Pages

Tuesday, 24 August 2010

update food secara berjemaah

bulan puasa banyak ambik gambar food sebenarnya. tapi sebab malas nak upload gambar food terbiar jer. nanti delete jer. sia-sia jer gigih ambik gambar. huhu. ni antara food yang terbaru lah. yang lama-lama biarlah. dah basi cerita.

semalam kesihatan tak berapa nak mengizinkan. badan nampak nya dah tak nak bekerjasama dengan berat badan yang terlebih sudah ni. pagi masa suami siap-siap nak pergi kerja kepala sangat sakit plus sakit tengkuk, sakit lengan, lenguh pinggang secara serentah. sangat sakit sampai rasa dah nak nangis. so terpaksa lah husband pergi lambat sikit kerja urut isteri. huhu

lepas tu bangun tido update blog sket lengan sakit balik macam tertindih tido. mungkin memang tertindih masa tido. kesian lengan kene tindih dengan badan yang berat. so semalam tak buat kerja rumah pon sebab tangan kanan nak pegang mop pon sakit (yeay!)

bila petang sikit cakap kat suami tak mampu nak masak semalam, so dia nak beli kat bazar jer. tapi dalam kul 4 tiba-tiba tangan dah tak sakit langsung (saja jer sebenarnya pagi-pagi dia sakit supaya ada alasan tak buat kerja rumah). so masuk dapur hajat di hati nak goreng bihun jer senang. tapi bila masak benda lain pulak yang jadi. hehe. biasolah tu.

menu semalam

ikan siakap goreng bodo, sayur lemak bayam, sambal tempe dan kentang, ikan kering, pengat pisang. buah mangga.

ni di request oleh husband 2 minggu lepas. baru terasa nak buat. hehe. macam susah sangat jer=p

bagus nya husband saya ni walaupon makan memilih tapi dia tak kisah kalau saya masak sekali benda dia tak makan. macam sambal ni, tempe dia tak makan pon, tapi boleh jer nak campur sekali. kalau nak buat sambal udang petai pon macam tu jugak, dia tak makan pon petai, tapi i suka. and dia boleh jer makan sampal udang campur petai tu tapi petai tak makan lah.

special: ikan kering nipis-nipis goreng rangup-rangup =D

sayur lemak bayam letak udang

mangga

mangga ni dari kampung. pokok ayoh cik tanam. manis leting!

pisang emas dibawa belayar

pisang emas nenek bagi sesikat. sebelum rosak baik buat pengat. banyak lebih simpan dalam peti. so lepas ni makan lah pengat ni hari-hari sampai habis.=p


hari ahad lepas ade reunion ngan kawan-kawan sekolah rendah sebenarnya, tapi dah cakap tak sure datang ke tak sebab ahad baru bertolak dari kelantan. sampai awal jer kl, tapi nya bila sampai badan sangat penat terus tido. dah lewat baru bangun. suami cakap sempat jer pergi tapi kesian kat dia macam penat jer drive jauh-jauh. nak suruh dia pergi bazar pon tak sampai hati, so i masak je lah ape yang termampu.

aglio e olio with prawn untuk dia, saya ber-carbonara

pastu goreng cempedak di luar pagar

cempedak ni beli kat setiu masa dalam perjalanan balik kelantan

last sekali menu last week. di kala sihat walafiat tapi mood masak tak datang. goreng mee sajor. sbulan-bulan puasa ni makan mee jer pon dah lebih dari cukup. sangat kenyang dah.

9 comments:

PuteriKureKure said...

carbonara. hmm..semalam baru makan tapi ni dah teringin balek. hehe.

eMMe said...

erm...me dah beli bahan2 utk wat spagetti...tapi, taktau bile nak buatnye....huhuu...

mek da ©™ said...

sampai hati buat mek da terliur..eeeeeeeeee..tolonggggg..nak manggaaa

mamalieyna said...

Waaah bejemaah sungguh ni makanan ni..mcmc2 ada...^_^

ooh akak pun, hari2 mee pun ok, kenyang! semalam mee+teuw goreng..beli je.. RM2 sepinggan, balik goreng telur mata! siap menu berbuka..lalala...

Byzura Mj (By) said...

gilo mung. banyok mung masok. semua sedak sedak. yum yum

norhaizan said...

adehh..sedapnya...lambat lagi ni nak berbuka..

SweetyMui2 said...

makanan yang mengiurkan! huuuuu

Qimie said...

farah.. i ni bukan tak nak bukak blog u.. tp kalo bukak jek blog u mesti i rasa nak balik kl time2 tuh jgk bila tgk gambor food2 nih semua..

addeeeyyyy...

alyyani said...

ish, semua dlm gmbr ni nmpk menyelerakan walaupun ikan kering itu.. :D