Pages

Wednesday, 9 June 2010

mak cik kepochi in the house~

hallouuu..hallouuu~~

sure anda-anda yang juga kepochi rindu makcik kan? lama mak cik tak muncul kat blog ni, sebab sekarang mak cik kurang berjalan jadi kurang lah modal nak berkepochi.

semalam mak cik pergi rimba klasik ngan pak cik kau. alahai pak cik kau romantik nye semalam. siap tolong tarikkan kerusi bagi mak cik duduk. first time kau~ masa bercinta tak de nya dia nak buat macam tu. sebab tu lah semua makanan yang kurang perisa tu mak cik cakap ok jer, sebab nya, bila hati berbunga-bunga hidang apa saja. semua sedap.

alah sudah. tak pasal-pasal berkepochi pasal pak cik kau. bukan-bukan, nak cerita pasal benda lain.

semalam mak cik duduk menghadap pasangan sorang lelaki tua umur lewat 40-an, sorang perempuan mak cik teka umur awal 30-an la kut. sungguh intim berkasih sayang. tapi mak cik tak usha sangat lah, sebab masa tu tengah order makanan. tapi mata kepochi mak cik sempat lah jeling-jeling. biasalah mak cik ko kan.

bila foods mak cik sampai, pasangan tu pon meninggalkan kedai, mak cik pon berjoyah lah ngan pak cik kau. (walaupon mak cik tahu, pak cik kau ni bukan suka melayan mak cik berjoyah)

" cuba u tengok dua orang yang keluar kedai nanti, sorang tua sorang muda, i rase mesti scandal"

"isk u ni, suka suki jer, mana tahu memang laki bini"

"bie, kalau laki bini macam kita ni, duduk seboleh mungkin jauh. nak makan selesa tak nak gesel-gesel nanti rimas nak makan. kalau agak nak bergesel nanti balik rumah masuk bilik. kalau dah dok kedai makan pon bergesel ramas-ramas peha tu nampak sangat lah bukan laki bini"

(panjang lebar mak cik kau bersyarah, pak cik kau memang selalu pakatan pembangkang)

"hahaha. mana i tahu, bukan i nampak. u yang mengadap die"

mak cik nak usha kereta dia sebenarnya, tapi sebab mak cik mengadap kedai susah nak mengusha, pak cik ko yang mengadap parking.

"u nampak tak die naik kete ape bie? mesti kaya, kalau tak sia-sia lah pompuan tu berscandel ngan laki tua"

"malas lah i. makan je boleh?"

isk. tak best lah pak cik kau ni. mak cik jenguk nak usha tapi kereta dia tak bergerak-gerak pon. so mak cik bosan. ah. makan lagi bagus!

selang beberapa suap mak cik makan, mak cik toleh lagi, kereta masih tak bergerak. kereta tu parking kawasan gelap sikit, so tak nampak sangat kereta ape kalau dia tak gerak.

" lama nye bie, bila nak bergerak kereta ni"

"u ingat belanja makan pastu nak balik macam tu je ke? mesti lah ade habuan ringan-ringan"

eh. eh. pak cik ni. tadi dia marah. pastu dia pulak yang lebih-lebih.

mak cik ngan pak cik ko sambung makan sambil berbual-bual-tentang-isu-isu-semasa-yang-lagi-berfaedah lepas tu sampai dah tak ingat dah kat pasangan tu.

bila kiteorang nak balik, kereta tu masih tak gerak-gerak lagi.

hamboih. sewa hotel boleh?

moral nya:

1. jangan berdua-duaan laki pompuan di tempat gelap dalam kereta lama-lama. kang dah tak pasal-pasal semalam mak cik telah membuat fitnah.

tapi kawan-kawan mak cik pernah buat kerja giler duduk dalam kereta ramai-ramai pasang ekon segala semua perempuan, pastu goyang-goyang kerata dengan harapan pak gad datang marah. memang tak de kerja.

2.jangan juga beramas-mesra di tempat awam. nak beramas sila keluar modal lebih sikit sewa hotel ke. baru orang awam macam mak cik ni tak nampak. tapi Allah nampak.hehe


dah.bai.

4 comments:

Ezzah said...

ahahahah...setuju!!
biasa laki bini mana ada beramas-ramas lebih2 kat luar. balik umah baru la beramas lebih2.

ni x lain x bukan mesti skandal! :D

ehh..tetiba i pun jd makcik kepochi.
heeeeeeeeeeeee...

PuteriKureKure said...

betul3...setju sangat2.

hahaha. kite pernah la bercinta gak. gatai merenyam tu lain je. dah kawen semua cool down. :)

Byzura Mj (By) said...

hahahaha betul2...ko panggil aku ke ayat last tu :P. Bai.hahaha

gee ryder said...

nk sewa hotel pn dia xde duit la hehe.hotel murah takut kena cekup pulak haha