Pages

Wednesday, 2 June 2010

mee kolok

semalam masa berblog hopping terjumpa pasal mee kolok. terus teringat kenangan kat bintulu dulu. hak hak. macam geli jer guna perkataan kenangan. tapi tak jumpa perkataan lagi tak geli. so kita guna jer perkataan kenangan. kenangan manis ok. sebab sepanjang bercinta 3 tahun dengan husband masa kat bintulu jer kiteorang jumpa hari-hari. ngedate hari-hari. kalau kat malaya aku kat perak, die kat kl so kalau boleh jumpa sebulan sekali tu dah cukup ok.

masa kat bintulu walaupon dah bosan mengadap muka masing-masing tapi memaksa diri juga dating sebab nak memanfaatkan masa. haha. tapi sumpah bila dah akhir-akhir intern tu macam bosan dah dating. masa tuh terpikir camano lah student-student kat u aku dulu kalau dah bercinta boleh dating hari-hari tanpa bosan. isk. naseb baek lah lepas kahwin tak bosan mengadap muka sama hari-hari. gahaha.

masa kat bintulu juga zaman murah rezeki aku. dulu kalau ade duit dalam purse 10 ringgit pon dah cukup. tu pon kadang-kadang tak habis-habis pon 10 ringgit tu dalam masa berminggu-minggu. sebab nya kalau pergi kerja naik bas company. jadi FREE. kalau hari hujan or kalau hari boyfriend rasa nak jadi orang yang romantik kami pergi kerja sama-sama. juga FREE. kat plant makanan berlambak-lambak. ade jer orang buat makan-makan or belanja makan. masa lunch pau lah sapa-sapa yang sudi. kalau tak de yang sudi mari kita pau boyfriend sendiri. jadi kalau masa kerja kat plant jangan risau pasal makanan. memang FREE. dinner pulak confirm-confirm lah FREE. sia-sia lah bercinta dengan orang yang dah bekerja kalau dating trainee yang nak kena belanja kan. hahaha. ade ciri-ciri orang keji di situ.

jadi masa kat bintulu adalah zaman saya simpan duit nak kawen. hehe.

sebab berkawan dengan orang-orang kat sana dieorang suka kalau kita suka makanan dieorang. dan i pulak memang suka try semua food jadi aku makan jer semua makanan kat sana. mee kolok, bubur pedas, umai adalah kegemaran. owh.jangan lah aku mengidam makanan-makanan ini. dan selalu ade orang offer nak masakkan ulat sagu tuh. haha. kalau aku tak boleh makan yang pure dia boleh masakkan letak kicap or paprik or masak pedas. ulat masak paprik?? euwwww..ulat jer aku tak try.hahaa. belum cukup adventures lah!

owh semalam bila tengok mee kolok terus terasa nak makan mee. tapi bukan mee kolok. nak makan mee goreng basah. haha.

ade sorang kawan aku pernah komen kat blog ni, kenapa aku mengidam benda senang sangat. haha. bagus lah wei mengidam benda senang. kalau tak pening husband aku.

tapi aku tak rasa semua benda aku nak makan ni di kira mengidam. banyak lah kalau macam tu benda aku mengidam. setiap kali g jalan-jalan baca blog tengok food semua aku teringin. haha

maknenye kena berenti baca blog ke? =p

mee goreng basah saya. ado kicap no?

suami cakap tak pe jarang-jarang. kalau teringin nanti mulut anak berair. mana u belajar semua ni?? tak sangka~

(lepas ni boleh la u join geng mak cik-mak cik bergossip. dah layak dah tu)

nasi goreng daging masak merah

masak merah yang tak merah langsung. haha. lagi sesuai panggil masak kicap.=p

6 comments:

honeylanz said...

kami pun tgh mengidam mee kolok..sbb dulu 5 thn kt kota samarahan kekdahnye kan... kt sini mana ntah nak cari..nk masak x tau...

mek da ©™ said...

ohh farah dulu dok bintulu eh..hmm..jauh tuuu

mrs.spicy said...

mek da: 8 bulan je pon. g prektikel. saja g jauh-jauh sebab nak deting.ngehehe

mrs.spicy said...

has: huhuhu..mane nak cari mee kolok kat sini? resepi boleh google~ hehe

~LIZA~ said...

seriously i thought u masak mee kolok, cepat2 i bukak blog u nak tgk gambar :D

Lady of Leisure said...

uish sedap giler makanan.. on mee kolok i lum penah makan teringin bila dengar ramai org dok sebut hehe