Pages

Monday, 7 June 2010

warung dusun gear box

*ini cerita basi, kejadian berlaku masa last week hari terakhir adik ipar dok rumah kami, malam sebelum kejadian*

sekarang nak bercerita pasal jalan-jalan cari makan susah lah sikit. sekarang baring-baring makanan sampai depan mata jer. dah seminggu tak keluar rumah. tak naik kereta. T_T

destinasi pilihan. first time cuba. dekat jer ngan rumah


ni tuan blog. haruslah dari tepi, kalau dari depan korang bertukar donat ke muka


ni tak berapa nak depan pon dah macam donat

suami tuan blog

adik ipar. semalam bertunang. umur kami sama.


food dah makan separuh baru ingat nak amik gambar. hehe.lapo.lapo

ikan bakar boleh lah tahan.normal ikan bakar ikan bakar. tapi suka sup dia. masam-masam . tapi kurang pedas kena mintak cili potong kalau mau pedas lebih. sup gear box la kut yang glamor kat sini. nama pon warung dusun gearbox. tapi kami makan sup daging dan sup tulang biasa jer. suami tak makan gearbox. penat ah nak makan seketul sorang-sorang.

kedai ni boleh menggantikan kedai sup UK dah. hari tu kiteorang pergi sup UK sangat kecewa sup dieorang dah tak sedap. tak masam dan tak pedas. haish. ni lah akibat amik pekerja indon ramai sangat. kualiti menurun. nanti lah cerita pasal sup UK bangi. alang-alang dah basi bialah dia lagi basi. hehe

kami mungkin dah tak ke kedai sup UK dah kalau rasa nak makan sup. sini lagi dekat dan lagi sedap. suasana pon kami suka. service pon cepat dan pekerja bagus (ciri-ciri paling penting kalau nak makan dengan mood yang baik). food siap cepat, mungkin ni kedai ikan bakar paling cepat kiteorang pernah jumpa. so suamikami suka lah. cuma nak parking susah sikit sebab orang datang ramai tapi parking terhad.

16 comments:

Dong, Dia & Azra said...

pernah makan sup sesumpah?

~ As ~ said...

ishhh aku ni dah la peminat sup, pastu duduk sabah pl..mcm mana nak try sup kat sana...huahhhh T.T

mrs.spicy said...

dong: ni nama kedai makan ke ape ni? ngeri jer sup sesumpah=p

alyyani said...

oh dekat sini mmg pack kalau time dinner. masa memula bukak dulu penah la try. skang dah cantik skit la rupe kedai dia kan. budak2 dah besar bole la makan kat sini.

oh tetibe rindu dok bangi syurga makanan. untuk org mcm sy yg 'rajin; masak ini. hehehe..

mrs.spicy said...

alyyani: kan..bangi banyak kedai melayu..kedai kelatan pon banyak.memang syurga kalau bab makan.hehe

mrs.spicy said...

as: terpaksa la ko buat sendiri=p

PuteriKureKure said...

hoih...gearbox la sedap!!!
:)

NenekPenne said...

muka u and ur hubby mcm samalah...

Lin said...

aritu mkn mee bandung kt sini.so frustrated! cm makan mee letak dlm air masak berwarna..huhu...terus tak pegi dh warung dusun..lain2 food tak penah try.

mrs.spicy said...

intan: itu la pasal, i loike, tapi husband den xmakan

mrs.spicy said...

lin: kiteorang tak try pulak ala carte..tapi sayur campur die xsedap sgt la

mrs.spicy said...

nenek penne;huhu..ramai ckp sama=)

[-suziey-] said...

salam ziarah :) hehe..herbalife coach yek..hehe..me also amik herbalife..but now dh stop..stok xabis2 lg nih..hehe..

mrs.spicy said...

suziey: kenapa stop? sayang..sambung la makan balik sampai nampak hasil.huhu

Byzura Mj (By) said...

ok la tu mana donat sgt. aku lagi berdonat2.takot nak try tudung syria tu.hahaha

rynas said...

farah warung Dusun tu dekat dgn umah akak. Mmg suka makan situ sebab supnya sedap service pun cepat. Dulu kedainya kecik jer..sekarang dah ramai sgt pelanggan tu yg besar tuh. apa-apa pun mmg terbaik lah sup dia kan???