Pages

Wednesday, 30 June 2010

spaing!

semalam first time aku tengok bola pukul 230 pagi. biasa nya pukul 12 dah kene perambat masuk bilik.

"ibu mengandung tak boleh tido lewat la. pegi tido."

kalo ade game yang big boss suka pukul 230 pagi, dia akan tido kat luar. kalau tido dalam bilik selesa sangat memang sangat confirm lah beliau akan tido sampai pagi tak terjaga pukul 230 pagi. dan aku pulak kena tido sorang-sorang dalam bilik.

dan masalah biasa aku kalau tido sorang susah lah nak tido. biasanya aku akan berputar-putar atas katil kejap kepala kat kepala katil, sekejap ke kiri sekejap ke bawah sekejap ke kanan berjuang nak tido sampai lah bola habis kul 4.30 pagi bila big boss masuk bilik baru aku boleh tido. bila pikir baiklah aku join dia tengok bola kan? sama jer dalam bilik bukan aku tido pon.

dan semalam kan spain. memang wajib lah dia tengok. dia dah sound awal-awal,

"malam ni i nak tengok bola"

then i menjawab dengan yakin nye,

"malam ni i nak tido kat luar"

" luar sejuk la, nanti sakit badan, bla bla bla"

ah. tak de. saya nekad kali ni. tak suka tido sorang. kalo tak bagi i tido luar then teman i tido dalam bilik. so kul 1030 aku dah angkut tilam nipis dan comforter letak depan tv. letak dua tiga lapis supaya tebal tak sakit badan. then di situ lah aku beradu. walaupon semalam tido petang, kul 12 aku dah tido tanpa sebarang masalah.

pukul 230 terdengar alarm kejut big boss. try tido tak boleh. so i join dia tengok bola.

buatkan dia milo panas. i minum susu panas. walaupon tak faham pape pasal bola, i suka masa kami bersama jer.

haha.

tiba-tiba jiwang.



dinner semalam. mee goreng basah


pesanan terakhir, i tak boleh tido dengan senang kalo tido sorang. kalau u tak de dalam rumah lain cerita. so musim bola ni, depan tv lah tempat tido kita. kalau nak i tido dengan selesa, angkut tv masuk bilik.

naseb baek wc 4 tahun sekali jer!

5 comments:

PuteriKureKure said...

hehe. masa kitorang dok umah sewa dulu2 pon slalu tido bersama depan tv. memang janggal tido sorang2 atas katil bila dia kat umah.

skang ni terpaksa la redha tidor sorang. kalau rasa sunyi sangat, angkut khalish tidor sebelah. dah kata dok umah parents kan...

nieda said...

bola bola...terpaksa mengalah la..hehe..dk kawin ni, janggal tido sorang2 kan.sedapnye mee

Nia said...

alamak, WC ni memang tak amik tau..hehe

ena said...

hahaaha...

mcm reverse psychology ler awak..

akak tak suka tido depan tv. pening kepala kalo ada bunyi2an waktu ku tido. nanti subconscious mind ku tak renti2 bekerja dan ku tak lena tido..

hehehe

Cik Puan Fara said...

hahahaha..
same la kita..
time weekdays, i kt kertih die kt bangi i ok ok je tido sorg2..
tp time wiken klo blk umah, die nk tido lmbt buat keje die bagai, i golek2 je atas katil..
kalao kol2 br die nk tido, klo2 lah br i boleh tido.
ohhh... sgt tak boleh la tido sorg2 kalo die ade dpn mata..
unless dia teman kita tido dl, then bile kita dh tetido br dia chow xpe la

hehehe