Pages

Tuesday, 26 October 2010

bie,

i rasa macam nak buang jer maggi dalam kabinet tu. i dah cakap, jangan beli stock makanan tak sihat walaupon tu stock untuk emergency case. tapi waktu-waktu lapar begini makanan cepat dan tak sihat itu sungguh lah kelihatan tempting sekali.

dua kali i pegang plastik maggi tuh. aish..tapi bila pikir i makan untuk dua orang i cari lah alternative lain yang sama tarafnya ngan maggi dari segi kepantasan penyediaan walaupon remeh sedikit lah dari maggi.

sangat malas nak defrost lauk-lauk dalam freezer tuh. jadi i terpaksa pikir menu ape yang lengkap berlauk dan sayur tapi tak perlu defrost lauk dalam peti.

jadi ini hasil kekreatifan i kat dapur. memang ni je lah menu paling kreatif i boleh fikir untuk yang cepat dan tak perlu defrost lauk pauk. kreatif tak i?



pucuk paku goreng ikan bilis. telur mata

hahaha..ikan bilis memang tayah defrost. telur pon tak perlu. tapi betapa sedapnya kalau telur mata tuh telur mata goyang. hehe. sebab goyang-goyang ni tak bagus untuk masa pregnant ni, so i masak lah telur tu sampai tak bergoyang. so sape cakap i makan tak pikir pasal baby. i pikir tau. u ingat u sorang je ke yang sayang baby?

mesti u nak cakap sia-sia jer u bawak i pergi beli kat pasar borong kalau nak makan telur kan? aish..mane ade sia-sia. pucuk paku tuh beli kat pasar borong. so idok lah sia-sia. pucuk paku tuh i goreng pedas-pedas. memang heaven lah lunch macam ni. jangan risau pasal heartburn. gaviscon kan ade. hahaha

semalam u tanya kenapa i malas. i bukan malas. (eh. tak nak mengaku) cuma macam hilang semangat. rasa nak duduk 'jelepek' jer atas sofa. bosan giler jer rasa macam hidup. i tipu jer bila cakap tak kisah kalau u setakat pergi 2 malam. i kisah. mesti lah kisah!

semalam awal-awal malam memang lah rase normal. tapi bila dah lewat dari masa u balik dari office sangat lah terasa bosan nya. i bukak sliding door dengan harapan budak-budak rumah atas tolong lah bising sikit. nyanyi-nyanyi ke, skipping di tengah-tengah malam ke, berbual kat beranda kuat-kuat macam biasa-biasa dieorang buat. tapi senyap pulak semalam. bunyi anjing-anjing sahaja yang menyalak. sedikit menakutkan. so i tutup sliding door. ambik selimut ngan bantal baring atas sofa sambil tunggu u call bila dah habis u buat kerja.

i tunggu u sampai tertido. tersedar pukul bila phone bunyi dan di screen tu keluar nama u. tengok jam pukul 1.30 pagi. ngantuk nya! dalam hati ' isk. baik tak payah call kalau nak call pukul 1.30'. eh. sebenarnya i lupa tu dalam hati je ke memang i cakap macam tu kat u. haha. serius lupa. sebab macam mamai. kalau i cakap macam tu masa cakap ngan u sorry lah. sebab memang tu pon yang terbuku di hati *mode merajuk on*. hehe. tapi i tahu, u call jugak i biar pon lambat sebab kalau u tak call langsung pon memang i akan marah jugak. nak buat macam mane bie. perempuan memang complicated. bab-bab hati dan perasaan ni u kene redha jer lah.

tapi i merajuk pon masa tu jer. pagi tadi masa i kejut u dah tak marah dah. tapi malam ni kalau u tak call i awal-awal siap lah! *insert muka garang i sambil angkat kening kat sini* tiada upacara malam jumaat! eh. tu menghukum diri sendiri namanya. okeh. nanti i pikir hukuman lain. yang penting sekarang cepat balik~

we miss u.

4 comments:

eMMe said...

takpe farah, tak lame lagi baby F ada..tak la sunyi bile ur bie kuar outstation,kan..kan....

mamalieyna said...

memang kreatif nih! nampk best je tu! ^_^

mek da ©™ said...

farah mmg pandai msk kan akak linaku..eee

Dong, Dia & Azra said...

farah, beli safegg selamat utk peknen moms...I beli yang DHA untuk buat telor scramble buat azra...