Pages

Wednesday, 20 October 2010

20102010

semalam malam yang bahagia sebab boleh jamu mata tengok asmara dan yang paling penting tak payah kejut husband masuk tido dalam bilik. heheh. berguna betul blog ni kalau bab nak melepaskan nafsu amarah terhadap pasangan anda. cepat jer dia berubah.=p

lagi pon semalam dia mengadu badan penat so i janji nak bagi full body massage dengan syarat urut dalam bilik. selagi tak masuk bilik selagi tu i tak nak urut. full body massage punya pasal pukul 10 dengan rela hatinya dia dah masuk tido dalam bilik. (walaupon i tahu dia nak tido awal sebab ape, diam kan sajo)

masa tengah enak tido bunyi alarm phone husband. rasa macam baru jer tido. takkan dah pukul 6. meraba-raba dalam kegelapan malam cari phone sendiri nak tengok pukul berape. 2.45 PAGI!

"bieeee. alarm phone u bunyi. awalnyeeeee"

*dia tutup alarm sambung tido balik*

baru nak terlelap tersedar balik sebab husband bangun cepat-cepat macam dah lambat sangat dah nak pergi kerja. bunyi dia ejas-ejas ekon. tinggi kan temperature mungkin. bunyi dia bukak pintu dengan perlahan dan cermat sekali, pastu tutup pintu bilik dengan sangat sopan santun. (mungkin dengan harapan supaya tak mengganggu tido isteri. padahalnya dah memang cukup mengganggu dah)

cesss...tinggalkan i tido sorang-sorang tak bukak lampu!

urghhhh. kenapa masa beli lampu dalam bilik tak beli lampu yang ade remote? terlalu malas and mengantuk dan suiz lampu terlalu jauh. jadi redha jer tido dalam gelap sorang-sorang.

baru nak tido balik terdengar husband bersorak dari luar. *senyum* ade berita baik la tuh kalau bersorak macam tuh. sambung tido tak sedar ape-ape sampai lah bunyi alarm pagi.

lepas sembahyang subuh sambil tunggu dia bersiap-siap nak pergi kerja,

"real menang semalam?"

"of cos la menang!"

"kalau pasal bola senang jer nak bangun"

*sengeh dan terdiam pikir ayat-ayat seterusnya mungkin*

"ouh..u sedar ke semalam? boleh pulak tido dalam gelap sorang-sorang?"

turn i pulak sengeh. ngehehe. NGANTUK tahu? gelap ke cerah ke..asal kan tak panas boleh jer tido.


dinner semalam: tomyam udang, sotong celup tepung, homemade pencicah, telur dadar

13 comments:

mek da ©™ said...

hikhik..dah lama xjenguk makanan sdp2 kat sini...farah dh bape bln skang?

Ieda Al-Habsyi said...

hohoho! laki aku pon tgk bola mlm smalam, titun aku sensorang :)

mrs.spicy said...

baru 7 bulan lebih..hehe

mrs.spicy said...

ieda: naseb baek bola kejap jer=p

mamalieyna said...

akak lg suka tido dlm gelap la farah..walaupun sorang2..hehe..

eeeiii alarm bunyi mmg bingit kalau bukan masanya..hoho..

Gurlz89 said...

best dgr cite2 kak farah.sgt sweet..=)rs mcm nk kawin jgk..hehe..kak farah pandai msk ea..sdap nye tgk lauk..t'liur tra..

puterikurekure said...

alolo...tido sorang2 kena bukak lampu eh? manja ok!

mrs.spicy said...

kak ieyna: tido dalam gelap nanti imagine macam-macam=p

mrs.spicy said...

gurlz89; hihi. thanks. *blushim*

mrs.spicy said...

intan: bukan manja. penakot! hahaha.=p

eMMe said...

farah, leh tak kasi resepi spagetti aglio olio with prawn. coz ade balance spagetti, nak melantak sowang2, huhuuu...opss sori takde kaitan dgn ur entry...pis...~

mrs.spicy said...

me: http://dapurspicy.blogspot.com/2010/03/bahan-bahan-spaghetti-dua-orang-makan-4.html

resepi sama. tapi ganti cili kering dengan cili flakes jer. kalo tak de potong cili padi pon sodap..cheese tu tak letak pon xpe. tetap sodap=p

maya amir said...

wahhh sgt menyelerakn dinner itu:)