Pages

Monday, 7 June 2010

sampai bila?




hidup 23 tahun nanti julai nanti sudah 24 rasa sangat sekejap. rasa baru lagi parents belikan kasut kaler merah bersinar-sinar kaler merah di kedai Bata buat rasa masa umur 5 tahun. rasa baru lagi amik UPSR. rasa baru lagi habis SPM.

24 tahun sangat cepat berlalu.

mesti bila saya umur 50 nanti benda yang sama jugak yang saya akan cakap. kalau umur panjang. berapa purata jangka hayat rakyat malaysia? yang saya tahu bila mencecah 50-an banyak penyakit yang datang.

masa umur 24 kita dapat berita lepas satu- satu kawan kita berkahwin. bila umur 50-an mungkin ape berita yang kita akan dapat. kalau panjang umur masa tu kita akan dapat berita satu-satu kawan kita pergi meninggalkan kita. meninggal dunia.

macam mana dengan orang sekeliling kita? masih wujud kah ibu-bapa dan family yang menyayangi dan menyokong kita sekarang? suami yang hidup dengan kita berpuluh tahun. masih mampukan menemani kita tidur?

bila pulang ke kampung halaman. melawat datuk dan nenek yang semakin uzur selalu terpikir. berapa tahun lagi saya dapat merasai kasih sayang mereka. ibu-bapa yang setiap kali jumpa kedut di muka dan uban semakin bertambah. rasa nak hentikan masa, putar balik ke zaman dahulu. semua orang muda. semua orang sihat. tapi tak semestinya yang muda dan sihat mampu bertahan. tak semestinya yang muda dan sihat tak akan meninggalkan kita.

bila fikir saya takut. saya belum bersedia. sampai bila-bila pon tak bersedia.

tapi kita bukan selama-lama nya begini. tunggu saja bila tiba masa kita.

3 comments:

Nia said...

24 tahun tu muda lagi yang.

takpe la, sentiasa beringat tu, salah satu persediaan juga.

Byzura Mj (By) said...

huhuhu aku pun belum sedia :(

rynas said...

saper-saper bila fikir MATI akan jadi takut. tapi Mati pasti datang..cuma masa dan ketika jer belum tau.
(cuba mengingatkan diri pada kematian)