Pages

Wednesday, 7 July 2010

saya golongan LEMOH

pujuk-memujuk adalah bukan aktiviti kegemaran husband. seratus kali i merajuk adelah sekali dia pujuk kut.

"i beli coklat/biskut faveret u tadi. ade dalam beg"

"kenapa u tak reply message i?"

"kenapa u senyap jer hari ni?"

kalau 3 ayat di atas masuk dalam kategori memujuk then tu jer lah effort dia biasanya nak memujuk. dan sampai di situ sahaja! dah tak ade penambahan usaha dah walaupon i tak respond. then dia akan claim penat die pujuk tapi tak i tak layan. itu bukan memujuk ok~

dan dia juga pakar buat macam tak de pape berlaku. balik kerja buat muka happy hug-hug kiss-kiss dan aku pulak tengah berasap marah kan dia. ade dua kemungkinan jer yang akan berlaku,

1. aku akan mengeras macam anak patung sebab masih marah! or kalo lagi marah akan menepis. gahaha

2. cair!

most of the time i akan cair. benci.benci.benci!

kadang-kadang tak sempat pujuk pon i dah sejuk. saya memang cepat sejuk. dan i juga ratu air mata

semalam konon saya nak mengeraskan hati. kali ni i tak akan mengalah. kali ni i akan make sure dia akan pujuk i. kalo tak pujuk masam muka lebih dari 3 hari pon rela. i nekad!

dia balik lambat. so kiteorang tak sembahyang maghrib sama-sama.

dia balik mandi semayang. i siap-siap food kat dapor. lepas siap ajak dia makan. and i senyap jer sepanjang masa makan. susah tahu!! masa makan mata kabur dengan air mata. sebab suasana makan lain dari biasa. tak de gurau-gurau pon. dan dia tak de effort pon nak pujuk. masih ego. mata penuh air mata pon tahan supaya tak menitik.

lepas makan dua-dua dok depan tv and i mengadap lappy. dia nampak sangat penat (or buat muka penat mintak simpati), buat betul-betulkan badan siap dengan bunyi sendi and biasa kalo mood i ok dia akan suruh i picit-picit sikit. kali ni lagi sekali nak menangis sebab kesian dia penat tapi aku buat hal. (dah memang ratu air mata kan!) tapi gagahkan diri menahan diri. ego masih tinggi.

sebelum pukul 10 lagi dia dah tertidor depan tv nampak nya dia memang penat. huhuhu. kali ni rasa macam kesian sangat so i pegi peluk dia mintak maaf and nangis macam dunia ana yang punya.

(and lepas baik baru i terpikir die tido awal mungkin sebab nak tengok game kul 230. cheese!)

mana entah aku campak ego yang aku kumpul dari pagi. mana entah niat nak merajuk sampai 3 hari. mana entah hati yang keras nak merajuk sampai dia pujuk.

grrr. typical maghfarah. akhirnya i yang mengalah. mintak maaf sedangkan mula-mula bukan salah i pong! benci ah u. benci ah u. kadang-kadang tu tolong la mengalah. jangan la ego sangat. i lari balik kampung kang!

tapi berbaloi-baloi mengalah =) (nak cakap macam mana lagi kan! hahaha)

bagus gaduh jarang-jarang. baru terasa kemanisan. hehe. dan hari ni sayalah manusia paling happy di dunia. ngehehe

masak simple-simple bukan sebab merajuk. tapi tak de idea dan nak masak camane ikan. pilihan terakhir adalah goreng.

ikan kerisi goreng+ air asam + sup sayur (lagi!)

berasap!

kalo masak sup sayur cara masak saya sama jer, tapi selalu rasa berbeze depends on bahan yang i letak. kalo masak sup sayur hari-hari pon tak de masalah kalo saya, tapi takut husband yang bosan muntah sup sayur nanti. haha. tapi sebab tak de idea, sila redha.

air asam

buat air asam semata-mata untuk menambah keseronokan dalam hidangan. dah la mood suram. food pon suram. so tambah sikit keceriaan. ade ke orang makan ikan goreng ngan air asam? haha

air asam maghfarah suka:

1.hirisan bawang besar, tomato dan cili padi secukup rasa
2. air asam jawa, air limau kasturi/limau nipis
(gaul secukup rasa. kalau i ramas-ramas sikit biar semua bawang-bawang tomatao terasa sekali. baru bila suami makan terasa kasih sayang)
3. garam, gula, kicap

kalo rasa hidung sihat tambah lah belacan. tapi hidung sekarang tak sihat. malas nak tambah sengsara.

2 comments:

mamalieyna said...

ohho..akak pun sllu jd gitu...dh lama tak gaduh la, time peknen je kuat merajuk+gaduh2 manja tapi last2 kita lak yg g mintak maap, adooi...tak aci betul! ^_^

huhu..lazatnye nmpak air asam tu..terliur suda.. =P

mrs.spicy said...

huhuhu..asyik kite jer yang kene montak maaf..benci gak kdg2