Pages

Wednesday, 28 July 2010

i tak nak...

semalam masa keluar dating i makan sangat banyak (macam lah sebelom ni makan sikit) sampai keluar urat biru kat perut. ok tipu. sampai perut membesar dua kali ganda. dan husband dok sibuk gelakkan i. or lebih tepat gelakkan perut i.

"A (bukan nama sebenar) tak nampak pon lagi perut dia. dia lambat 2,3 minggu jer dari u"

"haha. dah tu nak buat camane perut i besar? vangga ape perut besar. nak masuk toilet pon tak payah beratur tau. semua orang bagi jalan. nak guna kain sembahyang kat surau semua orang berebut-berebut nak bagi kat i. tak payah i nak tunggu lama-lama"

lagi pon bagus lah kan, ingat u je ke nak tido atas tilam best-best. baby ni i bagi support baik punya memang macam dok atas tilam riban-riban lah dok dalam perut i. kalah tilam eric leong.

hehe. u bernaseb baek jer mood i ok semalam tau. ade ke kutuk perut i then nak compare ngan perempuan lain pulak. itu mencari nahas nama nya. i perempuan pregnant yang emo remember? boleh meletup bila-bila masa tanpa sebab yang kukuh. semalam mood i ok. nak gurau bewok pon i terima. heheh

memang sifat compare-mengompare ni tak akan habis. dan disitu lah ia bermula. mula-mula kita compare saiz perut. lepas tu kita akan compare bila anak kita start merangkak, berjalan, pandai membaca, nombor dalam kelas, berapa A dalam periksa, masuk U mana. dan seterusnya. nanti semua kita akan compare dengan orang lain.

sebagai ingatan untuk diri sendiri. saya tak akan benarkan ini berlaku kepada anak saya. dia boleh merangkak bila-bila masa dia suka, berjalan bila-bila masa, boleh pilih jalan hidup dia sendiri. dan semesti nya di bawah kawalan kami. tapi tak memaksa.

faham tak maksud saya di sini?

saya tak nak bila dia lambat merangkak saya sedih dia lambat merangkak.

bila tengok orang baya dia dah pandai berjalan saya sedih anak saya tak berjalan lagi.

bila anak orang lain 3 tahun dah boleh membaca saya marah anak saya masih tak boleh membaca, so saya paksa-paksa dia belajar, tak boleh main pon.

bila anak saya dapat 4A 1B dalam peperiksaan dan anak kawan saya dapat 5A, saya marah dia sebab dapat 1B. padahal dia dah bawak balik 4A sebagai kejayaan. tapi saya still nak pandang 1B tu.

bila anak saya masuk university tempatan saya dok sibuk bercerita kawan saya bangga anak dia masuk universiti luar negara amik jurusan perubatan.

bila anak saya beli kereta Vios sebagai first car bila start kerja, saya cakap anak kawan saya beli civic type R masa mula-mula kerja.

bila anak saya beli apartment, saya cakap apartment borhan anak mak siti lagi besar dari apartment anak saya.

bila anak saya beli beli condo, saya cakap anak mak cik leha dah beli rumah landed.

bila anak saya beli rumah landed, saya cakap anak datin sally beli rumah jota-jota bayar cash.

woh! sampai bila pon cerita ni tak habis sebenarnya. pokok nya, saya nak appreciate usaha anak saya nanti. dan semestinya saya akan buat dia berusaha lagi, and cuba yang terbaik, tapi bukan dengan compare dengan anak orang lain. ia memberi kesan yang tak bagus kepada anak kita.

saya pernah dengar ceramah pasal ni. tak sure kat MHI ke kat mana. (banyak sangat tengok tv. ampun) topic ni sangat menarik perhatian saya sebab ade banyak contoh depan mata.

antara kesan bila kita asyik compare anak kita dengan orang lain sampai lupa nak hargai usaha dia;

1. low self esteem - sebab dia tak selalu dapat pujian, dia selalu rasa dia tak hebat. saya kenal seseorang yang ade ibu perangai macam ni. bagi saya anak dia hebat. kerja ok. gaji. dalam usia muda dah pikir pasal depan. beli rumah dan start mengumpul harta. taat pada agama dan dia tahu ape yang dia buat. tapi bila dengan dia saya rasa die tak yakin dengan diri sendiri. saya yang tak hebat ni pon kadang-kadang terlebih yakin dengan diri sendiri. dan bila kita low self esteem memang banyak lah sifat-sifat lain akan menyusul.

2. selalu rasa tak cukup. dia selalu kejar sesuatu dalam hidup dia. tak pernah rasa cukup. masa gaji 4 ribu merungut gaji sikit. gaji dah naik 6 ribu masih merungut tak cukup. gaji dah 10 ribu pon still rasa tak cukup. memang lah semakin besar periuk lagi banyak kerak. tapi sifat macam ni akan buat kita rasa kurang bersyukur. kita akan merungut kenapa orang lain boleh beli kereta mahal tapi kita masih tak mampu? best nya orang lain gaji dah 15 k. tapi gaji kita masih lagi 8k. padahal start kerja sama-sama.

3. kedekut. hehe. nak tak anak kita kedekut ngan kita? huhuhu. sebab dia sentiasa rasa tak cukup dia jadi kedekut. duit belambak-belambak pon still rasa tak cukup.

hehe. maaf la yer puan-puan. 3 jer yang saya ingat. tapi benda-benda lain saling berkait lah. i tak nak anak i jadi macam tu. kalau boleh saya nak dia rasa sentiasa di hargai, di sayangi, dan nak dia tahu walau ape pon dia buat parents dia tetap menyokong dia and berbangga dengan dia. kalau benda baik lah yer anok. insyaAllah benda yang baik. kami akan didik kamu. =)

heheh. tak de anak senang cakap kan. bila keluar nanti tahu lah macamana. tapi ni sebagai peringatan untuk diri sendiri jer. bie, sila tegur i kalau i dah mula nak compare anak i ngan anak orang lain.



muka stim kekenyangan

ok baby? jangan risau. sila membesar dengan tenang. dedi memang suka gurau bewok macam tu. kamu akan biasakan diri. gihihi tapi dia akan jadi dedi yang hebat. sebab dia lelaki hebat yang pernah mami kenal. ye lah. kalau tak takkan lah mami kawen ngan dia. heheh. dan mungkin bila besar nanti kamu lagi suka dedi dari mami. hahaha. mami ade instinct yang kuat.

love u baby and dedi baby

19 comments:

Ezzah said...

yes, mmg x elok sbnrnya kita dok compare2 anak kita dgn org lain. boleh buatkan diorng punya keyakinan pd diri sndiri yileeekkk.

kdng2 kita dok sibuk2 compare kan diorng dgn itu ini sampaikan langsung lupa nk hargai apa yg diaorg dah buat. :)

eim said...

setuju ngan farah..mmg tk eloklah nk compare2 camtu..terima dia seadaannya..yg buruk kita ajar..yg baik kita sokong...

d.a.m.i.q.u.l.a said...

alah beselah pompuan pregnant adekale emo sket.mungkin hubby bergurau je tu,jangan terase n amik hati k?:)

PuteriKureKure said...

setuju2. biarpon anak kita lambat dari orang lain, supposely kena berbangga at least dia ada juga kemajuan dari takde langsung.

hehe. farah enjoy je dgn condition skang. kita ni berat turun pulak. nurse dah bising. huhu.

Dong, Dia & Azra said...

Ini kes ceramah panjang sebab nak cover perot ke hape? Haha.

Tapi Farah, memang setuju banget pasal banding membanding tu. Ada mommies bukan main risau anak lambat jalan padahal anak baru nak cecah setahun. Terus create alasan bukan2. Alahai. Shian budak tu. Sedangkan orang lain tak kisah pon.

Lin said...

yes,true.tak baik compare anak kita dengan org lain.bkn anak kita je,more specific our life..bersyukurlah ngan apa yg ada.. :D

Byzura Mj (By) said...

yerp buat apa nak compare. neway ko sangat kiut. perut ko boleh tak aku nak jarumkan bagi meletup.ahah.

mrs.spicy said...

iem: xbetul kene la tegur tapi kan. hehe

mrs.spicy said...

ezah: betul2=)

mrs.spicy said...

dong: alamak. kantoi=p

mrs.spicy said...

intan: caner boleh turun? huhu,,tc ok~

mrs.spicy said...

dami: hehe..mood baik..so tak amik hati..kalo mood semalam tak ok mahu meletup=p

mrs.spicy said...

bai!!!! ko tak membantu disini..hahahahhaha..

mrs.spicy said...

lin: huhuhu..tu lah..bersyukur dengan ape yang ade

KV said...

perempuan tak pregant pun emo bila disentuh isu gemuk. Huwaaaaa

mamalieyna said...

waaaah jauh memandang ke depan... bagus3x.. betullah apa yg farah bahaskan tu.. akak setuju sesangat.. tpi tu la kengkdg kita ni, asyik tersyayul nak compare mengompare.. huhu.. plg jelas bab anak nk berjln tuu...huhu..arif lmbt sket, lebih dr sethn baru leh jln.. dlm tak sedar, kita dok comparekan kebolehan dia dgn bby lain.. faktor persekitaraan sbnrnya..tp if ianya dpt dikwl, kawallan sedaya mungkin, sure anak kecik hati if kita dok banding2 ngn anak org lain..kan3x.. ^_^

gee ryder said...

compare perut pun xelok sbrnye..tekanan baby kt dlm tu..maknye lgla tekanan haha

Cik Puan Fara said...

seoul garden ioi ke?
kami pn pegi sane sabtu lps :)

rynas said...

yer setuju2 sangat. tapi mmg lumrah manusiakan suka compare2 ni bukan pasal anak jer tapi semua perkara. Bila tak ada rasa REDA tu selagi tulah perasaan nak compare tu ada..iskkk..farah bila ada anak lagi ler..sebab rasa itu semula jadi jer datang tambah2 bila rasa pesal anak orang lain tak macam anak aku...so..kena REDA baru ler dapatkan neutral kan balik rasa itu.