Pages

Thursday, 17 June 2010

pecal mekah

masa mak saya pergi mekah tahun lepas dia roommate dengan mak cik dari selangor yang pergi mekah dengan duit hasil jual pecal. mak cik tu siap bawak sambal pecal tu g mekah , mak saya rasa, dia suka. jadi masa kat mekah sempat lagi mak saya belajar buat pecal. huhuhu.

bila balik dari mekah macam biasalah dok bercerita pasal pengalaman-pengalaman masa kat mekah. ade lah jugak selit-selit cerita suami isteri from selangor ni. mereka sangat rapat kut kat sana. cerita pecal pon ade selit-selit jugak.

lepas dah hilang penat, dan orang datang melawat pon dah kurang benda first yang mak saya masak adalah pecal. semangat buat pecal. banyak giler(sebab resepi orang jual pecal kan, mesti kuantiti banyak). dan masa tu PIL saya ngan tok and nenek suami datang nak bincang pasal perkahwinan kami (orang sibuk baru balik mekah kiteorang sibuk nak kawen). semua macam first time makan pecal. tapi semua suka. ye lah kan. orang tua ni suka lah sayur-sayur.

saya kenal pecal masa kat U, beli kat pasar malam. tak de perasan. boleh la makan, tapi tak de lah sampai suka. beli sekali jer, pastu dah tak beli.

tapi pecal yang mak saya buat saya suka. hehe. sampai sekarang pon saya makan pecal kalau mak saya buat jer. setiap kali balik kelantan mesti dia bekalkan kuah pecal banyak-banyak.

masa dia datang melawat hari tu dia bawak kuah pecal. tapi macam tak de mood nak makan pecal sampai lah along datang kelmarin. baru kiteorang makan pecal.

sayur mayur

(dua orang makan. banyak kan?)

kuah yang dah dipanaskan

gambar curi dari dari blog along

sebab resepi pecal ni dapat kat mekah, so saya panggil pecal mekah. gahahaha

pecal makanan orang jawa eh?

4 comments:

PuteriKureKure said...

pecal memang makanan orang jawa. faveret kitorang satu family tu!

:)

Madi @ Aed said...

haha..pecal mekah..berkat..

Dong, Dia & Azra said...

pecal memang feveret orang jawa.

nieda said...

sedapnya..or jawa selalu masak pecal..