Pages

Wednesday, 23 June 2010

lagu menyimpan memori

selalu kadang-kadang kalau travel, dah bosan dengar radio kami akan pasang lagu rock kapak, rock leleh or apa-apa saja lagu yang ade dalam pendrive. sambil-sambil dengar lagu mesti ade cerita yang keluar sampai kadang-kadang setiap kali keluar lagu mesti kena dengar cerita sama -____-"

kalau dengar lagu rock kapak yang jiwang-jiwang(suami lah, saya masa kecik tak layan rock kapak, bukan zaman saya. bila besar baru kenal rock kapak/ rock kangkang ni), mesti dia akan cakap,

"lagu ni i layan masa jiwang frust ngan awek"

or dengar lagu black out, mesti akan keluar cerita

"i dengar lagu ni masa kat MRSM, tiba-tiba blackout bila dengar lagu ni"

ade jugak lagu yang aku suka mesti aku teringat masa tu aku umur berapa sebab ade peristiwa yang aku ingat.

"lagu ni i suka giler dulu. masa i form 2"

"masa lagu ni tengah naik i dah kat UTP kut"

owh. serius??tua nya u!! hahaha. mesti kalau masa aku form 2 couple ngan abang dah masuk U rasa macam hebat jer sebab kapel ngan orang tua. tapi bila dua-dua dah tua macam sekarang tak de lah rasa berbeza sangat.

ade lagu yang bila kita dengar kita akan ingat kat seseorang sebab dia suka sangat lagu tu.bila dengar,

"owh, ni lagu awoh ni, ni lagu along, syahir masa kecik-kecik dia suka nyanyi lagu ni"

banyak lah lagu yang menyimpan memori, kalau westlife ngan bsb zaman sekolah. kalau blink zaman baru masuk UTP duduk village 5 tak de hiburan jadi kami ramai-ramai karok dalam bilik. rindu-rindu.

dan baru-baru ni i jumpa balik best friend sekolah menengah kat facebook. lepas aku masuk MRSM lost contact sebab kalo masa cuti balik rumah aku bukan kaki jalan nak pergi jumpa kawan-kawan. abah tak bagi.

bila jumpa balik rasa nak download lagu New Boyz yang lama giler dah aku tinggalkan. dulu aku ngan dia minat giler ngan tomok. bila dah besar malu nak mengaku. haha

bila dengar balik lagu-lagu tomok teringat zama tingkatan 1,2,3. kiteorang sangat baik sampai kat sekolah minat orang sama. hehe. taste kiteorang sama. tak suka abang-abang sukan yang macho muka macam samseng. bisanya kami minat abang pandai-pandai muka baik-baik, pengawas or ketua kelas. (kecik-kecik dah pandai pikir masa depan yang cerah)

kalau kat sekolah kiteorang minat abang A, tua setahun dari kiteorang, g kelas taekwondo suka abang M, tua banyak tahun sebab dia jurulatih. dan ramai lagi kalau nak list kan. adeh. gatal dari zaman kecik.

layan jugak dengar lagu new boyz ni balik.hahaha. tapi kena guna earphones. sebab husband saya allergic lagu tomok.

eh. apesal tibe-tibe buat pengakuan minat tomok ni? sebab die dah jutawan. so tak malu dah. hahaha

ape lagu yang mengimbau memori bagi korang?

7 comments:

Nia said...

haha,..i dulu minat group macam KRU, KOOL mcm tu.

Bila ingatkan, kalau i couple dgn cik abg sekarang, masa i form 1, dia dah form 5 dah. hehe..dia pun tak nak kot, i serabai lagi masa tu.

mrs.spicy said...

heheh..memang..form 1 mesti form 5 pandang mcm budak hingusan lagi.huhu

Byzura Mj (By) said...

harapan - fazlee zainal. sob!!

Mimy Hamid said...

time aku grup top KRU, 4u2c..tomok time aku kat U so..tak layan adik adik gitu

nieda said...

lagu rock kapak mmg kesukaan husband saya...kalau dalam keta tadah telinga jelah..main gitar mesti layan lagu rock kapak, sekali dgn humaira berjoget..hehe

Gee Carmen said...

hhaaahaa.. cool! i suke lagu 'cinta melankolia - ann. egegeee

ena said...

nanti leh citer kat anak2 lak.. pastu anak lak hapal lagu tersebut. mcm anak akak yg hapal lagu rock kapak hasil didikan ayahnya hahaha