Pages

Friday, 13 August 2010

cerita puasa

sebelum bercerita, hari ni anniversary yang setahun 5 bulan. hehe. jom celebrate makan luar.=p

okeh. cerita berpuasa. macam biasa. kalau sahur tak masak. heheh. shake sajor. senang kerja mak. tapi masa bukak puasa setakat ni masak la.

macam i cakap sebelum ni, amatlah tak reti nak masak kalau tak rasa. kene rasa kalau masak. tapi puasa pon try letak kat lidah sikit then ludah kumur-kumur kan. dah buat dah! tapi fail jugak. kene telan baru rasa betul. hehe. tapi naseb baik lah kiteorang makan kurma and kuih dulu masa bukak puasa. lepas maghrib baru makan nasi. boleh lah nak edit-edit lauk dulu sebelum makan.

hari 1st puasa:

berbuka dengan kurma, air kelapa, dan kuih 'butir nako'. kuih 'butir nako' kalau ikut bahasa german. kalau direct translation nya adalah biji nangka.hehe. tapi tak de kut orang panggil ini kuih biji nangka. ape korang panggil eh? nak kata badak berendam bukan kan? sebab ni tak de inti, badak berendam ade inti kan? tapi rupa luaran sama lah.

buat 3 kaler. rase macam cute jer warna warni. kanak-kanak mesti suka. haha

lepas berendam.=)

dah try dah letak kat lidah masa masak, rasa macam dah cukup manis. tapi sekali bila bukak puasa disebabkan makan kurma yang manis, jadi tawar sikit kuih ni. suami cakap tak pe. kuih sihat. haha. kurang gula.

lauk malam tu pulak ikan percik yang tak berapa nak jadi ngan sayur kailan ikan masin. tak de gambar sebab tak puas hati ngan hasil die. hoho.

2nd day: kuih semalam ade lagi dalam peti, sepatutnya tak masak kuih pon tak pe. petang tu saya rasa bosan sangat. jadi nak try buat karipap. first time buat karipap. dan first time kelim karipap.

hasil kelim-an pertama

saya ingat buat karipap ni susah. tapi rupanya sangat susah. haha. siap membazir lagi 2-3 tepung sebab masa kelim merekah terbukak tepi dan sebagainya. benci betul. dan rasa dia?
suka kulit karipap. agak berjaya la resepi ni, lain kali boleh guna resepi ni lagi. tapi inti nya terlebih masiinnn. benciiii!! fail lah! fail lah!

pengajaran: jangan cuba buat benda yang tak pernah buat semasa bulan ramadhan. tak reti nak bajet garam. cara letak kat lidah tak effective. huh!

tapi air saya sedap semalam. gahaha. takkan buat air bandung pon fail kam!

air bandung + biji selasih+ buah kabong+ cincau= marveles

nasi pulak masak simple jer

nasi goreng cendawan+ paprik udang.

dua malam ni terlalu kenyang lah. dah kurangkan lauk and nasi still kenyang lagi. nak solat pon tak selesa. jadi kene kurangkan lagi nasi mungkin.

hari ni ikan bakar cicah air asam jer kut.

10 comments:

mek da ©™ said...

butir nakoo..sdp tuu..sero nk buat wehh..ee

mamalieyna said...

WAAH NYUM3X..HIKS...POSA LAH! =P

tu la farah, cepat kenyang lah..akak setakad 2 hari ni, berbuka takde nasik pun..kenyang sampai sahur..sahur baru pekena nasik..

haus je time berbuka tu, lapar tak sangat...tp kalau siang ni..rasa lapar+haus skali..ngee...camno tuh! =P

Byzura Mj (By) said...

waduh! kok rajinnya! hehehe. badam berendam tu senang kan? by suka letak biji herba :D. sedap

nieda said...

nak try juga wat karipap weekend ni..itupun kalau mood R dtg..hehe

gee ryder said...

farah dh bole buat karipap tu, bole buat housewarming ar pasni hehe

maya amir said...

uwaa..nak bljr buat karipap jugak...heheh..tak penah seumur idup buat karipap tapi pandai kelim..kekekek..tumpang kelim jek pandai..hehehe

Nia said...

adoi,..ni yg rasa nak pegi berbuka kat rumah Farah ni..haha

aNiS tHe BumbleBee said...

nak buat karipap ni kena tahap kesabaran yg tinggi.aritu anis dah blaja buat skali,tp rupa kelim tu yaa ampun...terus hangen smpai skang.kihkih!

rynas said...

kelas Farah buat karipap...huhuhu bagus-bagus. buat banyak2 letak peti sejuk jimat..

pwincers said...

sedap nye butir nako kak farah..comel2 warne wani plok tuh :)