Pages

Wednesday, 1 September 2010

hari ni

hari akan menggunakan banyak energy. nak pergi shopping raya kat jalan TAR ngan pok we. mintak-mintak orang tak sesak sangat. huk huk. nak beli baju raya shahir jugak kat sogo. selipar raya jugak kalau ade yang berkenan. hand bag raya jugak. haha. macam kanak-kanak jer rasa. selipar raya perlu sebab sekarang satu-satu nya sandal yang melepasi piawaian dipakai untuk wanita pregnant dah ketat. kaki dah gemok.

semalam dah beli tudung raya kat pasar malam bangi. so baju raya i dah setel. cuma nak pergi cari baju melayu suami. tuan badan tak ade so kene bawak baju dia nak ukur. nak tunggu dia balik sure tak sempat.

mintak-mintak lah orang tak ramai dan cuaca tak panas. weekdays sesak jugak ke? sahur hari ni double meals. nasi makan dan jugak jugak shake. minum air pon bergelen-gelen. bahjet macam nak pergi berperang jer.

hari ni kejut husband bangun sahur amik masa hampir sejam. marah betul! dah agak. kejut depan mata pon liat nak bangun, ape lagi kejut dengan phone jer. naseb baek sempat jugak bangun walaupon makan kurma jer. dan isap rokok jugak. bagus giler bini kejut husband bangun bakar paru-paru kan?

i rasa baby f dah membesar dengan jaya nya. sebab nya semalam dia menendang dengan super hebat. biasa tendang manja-manja jer, macam ade something gerak-gerak dalam perut. tapi semalam memang dia menendang sampai i terkejut. kuat okeh kamu baby.

siang semalam dia tak menendang langsung. risau jugak. lagi pon semalam agak aktif ke sana ke mari dengan pok we, pastu pergi ukm amik along, nak pergi bukak puasa rumah mak sedara. maybe tak rasa die gerak sikit-sikit. lagi pon siang puasa baby tak de energy. heheh

tapi semalam masa tengah bergayut dengan husband dengan hebat nya dia menendang. heheh. happy dengar suara daddy?

we miss u.

5 comments:

Zezebel said...

Salam kenal dan selamat berpuasa.
Sioknye pegi shopping kat Jalan Tunku abdul rahaman kan? lama dah tak pegi. Hehehehe....

PuteriKureKure said...

hehe. farah, lepas ni tunggu baby f keluarkan siku dan lutut dia pula. boleh rasa senak ok! hehe. takpon tetiba je leh rasa kepala dia terjojol atau perut senget2. best!!!

oh. shopping tu baik2 ok. orang bersesak2 ni...jangan sampai farah kena tolak2 dah la. harap2 jugak hari bekerja ni tak ramai sangat.

eMMe said...

farah, azab kite gi Jalan TAR dah lepas dah..fuhhh!!! sesak nafas okey...gune 1 nafas jea, hahahaa...

Byzura Mj (By) said...

wah! take care laling. baby perempuan pun kuat tendang eik? bahaya ni! =D

Fathiyah said...

sungguh energetik kamu.kte tak penah gi jln TAR time puasa.surrender awal2.hehe