Pages

Tuesday, 24 August 2010

cerita di terengganu

petang masa kat paka residence ajak husband pergi bazar beli kuih muih jalan kaki. dekat jer sebenarnya, biasa kalau kiteorang pergi pasar malam, tempat yang sama jalan kaki jer. bila jalan kaki beriringan sambil berpegangan tangan boleh lah ambik mood honeymoon balik. tapi suami penat.

"holoh, i puasa gak. tak penat pon"

"i drive dari kl pagi tadi, pastu sampai-sampai tengahari kene masuk site. u tak pe masuk kereta tido, sampai hotel tido. bangun memang la ade energy lagi"

hehe. baik lah. baik lah.

orang minyak?

petang nya lepas balik beli kuih-muih berjalan-jalan tepi pantai (juga naik kereta). saja nak membunuh masa. balik bilik bosan jugak. bulan-bulan puasa tak boleh duduk sangat dalam bilik berdua-duaan. kurus puasa. =p

kat tepi pantai kiteorang tengok ade orang tak puasa sedang bercanda-candaan di tepi pantai. agak ramai lah lah jugak orang lepak-lepak tepi pantai, tapi dia boleh selamba kodok minum air. masa tu dah pukul 6 30 petang. ape salah nya tahan jer nafsu tu sejam jer lagi. kalau yer pon tak puasa respect lah lah orang puasa ni!

menu bukak puasa

keropok lekor, tepung gomak sedap, roti paun goreng liat, air nira kelapa, air kelapa

makan kuih pon dah kenyang

2 minit sebelum berbuka. masih mengadap facebook=p

dan waktu yang ditunggu-tunggu tiba. malam nya lepas solat pergi makan roti tempayan kambing. nyum!

dia dah tak de perut!

haha. tu sebelum makan tu.=p

ini yang kita cari~

haih. tolong lah jangan senyum macam tu. dan tolong lah jangan ambik gambar dari tepi. menyerlahkan tumbesaran badan~

makanan sahur (sangat gelap maaf)

dan sahur pulak kiteorang sahur kat hotel jer. malas nak keluar. malas jugak nak shake. walaupon dah boleh agak dah makanan kat sini macammana tapi bayar lah jugak sebab malas nak keluar. dan seperti yang disangka food memang mematikan selera. ade jer yang terkurang terlebih. kalau complimentary idok lah rasa nak merungut. tapi ni kene bayar.

last year sahur kat rumbia memang puas hati. walaupon complimentary jer. makanan lebih kurang jer, masa sahur tak de lah banyak pilihan sangat, tapi rasa cukup rasa. puas hati makan.

8 comments:

eMMe said...

uuuu...farah makin sihat nampak nya...alhamdulillah....

Byzura Mj (By) said...

wah naik sudah badan. nampak seri :D. nak tengok perut! ngehngehngeh

Ezzah said...

tepung gomak?? OMG! peberet kuuuuuuuu!
tak jumpa lagi walaupun dah 1/2 bulan pose. :(

Nia said...

wah, kalau mcm tu makanan masa sahur, mesti hari2 saya rajin bgn sahur..hehe..iye la, nampak naik seri muka!

gee ryder said...

terliur pulak tgk roti nan tu hehe..
bebudak tak posa tu duk dr tghari lg farah hehe

~AmyLiana8886~ said...

oh pergi kampung halaman kita tu..bestnyer kalau blh balik ganu..hihi

alyyani said...

farah, muka nmpk pucat. kalau gi ganu wajib la ada kopok lekor sebagai kudap kudapan. heheh..

mamalieyna said...

waaah nampak dh seri seorang ibu nih..hehe..