Pages

Thursday, 21 October 2010

ding dong!

semalam satu entry jer sebab semalam hari malas sedunia. lepas breakfast, tulis entry, blog walking sikit-sikit masuk bilik balik sambung tido. ngehehe

tengah sedap-sedap tido bunyi orang tekan loceng rumah. banyak kali gak. 3 kali kalau tak silap. tapi ignore jer sebab semalam tak de sape-sape janji nak datang so i assume jurujual or contractor mane-mane nak promote something. malas nak bangun sebenarnya. heheh. dasar pemalas.

sebab pernah sekali ade orang tekan loceng beria-ria. kalau dalam rumah sure lah berpakaian tak lepas piawaian tontonan umum, so kalau nak bukak pintu tanya nak ape kene lah salin baju pakai tudung segala. pastu bila kita keluar, dia promote pasal tinted cermin rumah? marah betul!

tapi semalam bangun tido tengok-tengok ade 3 missed call dari jiran blok sebelah. rupanya dia yang tekan loceng pagi tadi. saja datang berjalan. adesh. malu stokol. pukul 930 pagi pon tido lagi. eh. bukan tido lagi. tido balik. heheh

sebab dah termalu, bangun tido rasa semangat nak buat kerja rumah. bangun vacuum rumah, mop lantai and alih kedudukan sofa sebab bosan tengok susunan sama. husband balik kene marah sebab sofa and coffee table tu berat sebenarnya.

bila petang dah penat. nak masak pon malas. jadi semalam tak masak nasi pong. masak spaghetti hailam.
bahan metah

*husband balik sangat lambat semalam, jadi boleh masak sambil main-main. siap boleh buat sesi photoshoot dengan bahan-bahan mentah didapor*


spaghetti hailam husband punya

dulu ade orang pernah mintak resepi mee hailam ni, pernah letak kat blog resepi. semalam sebab masak sambil main-main siap boleh ukur lagi banyak mana sos letak. so ni resepi tepat la sikit. tapi ikut selera masing-masing lah nak tambah mane yang kurang. heheh

bahan:

4 ulas bawang putih(tumbuk)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil lada hitam(serbuk)
1 sudu kecil lada sulah(serbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
kicap manis secukup rasa
sos ikan secukup rasa (tak letak pon takpe)
garam/gula

2 cawan air rebusan udang (air biasa pon boleh kalau takde)
sayur mayur (ikut ke-available-an bahan dalam peti)
lauk pauk (ikut ape saja yang ade dalam peti)
fish cake/fish ball

1. tumis bawang ngan cili kisar sampai wangi.
2. masukkan air, semua sos,kicap, lada hitam, lada sulah, fish cake, lauk pauk.
3. masukkan sayur, garam dan gula.
4. kalau nak pekat boleh campurkan air bancuhan tepung jagung or masukkan sebijik telur, kacau sampai masak. tapi farah tak letak pon. sos-sos tu dah buat kuah pekat.

siap~ selamat mencuba. hehe

3 comments:

mek da ©™ said...

ee..rajin buat kje umah..jgn buat kje berat sgt tau..wah siap buat photoshoot lg tuuu ekekek

mamalieyna said...

huhu..sakit hati bila beriya kita bukak pintu, tgk org nak promote brg2! hisssh sepoikan mood je kan..

waaaa ada resepi lg, akak ni asal ada resepi rasa cam nk try, alih2..tak try2x,,aduhai... =P

Gurlz89 said...

kak farah ni pandai msk lah..sume nmpak sdap..nt nk try lah..hehe