Pages

Thursday, 1 July 2010

blood test

kiteorang dua-dua family ade sejarah penyakit stroke. belah husband nenek belah mak dia. belah saya, nenek abah saya. moyang saya lah kira. so kena berhati-hati la sikit sebab family ade sejarah kan.

family saya kurang makan daging. and mak saya kalo masak dia kurang kalau lemak-lemak ni. makan kukus, rebus, or tom yam. jarang-jarang sekali masak la lemak.

family husband saya pulak suka bebeno masak lemak. and husband pulak dia tak makan ayam. so selain seafood or ikan, selalu jugak lah kiteorang makan daging. and dia sangat suka kambing!

tapi kalau i masak kalau lama-lama tak makan lemak tu i suruh la dia beli santan. kesian jugak sebab dia suka. tapi jarang-jarang la. (tapi sekarang macam agak selalu, sebab i sendiri pon asyik rasa nak makan lemak-lemak. haha! kan i dah cakap baby i ni sangat ikut selera bapak die. isk. alasan. =p)

last week balik dari kerteh dia mengadu pening. i suruh die ke klinik. selalu jugak lah dia mengadu pening. risau la jugak i. takut muda-muda dah darah tinggi. lagipon cara hidup dia tak sihat. kalau orang cakap bukan nak dengar. kat ofis, kalau tak shake herbalife masa breakfast confirm dia akan makan nasi lemak. bila i cakap kurangkan la makan lemak die cakap tak de pilihan lain. hurm. mungkin jugak.

bila result dah dapat dia bangga-bangga diri kat i. sebab dia sangat sihat. glucose, sodium, potassium, HDL ratio, dan ape ntah lagi semua baik. semua dalam range sihat lah. lepas tu berlagak!

"see, i sihat lah. u jer sokmo belebe. try u buat blood test nanti. mesti tak sesihat i"

yelah! maybe die pening sebab penat or tak cukup tido. or saja-saja nak bermanja sebab sejak i pregnant i dah jarang urut dia.haha. bila pening picit-picit jugak lah kepala sikit.

dengan doktor daniel i pon buat blood test. tapi bukan cek glucose segala. cek allergic. seronok!

result-result test kami

yang kaler merah kuning tu result allergic test saya. yang ade gambar kucing tu article dr. daniel suruh baca. huhu. bagus la doc ni.

kalau tengok dalam gambar, yang kaler kuning tu maknenye i tak allergic sangat. semua tu food. i tak allergic dengan ape-ape food pon. semua boleh makan. yeay untuk saya!

yang kaler merah tu maknenye saya allergic ngan benda-benda tu. saya sangat allergic dengan dust mites sampai alat tu tak boleh test tahap allergic saya. tengok dalam gambar merah sampai ke hujung tu adalah dust mites. dan tak boleh jugak dengan lipas or sisa lipas.

hurm. no wonder lah sejak kebelakangan ni asyik asthma kan. i dok berkurung jer dalam rumah. ngan tingkap or pintu jarang bukak. memang 24 hours terdedah ngan dust mites and lipas-lipas ni. rumah ni sepatutnya setiap bulan ade pest control. tapi setiap kali deorang buat kiteorang tak de kat kt kl. this month punya pest control die datang masa i tido. so malas nak bukak pintu. haha. salah sapo? salah sendiri.

bagus jugak buat test ni. nanti i nak buat blood test macam husband buat. setahun sekali bagus lah buat. untuk nak tahu tahap kesihatan kita. allergic test sekali seumur hidup pon dah ok kalau perlu.huhu

8 comments:

CuppyCakeMommy said...

bagusnya..ada allergic check ni.u buat kat ne?
btw masa preggy ni harus makan lemak2 sket..heheh..
nanti dah bersalin takleh nak makan berlemak..dah start kena jaga makan pula

mrs.spicy said...

kat respiratory specialist punya klinik. i g buat kat prince court tapi rasanya mana-mana hospital pon ade kut test ni

alyyani said...

kalau buat blood test takut nak amik result dia. huhu... oh aade allergic test ek. baru tau. ingat kan allerguc ni trial n error. bole la amik. thanks share!

-iNtAnAdiA- said...

magh...sebenarnye daging kambing/biri2 agi kurang kolesterol dr lembu

Lady of Leisure said...

alamak yg allergic test tu i shud do it la coz banyak ubat i allergic huhu

mrs.spicy said...

alyyani.tu la i pon xtau..bila doc suggest buat sajor. best jugak.hehe

mrs.spicy said...

intan:huhuhu..husband aku guna alsan ni sokmo. pah siak oyat. makan daging kambing sunnah nabi. tapi bakpo orang tuo sakit palo naik daroh lalu bile makan kambing eh?
sebab panas?

rynas said...

wah chayok-chayok sihat semuanya. boleh makan daging n lemak hehhehe