Pages

Monday, 19 July 2010

zara dah umur setahun

sebelum pergi rumah edy, kiteorang singgah mid valley dulu nak beli hadiah. orang kat mid masa weekend seperti biasalah. super ramai nak cari parking pon susah. dah la jusco tengah sale. lagi lah berganda-ganda ramai.

kiteorang ade masa 2 jam jer nak cari semua barang kat mid ni. (2 jam tu adalah termasuk masa cari parking) mana cukup! jadi nya kene buat yang paling penting.

mula-mula cari hadiah. banyak sale. mahal nye dress kanak-kanak ni! ouh baby. tolong lah kamu boy. tayah pakai dress. sebab dress cantik-cantik semua mahal. haha

lepas buat benda yang kedua penting. isi perut. (walaupon lepas ni nak pergi tempat makan-makan) ngehehe. mana boleh masuk jj mid tak makan asam laksa. tak lengkap hidup. masuk-masuk jer dah terbau-bau. kalau tak makan nanti balik kempunan.

aktiviti buang nenas bagi kat suami

masa orang amik gambar dok diam-diam boleh?

yang ke tiga sebab ade masa lagi pergi cari cadar. cadar lama dah tak boleh guna. rumah lama dulu saiz king tapi tilam 8 inci. sekarang 16 inci jadi nya cadar tu muat-muat jer sampai bawah. tak cover habis. seksi! bangun pagi jer mesti cadar dah bertukar jadi selimut. hehe. yang terhina nye, belah suami maintain jer tak tercabut, belah i jer yang terselak-selak. bukan i tido buas, tapi husband i sabotaj i malam-malam. i rasa lah. sebab mana logik perempuan tido lagi tak senonoh dari lelaki kan? kan? kan? =p

best jugak lah shopping musim sale ni (kalau banyak duit). sebab murah. mattress protector akemi punya RM 40 lebih jer. (tak sure lebih tu berapa, sindrom bukan aku yang bayar so aku tak ingat. tapi tak lebih 50 la)rasa macam nak beli sampai 10 jer. dulu kiteorang beli jenama jean perry ke ape ntah masa tu tengah sale jugak, tapi harga RM68.

cadar biasa-biasa jer harga dia. tak de lah murah sangat. tak banyak pilihan sangat sebab kiteorang cari cadar plain. nak ala-ala hotel la konon nya. ade jer warna putih, tapi bila pikir takut cepat sangat kotor. beli warna cream. pakai warna cream plain ni rasa macam ala-ala pengantin baru jer. ngehehe.

sebab proses mencari cadar plain ni sedikit memakan masa, dah kesuntukan masa i nak pergi cari baju selai dua. baju-baju semua mengecut. jadi bila dah pilih cadar yang berkenan suami suruh cari baju biar dia buat bil dan beratur bayar. akibat nak cepat konon nya, kiteorang beli quilt cover TAPI quilt nya lupa nak beli. so ape yang nak di cover? pandai sungguh. jadi pasang je lah cadar. guna selimut lain dulu. tak jadi nak feeling-feeling pengantin baru pakai set cadar kaler cream. cess.=p

dan i yang turun cari baju ni juga tak beli pong baju sebab orang ngetes baju adalah super ramai. dan beratur nak bayar pon super-duper ramai. masa kesuntukan jadi letak balik baju yang dipilih. rasa macam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran jer. T_T

pengajaran: kalau rasa tak sempat tu tak payah lah berangan nak buat semua benda.

masa tu dah pukul 4.45, party zara start kul 4 sebenarnya. hehe. memandangkan dah lewat lain kali lah sambung hasrat membeli belah lagi. sale lama lagi.

kiteorang ingat antara tetamu yang lambat sampai dah. hehe. sekali dalam geng suami kiteorang paling awal (gebas-gebas hidung). sempat lah tengok zara potong kek dan makan 2-3 round! hehe. sampai-sampai jer nampak lontong. lama giler tak makan lontong. terus zasss terkam lontong dulu.

zara satu malaysia tahun.

dalam entry INI, kiteorang pergi tengok zara. masa tu dia baru lahir. lahir sehari lepas birthday i. huhu. sekarang dah umur setahun. rasa macam cepat nya kanak-kanak membesar. haha. apesal aku nak emosi lebih?


zara ngan mommy dia.

milie pregnant lagi. dah 2 bulan lebih. huhu. setiap kali jumpa geng suami ade jer orang berita sapa-sapa pregnant. semua tengah berlumba-lumba tambah anak. husband i jer jalan belenggang tak heret anak lagi. gahaha. sabar bie yer. baby on the way.

arissa ngan sufi, anak farah ngan seroh.

kanak-kanak heroin jer ade kali ni. hero-hero tak datang.

balik dari party zara, perut membuncit dua kali ganda sebab mula-mula makan lontong ngan nasi himpit kuah kacang. pastu makan bihun dua pinggan. bihun tu sedap dan pedas. i mana boleh jumpa makanan pedas-pedas ni. terus hilang deria kenyang. asyik nak menambah jer. naseb baik terbayang-bayang muka dr seri. jadi terpaksa berhenti makan.

husband i macam biasalah, kalau jumpa benda yang dia suka dia memang tah tak try benda lain dah. makan bertambah-tambah, tapi tak try food lain. makan nasi himpit jer. lama bebeno dah dia mengidam nasi himpit kuah kacang. tapi wife dia malas.

eh. panjang nya entry ni.

5 comments:

Byzura Mj (By) said...

wah perut dah nampak

Dong, Dia & Azra said...

betol betol betol..kanak2 memang kejap je dah besar...tetiba Azra dah nak masuk sembilan bulan....kejap betol....tak terasa masa berjalan...sakit bersalin pon masih teringat-ingat...makin rindu plak time-time peknen dia..hehe..

eim said...

tak pe farah,masa pregnantlah leh makan puas2 tak de sape marah hahaha

honeylanz said...

meriahnye party zara ni..

mamalieyna said...

betul kata eim tu, time peknen makan la banyak2 mana pun..alasan, baby lapo..lalala.. =P

tu aa cadar krim mmg ala2 pengantin gitu, same la kt umah akak tu..hikhik...terimbau mlm pengantin..hiks.. =P