Pages

Friday, 30 July 2010

sos black pepper

hari ni nak share resepi black pepper sauce.

black pepper sauce

bahan-bahan:

1/2 labu bawang besar
1/2 cube pati daging knorr (ayam pon boleh)
1 sudu tepung gandum
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu sos black pepper life*
air bancuhan tepung jagung*
2 cawan air

*sos black papper life kalau tak de pon tak pe. kalau tak de, tambah lagi sedikit black pepper, sos dan kicap.

*air bancuhan tepung jagung untuk pekat, tapi farah tak tambah sebab dah pekat

cara-cara:

1. tumis bawang besar dan 1 sudu tepung gandum sehingga keperangan
2. masukkan air dan cube pati daging knorr.
3.masukkan semua sos, serbuk lada hitam dan kicap. kacau sehingga menggelegak dan pekat.
4. tambah garam dan gula jika perlu. seimbangkan rasa. kalau nak pedas tambah lagi serbuk lada hitam. lagi sedap kalau ade rasa macam-masam dari sos tomato.

cadangan hidangan: makan ngan lamb chop

selamat mencuba~

1 comments:

Anonymous said...

Slurppp... Sedap nyer tgk hasil keje tgn FArah...