Pages

Monday, 16 August 2010

rewind menu

bulan puasa ni ni kan tak de mood nak amik gambar food. satu sebab mane ade masa nak amik gambar. siap-siap susun dalam pinggan terus ngap. kalau ade mase pon tetap malas. mungkin allah nak melindungi korang daripada tergoda dengan gambar-gambar food. hehe.

pagi tadi sahur kembali shake. wiken tak shake sebab nak bagi husband merasa makan nasi masa sahur. kesian dia dah la weekdays dah shake. lagi pon kalau weekend penat boleh tido. hehe. shake dengan buah tembikai. dia shake jer ngan makan tau fufa terlebih manis. saya siap double meal lagi pagi tadi. mula-mula shake, pastu makan bubur lambuk yang jiran bagi semalam. hehe.

malam semalam menu sangat best. makan sampai rasa tak cukup nasi. hehe. masak ikan pari asam pedas denga ulam cicah budu and tempoyak. pastu goreng ikan kering nipis-nipis rangup macam keropok. ikan ape ntah. syokkk menu simple begitu. semalam keluar sampai rumah dah nak pukul 6. masak asam pedas guna paste sajor. ngehehe. i suka lah teknologi ni. =p bukak puasa minum air bandung cincau ngan cucur udang makan ngan kuah kacang.

sahur hari ahad huasband request menu special. teringat zaman kanak-kanak. kalau tak de selera nak makan memang menu ni lah yang biasa mak or awoh masak untuk sahur. telur masak kicap! makan telur masak kicap masa sahur adalah terbaik~

bukak puasa hari sabtu air kelapa, dengan samosa. pastu makan rojak. homemade rojak first time buat. hehe. itu sajor kenyang sampai ke nak tido.

sahur hari sabtu daging goreng kicap dengan udang masak kunyit dengan sayur.

itu sahaja menu weekend. wahaha. kagum ngan diri sendiri. weekend pon berjaya masak beli kuih jer sikit-sikit kat bazar. walaupon menu simple tapi puaeh hati. makan dua orang jer pon masak banyak-banyak membazir. hehe

hari ni kalau jadi adik ipar, pow we ngan along berbuka kat rumah ni. makan ramai boleh lah masak meriah sikit. selamat hari isnin semua~

2 comments: