Pages

Thursday, 1 July 2010

semua benda ade first time

seorang kawan yang baru berkahwin risau pasal skill memasak. macam biasalah kan, kalau tinggal di asrama sejak dari form one, pastu masuk u segala, bila balik mesti nak masak masakan ibu kan. kalau mak tak bekerja lagi best, memanjang makan masakan mak jer.

walaupon mak i bekerja, tapi rumah kiteorang ade awoh. so kalau masak mesti awoh yang masak. so jarang jugak lah dulu-dulu nak tunjuk skill memasak kat rumah. sampai lah bila i dah habis belajar, masa tu awoh dah tak tinggal ngan kiteorang sebab dah kahwin , and masa tuh mak g mekah, so i lah yang kena jaga anak-anak lelaki mak saya.eh. adik-adik saya. dan masa tu baru belajar tunjuk bakat 100% kat rumah. masa tu baru nak membina keyakinan nak masak untuk orang makan. sebelum ni masakan senang boleh lah. lauk pauk tak yakin.

so untuk kawan-kawan yang sedang mengasah bakat memasak, saya share sedikit pengalaman, walaupon sekarang tak teror sangat, tapi boleh lah nak bagi husband or tetamu makan. tapi nak masak rumah MIL tak berani lagi. saya pernah masak sayur goreng dengan goreng -goreng jer kut rumah MIL. lagi pon sesekai balik kampung mesti lah nak rasa masakan orang tua kan. hak hak. alasan maghfarah! alasan.

1. start bina keyakinan diri dulu. masak untuk orang-orang yang kita selesa. kalau saya adik-adik saya. diorang ni masak lah pape pon, asalkan ade rasa garam gula dieorang boleh habiskan. hehe. bila nampak orang makan masakan kita sampai habis. lagi semangat nak masak lagi lepas tu.

2. start masak masakan senang-senang dulu. hehe. tak salah pon mula-mula belajar ni masak goreng-goreng dulu. pelbagaikan. ikan goreng, daging goreng, ayam goreng. nanti pelbagaikan cara goreng pulak. kalau mula-mula masak letak garam kunyit jer, nanti campur-campur bawang pulak, lepas tu campur-campur sos pulak. walaupon cara masakan sama, tapi kalo tambah benda lain dah jadi rasa lain.

3. sekarang kan moden. banyak jer paste kat kedai. haha! kite bukan hidup zaman mak kita. semua benda nak kena ketuk-ketuk. contoh paling senang sup dengan tomyam. ikut jer arahan dia bagi. memang macam makan kat kedai lah! haha. tapi bila dah pro and ade keyakinan nak masak ketuk-ketuk dan campak-campak macam mak-mak boleh ler bergayut ngan mak setiap kali masak. or google jer senang.

4. jangan compare masakan kita dengan masakan mak kita. weh. dia dah masak 30 tahun! mestilah sedap. tutup mata campak-campak pon rasa sedap. nanti bila kita tua kita pon terer macam mak kita jugak. diorang pon macam kita jugak masa mula-mula masak. hehe

5. biasalah awal-awal masak ni ade yang terkurang. tapi jangan give-up. try lagi baiki-baiki ape yang kurang. bila dah masak benda sama 2-3 kali mesti dah sedap. masak lagi banyak-banyak kali mesti lagi sedap.

saya first time masak gulai lemak kuning kat rumah dulu masak gulai lemak kuning telur itik. penat try ape lah yang aku lupa taruk sebab rasa lain. garam gula rasa macam dah cukup. pastu call awoh suruh dia cakap balik step by step buat gulai lemak kuning. lepas tu baru tahu. lupa letak asam keping! eh. tapi bila saya tahu saya lupa letak asam keping tu tengok-tengok adik-adik saya dah habiskan semangkuk. hehe. sebab tu saya suka adik-adik saya. diorang belasah jer semua. haha

6. cakap lah kat pasangan kita tak pandai sangat masak. dieorang pon faham kut. so dia tak letak high expectation sangat. dulu masa awal-awal kawen saya asyik masak benda sama jer.(err. sekarang pon kut). kalau pergi pasar boleh dikatakan benda sama jer beli. saya masak benda saya pandai je lah. bila lama-lama diri sendiri pon dah bosan.try la sikit-sikit variasikan koleksi makanan. tapi bila masak benda-benda tak biasa masak saya pesan dia awal-awal. dia kat ofis lagi saya dah cakap,

" ni first time i masak tau. kalau tak sedap sila redha" =p

7. pasangan jugak memainkan peranan penting. husband saya kalo saya masak pape, biasa die akan puji jer. tapi kalau ade pape yang kurang dia tambah la. contoh,

"sedap dah u masak macam ni, tapi macam kurang masam lah. kalau masam sikit lagi mesti lagi sedap"

dan dia kan habiskan jer semua walaupon kadang-kadang i rasa ade something yang kureng. hehe.

banyak lagi masakan saya tak try. rasa nak try tapi takut tak sedap. so try satu-satu lah. masak lemak macam kerutup ke gulai darat ke saya kurang pandai. tak pernah buat sendiri pon. tolong-tolong nenek masak pernah.

masak ketam pon i tak pandai. hehe. sebab kat umah jarang makan ketam sebab family allergic. kalau jarang-jarang makan mesti lah mak yang masak. pastu bila kahwin, dapat lah pulak husband yang suka seafood. nak tak nak kena lah belajar. tapi sampai sekarang pon saya tak reti siang ketam. suruh lah pak cik yang jual siang siap-siap kan. hehe. balik rumah tinggal nak cuci-cuci and buang mana-mana yang patut jer.

konon-konon nak masak ketam masak pedas, bila dah masuk bahan-bahan and masuk ketam, i tanya husband i,

"bie, caner nak tahu ketam dahmasak?"

"haha. mana i tahu. i tahu yang dah masak jer. jap i call mak"

tengah masak baru call MIL. dah la masa tu MIl tengah kerja. dalam ofis tak clear sangat. kena tunggu dia keluar dari ofis.

sampai kering ketam nak tunggu MIL cakap caner nak tahu ketam masak

cubaan pertama masak ketam

kering la sikit. husband cakap buat ade kuah sikit lain kali. hehe

semalam cubaan kedua masak ketam. buat gulai lemak kuning. kali ni dah tahu lah camano nak tahu ketam ni masak. haha!

sesekali tukar selera best jugak. aku suka isi ketam tapi tak suka sangat makan ketam sebab susah nak makan. aku suka sotong sebab sotong senang, tayah nak kopek-kopek segala dah. ngap terus.

11 comments:

Aieyn said...

info b'gune utk aku yg mmg xtau masak.. huhu.. thanx maghfarah.. hihi

nieda said...

memasak ni mmg kena praktis selalu..nida pun x penah lagi masak kt umah MIL..sebab dia expert,,malu..cuma kalau dia dtg umah, masak la..farah cuma pic masakan semua menarik dan pastinya sedap..meleleh ayeq liuq tgk ketam tu

KV said...

kalo ketam akak suka rebus bwg putih dan garam jer.;P

Yuyun said...

gud gurl...rajin2 la msk erk...heee

~AmyLiana8886~ said...

ketam masak lemak cili padi...myluv suka sgt..sy slalu masak tuk dia..

isi ketam memang best kan tp nk makan tu yg rumit..hehe

Yuyun said...

gud wife...hee...mcm tula...kene pndi msk...hee

Ribbon Clown said...

sedapnyer ketam..mahu masak ketam lah ;p

Madi @ Aed said...

keteyyyy..:P'''

eira eixora said...

Waaaahh, artikel yang sngt berguna. mana leh comparekan ngan mak kita yang men campak2 tu. Tq2

rynas said...

kalau tgk semua masakan farah ni mmg nampak farah sangat pro sebagai tukang masak...semuanya bikin gua ghairah nak makan hehhehe

ena said...

awal2 mmg expectation husband di paras rendah. tapi makin lama makin meningkat selari dengan bilangan anak..

haha