Pages

Thursday, 23 September 2010

beza fb and blog

caution: read at your own risk

sebelum membuat clarification, sebab telah membuat salah disini, i kene mintak maaf kat sini lah kan? plus, i tak tahu pon sape yang terasa.

memang sangat salah pon bercerita keaiban family kat blog. macam bukak pekung di dada eh? tapi i tak cakap pon sape kan? so i'm truly sorry pasal bukak pekung sendiri.

tapi ape yang sepatut orang faham adalah benda tu (kalo sape-sape sempat baca post tu) berlaku mane-mane jer. walaupon dalam family sendiri. bukan nya i nak cerita pasal pak cik i kawin lain dan sebagai nya. if nak bercerita i akan buat details siap ngan nama dan jalan cerita bagaimana ianya berlaku. dalam post i i cakap benda yang sangat general. cuma kalau ade yang terasa mungkin lah istilah 'siapa yang makan cili dia terasa pedas nya' berfungsi disini.

yang kedua, perasaan marah. yang ni memang tak boleh tolong. kadang-kadang orang berkata-kata benar boleh adalah orang yang yang salah. sekali lagi saya meminta maaf kerana lantang menyuarakan kemarahan saya. saya patut simpan benda ni dalam diri.

but if my sister dicurangi, i akan marah dengan lantangnya. (ini juga contoh situasi ya. jangan jadi isu pulak lepas ni ok)

tapi sekali lagi, buat contoh dengan masukkan contoh saudara (walaupon tak de nama) dan kemungkinan besar saudara tu baca adalah kesilapan saya. so saya mintak maaf.

if saya memang salah, saya bukan lah orang yang susah nak akui kesilapan. tapi tolong buat dengan saluran yang betul. cakap dengan saya sendiri kalau terasa. jangan main orang-orang tengah. or terasa sorang-sorang then pergi mengadu. sungguh tak boleh terima. sila membesar plis.

pasal private blog. nak private ke? tak lah. tak mungkin. cuma akan lebih berhati-hati. and isu panas mungkin akan timbul lagi if i tak boleh tahan emosi. sekali lagi, tolong respect sikit, ni ruang saya.

ok. berbalik kepada title.

saya tak aktive fb sebab saya rasa sangat terbuka. semua orang boleh baca sebab status or benda kita buat akan keluar kat home friendlist kita. so macam buat announcement jer rase kalau setiap kali type status. (ni pendapat saya ok!)

kat blog pulak, orang akan baca kalau dia memilih untuk nak baca. dengan kata lain kalau rasa nak tahu pasal saya dia akan click pada link blog saya.

i salah besar ke kalau kalau orang baca dairi i senyap-senyap, pastu dia baca benda i tulis, then dia terasa walaupon tak tujukan pada dia pon.

walaubagaimanapon, the damage has been done orang puteh kate. ape yang saya boleh buat adalah mintak maaf. ape yang dia boleh buat plis stop melawat blog ni. ini bukan blog ilmiah yang orang boleh dapat faedah bila maca. ni blog merapu yang ape-ape saja pon boleh tiba-tiba muncul. i share cerita dengan orang orang boleh menerima penulisan i jer. kalau rasa blog ni tak matured, tak bermoral, tak ade adab, tak reti bersyukur, tak berterima kasih, tak cukup memberi perhargaan, then tekan butang 'x'. i tak marah. sebab obviously, blog ni lebih kepada yang rapat dengan saya, yang care pasal saya, yang tahu saya luar dan dalam.

banyak pasal rumah tangga i pon. banyak pasal cerita dengan husband pon. banyak pasal benda yang i main masak-masak jer pon.

again, this is my space.

for me, macam konsep jiran tetangga. i boleh buat ape i suka kat rumah i. but if i ade buat benda salah, sila tegur dengan BERHEMAH. then i akan consider balik perasaan orang. if i rasa i salah, then i akan buat something.

okeh sayang-sayang yang sedang membaca blog picisan yang suka merapu entah ape-ape ni? adakah anda berpuas hati?

8 comments:

Mak Su said...

salam lebaran, stujus, kat fb sgt open sebaliknya kat blog adalah serupa kita mencurahkan rasa ke diari cumanya ia online... maksu pun buat cenggini gaks...

PuteriKureKure said...

PUAS HATIII!!!!!!!!!
hehehe.

NenekPenne said...

my opinion ok

membuka pekung didada tu dah tak relevant dah sekarang ni... sampai bila nak simpan pekung tu? umpama mcm mengandung tanpa bapa, lama2 orang nampak jugak perut yang sedang membesar tu... ni contoh ya..

mcm u kata, kalau orang tu tak suka, then dont read or jengok blog ni...
then kalau ada yang terasa pedas, memang betul lah dia makan cili tapi sekarang cili tak berapa pedas sangatlah...

kalau kakak u dicurangi, off courselah u akan rasa marah.. sebab u sayang ur sister.. tapi for those yang tak sayang adik beradik, dia pedulik apa ... ni lagi sekali contoh ya ...

Byzura Mj (By) said...

puas! tapi belog kan. kalau orang betul2 baca + paham.. dia akan kenali orang tu.. kalau tak wujudlah anynomous.. wuhu!

Puteri Nuur At-Terawis said...

setuju 300%

kakput sendiri banyak kena hentam bila diaorg baca, diaorg terasa. haiyo, blog kita, kita punya suka la :P

ederq said...

like sejuta kali entry ini!
memang benarrrr. suka ati laaa nk tulis apa pon. hohhhh

mamalieyna said...

ish nape ni eh...ketinggalan ketapi lagi ahkak ni..huhu..

*ooh akak tak suka berFB gak, terlalu open..

NadiaNatasha said...

that's right, blog kita kita punya suke la, klu xsuke xyah baca hehehe