Pages

Tuesday, 1 June 2010

semakin sihat

saya rasa saya dah semakin sihat. berkat doa semua orang. huhu. terima kasih.
baby saya sihat dan kuat macam bapak dia. insyaallah boleh bertahan. masa scan hari tu pon saiz dia dah macam 9 minggu 2 hari. maknanya membesar dengan jayanya. tak sia-sia ibunya juga sedang membesarkan badan. gahaha. insayaallah kami ok-ok sajor.


gambar baby kami dalam timbunan makanan.ngahaha

nak tunjuk pon macam tak de pape lagi. so tayah la zoom dekat-dekat.

saya monitor berat badan saya. lepas bleeding terus timbang. masa tu tengah lapa sebab makanan last amik masa breakfast berat 62.5 kg. berat tak turun. so lega lah sikit. siap naik lagi 0.5 kg. pastu semalam timbang lagi petang sementara tunggu husband balik. masa tu tak lapar dan tak jugak kenyang. last makan masa lunch makan kfc. berat 63.5. woh! naik sekilo~ takpelah at least tak turun so hati gue tenang.

semalam masih pening-pening. ketegangan pada breast juga masih ada maknanya tanpa-tanda pregnant masih belum hilang so pregnant lagi lah tuh. huhu. pagi tadi pon masih pening-pening. jadi saya lega. sejak pregnant memang pening membuatkan saya lega. at least bila pening saya tahu saya masih pregnant. huhu.

sup sayur

patang semalam tak terasa nak makan sangat. rasa tak de selera, jadi saya mintak suami tapaukan sup sayur saja. lagi pon ada lagi seketul ayam ngan mash potato. tapi bila tengok ayam rasa tak de selera suruh suami habis kan. saya makan mash potato dan separuh daripada sup sayur. dah kenyang lah konon-konon. suruh suami habiskan sup sayur. (owh. nasi goreng tom yam semalam sangat sedap tapi makan 3 mulut sudah tak boleh telan).kurus lah i kalau macam ni hari-hari. eh. belum habis cerita lagi.

saya dinner semalam dalam pukul 9 lepas semayang isyak. dah kenyang membuntal lah konon-konon. sekali pukul 10 sudah lapar balik. mintak ngan suami susu panas sambil kunyah-kunyah chipsmore.

"jap lagi i buat"

30 minit berlalu..mintak lagi..

"jap..jap..tunggu 'ngepeng' " info tambahan: ngepeng adalah iklan. masa tu tengah tengok tv.

ok..tunggu lagi. dah 2,3 kali 'ngepeng' dah.

"bie, u janji nak buat air ke i"

"eh..jap..jap..kejap lagi i buat"

"bie, i lapa"

"la..yeke..sian. sekarang jugak i buat"

SEKARANG TAPI TAK GERAK-GERAK PON LAGI!!!

"bie!!"

"ye lah. i buat"

baru bangun buat. isk. tekanan betul.

itu belum lagi tekanan nak suruh tido ngan nak kejut tido. suruh tido awal-awal tak nak. pastu bangun pagi tak puas tido mula lah susah nak bangun.

isk kan aku dah jadi mak cik pagi-pagi hari ni. dah. nak g baca blog semua orang yang dah tertinggakl 2,3 hari.bye

5 comments:

PuteriKureKure said...

hah. betul tu. kalau kita rasa pening2, muntah2 dan rasa nak demam tu, maknanya baby aktif la. insyaAllah....~

cuma kita ni ha...rasa pregnant kali ni beza sangat dari pregnantkan khalish. mabuk takde, apa pon tak rasa. risau juga.

honeylanz said...

lega dgr...farah duk diam².. jgn jd rajin sgt ;)

alyyani said...

kita ada rasa yg sama. bila pening tau la pregnant. tp lately asik pening2 so ada kerisauan disitu. rupanye penangan pil perancang. takut gak. huhu..

Byzura Mj (By) said...

mabuk tu aku taknakkkkkkkkkk. family aku keturunan teruk alahan ;(.

rynas said...

alhamdulillah...syok dengar..