tapi masih lagi fail) untuk menjaga percakapan, perbuatan, penulisan untuk menjadi sedikit bermoral. sebab nak jadi mak orang kene la tunjuk contoh yang baik kan? lagi pon sekarang baby dah boleh mendengar. takkan die nak dengan carutan sejak dalam kandungan kan? tak bagus. tak bagus. dulu saya berazam sebaik saja bergelar ibu, saya nak tukar link, berblog ala-ala mommy pulak. tapi nampaknya terawal la pulak. (moga-moga impian nak berblog dengan cara sopan ni jadi kenyataan. gaha)

B.dulu saya guna nama betul saya kat link blog konon-konon nya sebab nanti-nanti kalau kawan-kawan yang dah lama lost contact tiba-tiba teringat kat saya dia boleh google nama saya and boleh tahu pasal saya. lagi pon nama saya unik (perasan). biasanya kawan-kawan lama saya akan ingat nama saya walaupon muka dah tak ingat. tapi lain pulak jadinya. bila guna nama sendiri terasa terlalu terdedah and macam tak de privacy pulak. lagi pon lepas ni kalau kerja saya tak nak kawan-kawan sepejabat baca blog, and buat analisis pasal saya dulu berdasarkan blog sebelum dia kenal saya secara personal. sebab dari penulisan ni dia boleh salah faham and fikir bukan-bukan. tak bagus. tak bagus.

C. sejak pregnant saya cuba untuk tidak stress. nanti terjejas emosi baby. saya malas nak fikir benda-benda remeh. malas juga nak kurang ajar. malas juga nak layan orang ignorance sebab nanti diri sendiri yang nampak vodoh. so buat masa sekarang saya lagi suka lari dari masalah remeh sebab banyak lagi masalah tak remeh yang melibatkan rumah tangga, suami, parents, adik beradik and orang yang penting dalam hidup. orang yang kurang penting yang wujud dalam hidup ketika senang jer biarlah dia nak cakap ape. dia boleh judge saya, tapi orang yang betul-betul sentiasa wujud dalam hidup saya jer kenal saya. so buat lah nak buat ape. tapi jangan lebih-lebih sangat. kesabaran orang orang ade batas.

D. semua diatas adalah benar. tapi sebab utama adalah C. hehe

sorry. tak boleh lah nak bercerita secara detail. sebabnya blog ni tak private pon. kalau orang semangat nak cari salah saya still boleh jumpa. lagi pon emosi i dah tenang sekarang. masalah-masalah walaupon masih tak setel tapi sesungguhnya i don't give a damn.

sekian. terima kasih=)

1 comments:

mamalieyna said...

ooooooooo...patutlah! takpe lah farah, janji hati senang sekarang!