Pages

Saturday, 17 July 2010

random dandom

1. suka control situasi. semua benda harus lah mengikut keinginan sendiri. lupa yang semua yang dia ingin bukan orang lain suka. sampai ade pihak terluka. nak meluahkan tak berdaya. mengumpul benci di dalam hati.

2. kawan aku hebat. punya segalanya. rumah mewah kereta besar. lihat diri sendiri. cukup semuanya. tapi cukup-cukup makan. alangkah best nya menjadi kawan. tak sedar kawan sendiri mengagumi diri. ade ape dengan diri? tidak akan sedar sampai lah kehilangan.

3. tak pernah cukup. harta semakin bertambah. tapi hati makin miskin. semakin banyak harta, semakin banyak keinginan. best nya hidup orang. nak ape semua dapat. aku ape yang ade? haih. penat lah kalau selalu nak pikir begitu.

4. tak pernah nak beri penghargaan. mungkin bukan nak harapkan pujian. erm. mungkin harap jugak. tapi tak banyak. sikit pon dah cukup. tak pernah nak nampak ape yang baik. yang buruk cepat sangat perasan.

5. anak orang lain hebat. anak sendiri? memang lah semua nak yang terbaik. tapi bagilah sedikit ruang untuk anak. dari kecik nak pressure. bila besar macam tu jugak? ape anak buat tak pernah nak nampak. sebab anak orang lagi hebat. ape salah nya mengahargai anak sendiri. anak awak hebat ape.

6. konflik dalaman. tak pernah surut. sebab keputusan. punya keinginan yang lain dari orang. punya kemahuan berbeza. diri sendiri pon tak pasti sebenarnya. mengharapkan orang sekeliling menyokong. tapi sebalik nya.

7. wanita tu hebat. muka cantik rambut mengurai berpinggang ramping. isteri sendiri? sibuk dengan kertas kerja di ofis. kecantikan dulu banyak terperap dalam baju longgar bertudung litup. di rumah sememeh menguruskan anak-anak. ah bosan lah. baik aku berpoya-poya dengan perempuan diluar. eh, tapi wifey, nanti ujung bulan nak gaji u siket. nak bayar hutang kad kredit.

8. suami saya terima saya seadanya. saya gemuk, tak pandai masak, tak kemas rumah tak pernah komplen. cinta kami utuh. lautan bara direnangi. belakang isteri suami mengeluh. nak berterus terang takut terasa hati. tapi kalau dibiarkan takut lama-lama berubah hati.

dah penat merapu.
kalaulah semua dalam hati ni semua orang boleh baca kan senang.
kalaulah saya ade kebolehan berterus terang kan senang.
kalau lah bila kebenaran tu diluahkan semua orang akan suka kan senang.

kalau.

entah lah. dari semalam saya rasa umur 24 tak dak ong. semua benda tak menyebelahi saya. bermula dengan birthday. sungguh 'hebat' birthday saya hari ni.

baby, at least i still have u.

4 comments:

rynas said...

Farah..mmg sifat manusia susah nak terima kekurangan diri dan membandingkan dgn yg lain. tapi kalau kita selalu compare mmg ianya takkan berakhir tapi bukan bermakna kita langsung tak boleh compare compare tu bagus juga untuk menaikkan semangat diri untuk menjadi lebih baik drp sekarang. akak pun kdg2 gitu juga tetiba terfikir kenapa tak dapat husband yang gitu dan gini..kenapa aku tak macam itu..macam nie..tapi lama2 bila fikir balik tak semestinya org yg dapat apa yg dia nak itu bahagia dan hatinya senang cuba tanya dia mesti ada jg yg dia tak puas hati..
ohh barulah akak realize manusia mmg ada sifat tak pernah berpuas hati dgn apa ynag dia ada..so..just terima seadanya..dan REDA. itu ler perkataan paling bagus untuk diri.

opsss..terlebey sudah ahaks..

alyyani said...

semua yg u cerita tu menarik perhatian saya.. itu la kehidupan. kalau bebel lagi, macam2 bole keluar lagi kan.

24 tak ong? 25 ong kot, baby kua :D

Madi @ Aed said...

sokong k rynas..huhu

Miss Layaleya said...

Thanks Farah sbb buat sy baca & berfikir.. ni la realiti idup..